Pembedahan ‘mengikat perut’ untuk menguruskan badan mungkin kedengaran mengerikan tetapi prosedur itu adalah antara kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti. Lebih penting, pembedahan yang sering disalah erti sebagai pembedahan kosmetik ini memberikan manfaat daripada sudut kesihatan termasuk mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang.

Dikenali sebagai pembedahan Bariatrik, ia adalah pembedahan minor bagaikan pembedahan pundi hempedu yang mengambil masa sekitar 30 minit saja untuk individu yang mengalami obesiti dan masalah kesihatan berkaitannya.
Bedah ‘Ikat Perut’ Cara Moden Turunkan Berat Badan
POTONG PERUT

Menggunakan kaedah laparoskopi iaitu dengan menebuk antara empat hingga lima lubang pada bahagian perut sebelum ‘stapler’ dimasukkan menerusinya untuk memotong. Pada masa sama mencantumkan bahagian berkenaan. Terbahagi kepada dua kaedah iaitu ‘sleeve gastrectomy’ yang memotong 85 peratus perut dan dikeluarkan melalui lubang kecil yang ditebuk pada perut.

Bahagian perut yang tinggal hanya 10 sehingga 15 peratus saja dan boleh memuatkan 150 sehingga 200 mililiter makanan saja pada satu masa menyebabkan makanan hanya boleh diambil dalam kuantiti kecil.

Bedah ‘Ikat Perut’ Cara Moden Turunkan Berat Badan

IKLAN

BEBAS DIABETES

Kaedah kedua adalah ‘pintasan gastrik’ (gastric bypass) yang mana kantung perut yang kecil, kira-kira 30 mililiter, dicipta pada bahagian atas perut dengan membahagi dua perut menggunakan stapler. Kemudian, hujung usus kecil akan disambung dengan kantung kecil berkenaan manakala bahagian kedua perut yang masih bersambung dengan usus kecil dibiarkan kekal tanpa perlu dikeluarkan.

IKLAN

Apabila makanan turun terus ke usus kecil lebih awal daripada biasa, ada beberapa jenis hormon dikeluarkan oleh usus kecil iaitu PYY dan GLP-1 bertanggung jawab menyembuhkan diabetes malah 80 peratus kes diabetes sembuh menerusi kaedah ini.

IKLAN

Pembedahan pintasan gastrik adalah yang terbaik untuk mereka yang menghidap diabetes. Pembedahan ‘sleeve gastrectomy’ pula sesuai untuk individu yang mengalami masalah obesiti tanpa diabetes tetapi penyakit berkaitan seperti kaki atau hati bengkak. Di dalam perut terdapat hormon ghrelin yang menaikkan selera makan dan fungsi lainnya adalah untuk menaikkan paras gula, jadi apabila 85 peratus perut di buang, keadaan ini secara langsung mengawal selera dan berat badan. Selepas pembedahan, pesakit mungkin dirujuk ke pakar pembedahan plastik untuk menjalani rawatan bahagian badan yang menggeleber selepas berat badan menurun.

Bedah ‘Ikat Perut’ Cara Moden Turunkan Berat Badan

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI