Musim durian sudah tiba! Mesti semua peminat durian berasa tidak sabar untuk makan raja buah ini dengan banyaknya. Walaupun harga sebiji durian melambung tinggi, tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia yang betul-betul cintakan buah ini untuk menikmati rasanya yang lemak berkrim.

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Tapi yang tak seronok dan mengecewakan bila durian yang dibeli tidak seperti yang disangka. Jika dilihat durian yang ditunjukkan di tempat membeli durian nampak elok dan menyelerakan tetapi selepas anda membeli dan membawa pulang isinya tidak seperti yang diharapkan. Ada durian yang isinya keras, masam atau mungkin isinya tidak banyak. Pasti sangat mengecewakan bukan?

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Jadi, anda mungkin boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Azlan Noor ketika membeli durian. Anda pasti tidak akan kecewa lagi!

 

1. Bentuk durian

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Durian yang berbentuk bulat dikatakan mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.

IKLAN

2. Berat durian

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semakin ringan buah durian, semakin banyak isi durian tersebut. Kalau ada dua biji durian yang sama saiznya, pilih yang paling ringan.

3. Tangkai

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau terpotong. Jangan beli durian yang tidak mempunyai tangkai.

4. Bunyi

Ketuk buah durian dan pilih durian yang berbunyi padat semasa diketuk.

IKLAN

5. Duri

Beli Mahal-Mahal Tapi Isi Tak Elok, Ini 10 Cara Paling Tepat Pilih Durian Terbaik!

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk mendapatkan isi yang padat.

6. Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian.

IKLAN

8. Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit buah durian. Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi di dalamnya buruk.

9. Warna

Dah siap pilih tu, minta penjual belah durian untuk merasa dan lihat sendiri isinya. Ini kerana kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan warna durian.

10. Musim

Beli durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli durian semasa musim hujan atau lembap.

 

Kredit: MEDIA CENTER

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI