Batuk pada peringkat awal nampak tidak serius. Namun jika ia berterusan akan membawa kesan yang buruk kepada badan.

Jika ia dibiarkan membawa kepada batuk kering dan lebih teruk lagi ia boleh terjadi hingga keluar darah. Masa yang sama, batuk juga membuatkan dada kita sakit.

Disebabkan itu, Dr. Zubaidi Hj Ahmad berkongsi melalui laman Facebook miliknya cara-cara nak merawat batuk tanpa ubat.

BACA: Hilangkan Craving Ketika Diet Dengan 6 Jenis Kudapan Ini, Jangan Risau, Diet Tidak Terjejas

IKLAN

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

1) Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mencairkan kahak.

2) Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis serta tepung putih.

IKLAN

3) Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok.

4) Elakkan dari persekitaran yang berhabuk dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.

IKLAN

5) Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.

6) Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

BACA: Antara Kebaikan Lobak Merah Adalah Sihatkan Mata, Ini Manfaat Lain Yang Anda Boleh Dapat

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI