Dalam lanskap moden yang semakin mencabar, belia masa kini terus mencari jalan untuk melepaskan tekanan hidup yang menyesakkan. Di China, satu trend baharu yang unik dan membingungkan telah muncul.
Terbaru, golongan muda yang muncul menggunakan baby pacifier atau puting bayi versi dewasa sebagai alat untuk mengurangkan stres, kebimbangan dan membantu tidur lebih nyenyak.
Fenomena ini telah mencetuskan perbincangan hangat di platform e-dagang dan media sosial apabila ribuan pengguna sanggup membelanjakan antara 10 hingga 500 yuan (sekitar RM6.00 hingga RM294) demi mendapatkan puting khas dewasa yang dijual sebagai peranti anti-tekanan dan alat bantu tidur.
Foto: Douyin
Menurut pakar psikologi di China, trend ini berakar daripada konsep psikologi yang dikenali sebagai ‘fenomena regresi’.
Ia merupakan satu mekanisme pertahanan diri apabila individu dewasa cenderung kembali kepada tingkah laku zaman kanak-kanak sebagai respon terhadap tekanan yang melampau atau konflik emosi yang tidak dapat diselesaikan.
“Puting bayi melambangkan rasa selamat dan tenang pada fasa awal kehidupan,” jelas seorang pakar psikologi kepada portal Sohu. Ia menjelaskan kenapa hisapan atau gigitan pada puting tersebut boleh mencetuskan kesan menenangkan secara neurologi dan psikologi.
KOMEN DOKTOR DARI CHINA
Lebih mengejutkan, ramai pengguna yang mendakwa bahawa mereka berasa lebih tenang, kurang cemas dan lebih mudah tidur apabila menggunakan puting tersebut ketika bekerja atau sebelum tidur.
Ads
Bagi sesetengah orang, ia menjadi rutin harian yang dianggap membantu mereka menyesuaikan diri dengan tekanan hidup moden.
Foto: TikTok
Namun begitu, dalam keasyikan mengejar ketenangan, pakar perubatan memberi peringatan keras terhadap kesan buruk penggunaan jangka panjang puting bayi dewasa.
Dr Tang Caomin, pakar pergigian dari Universiti Sichuan memberi amaran bahawa struktur mulut orang dewasa tidak direka untuk menyokong bentuk dan bahan puting bayi.
“Penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan masalah sendi rahang (TMJ), sakit sendi, bunyi ‘klik’ ketika membuka mulut dan kesukaran mengunyah,” jelas Dr Tang.
Ads
Beliau juga menambah bahawa bahan yang tidak sesuai boleh merosakkan mukosa mulut dan meningkatkan risiko ulser. Malah, penggunaan ketika tidur turut dikaitkan dengan potensi gangguan pernafasan dan risiko lemas dalam kes tertentu.
Trend ini sebenarnya bukan pertama kali timbul dalam kalangan masyarakat moden. Sebelum ini, dunia pernah menyaksikan kaedah menenangkan diri yang pelik seperti memeluk lembu, menjerit dalam kotak atau menyewa jurulatih peribadi untuk dipukul sebagai pelepasan emosi.
Walaupun dari luar kelihatan ganjil, trend puting bayi dewasa ini mencerminkan satu realiti psikologi yang lebih kompelsk.
Bukti bahawa generasi muda hari ini semakin terdesak untuk mencari ruang selamat dan tenang dalam dunia yang terlalu bising, terlalu pantas dan terlalu menekan.
Soalnya, adakah ini hanya trend sementara atau petanda lebih besar tentang cara manusia moden berdepan tekanan hidup yang semakin kompleks?
Sumber: Agensi
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kelemumur teruk dan keruping kepala memang merunsingkan kerana jika tidak dirawat dengan cepat boleh mengakibatkan rambut makin nipis dan botak dan menggangu penampilan anda
Sebelum kita mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu kenalilah apakah punca berlakunya kelemumur. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Iskandar Mirza menerusi satu bebenang ciapan di laman media sosial Twitter kendaliannya.
Jelasnya, masalah kelemumur boleh berlaku apabila kulit di badan atau kepala berubah menjadi keruping. Ia tidak membawa sifat berjangkit atau merupakan sakit serious.
Namun kondisi ini sebenarnya boleh mengurangkan tahap keyakinan diri apabila berjumpa kenalan atau berjumpa orang lain secara bersemuka.
Masalah kelemumur yang tidak terlalu banyak boleh dikawal dengan menggunakan syampu setiap hari. Akan tetapi jika ia tidak membawa kesan ketara bermakna anda harus menggunakan syampu khas yang mengandungi ubat. Satu perkara yang harus diingat, jika ia hilang itu tak bermakna kelemumur itu tak akan muncul semula.
Kenali Simptoms
Keruping di Kawasan kulit badan atau kepala
Kulit kepala gatal
Kulit kepala bersisik
Ada ketikanya simptom akan menjadi bertabah teruk terutamanya jika berada dalam keadaan stres serta bila musim sejuk dan kering.
Terdapar beberapa penyebab utama mengapa kelemumur boleh muncul.
Kulit sensitive, berminyak
Tak shampoo dengan kerap
Ada jangkitan kulat di kulit kepala
Kulit yang kering
Kulit sensitive terhadap produk
Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan eczema
JENIS SYAMPU MENGIKUT KONDISI
Pyrithione zinc shampoo (Head &Shoulders, DermaZinc)
Mengandungi anti bakteria dan anti kulat
2) Tar-based shampoos (Neutrogena T/Gel)
Tar memperlahankan kematian sel – sel kulit di kepala daripada menjadi keruping.
3) Shampoo mempunyai salicylic acid (Neutrogena T/sal, Baker’s P&S)
Shampoo ini dapat membuang sisik kelemumur
4) Selenium sulfide shampoo (Head & shoulders intensive, Selsun Blue)
Mempunyai anti kulat.
5) Ketoconazole shampoo
Dapat membunuh kulat di kulit kapala.
Dan jika anda masih ragu-ragu akan jenis syampu dan rawatan sesaui silalah berjumpa dengan pakar kulit.
Semoga perkongsian yang dilakukan oleh Dr Iskandar ini mapmu memberikan manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap lelaki mempunyai jenis-jenis rambut yang berbeza. Ada yang lebat dan tidak kurang juga yang mudah gugur. Bagi lelaki masalah rambut botak yang berlaku seawal usia penghujung 20-an merupakan satu mimpi ngeri.
Dan percayakah anda ramai lelaki berdepan masalah hubungan romantis dengan pasangan disebabkan penampilan mereka yang botak tengah? Bila ini berlaku ia bukan sahaja meruntuhkan jiwa malah boleh memberikan kesan mental dan keyakinan diri yang semakin rendah.
Jenis rambut juga banyak dipengaruhi oleh faktor genetik namun ia tidak seharusnya menjadi faktor keseluruhan semata-mata. Terdapa beberapa cara, amalan serta pantang larang yang boleh anda amalkan untuk pastikan rambut tidak mudah botak terutamanya di tengah-tengah kepala!
VITAMIN A DAN D
Pertama sekali faktor pemakanan. Anda adalah apa yang anda makan. Jenis makanan seperti ikan dan juga sayur-sayuran mengandungi vitamin A dan D. Dan kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
JANGAN BASUH RAMBUT GUNA AIR PANAS
Ini amalan yang ramai sangat lelaki amalkan. Terutamanya yang sukan mandi dengan air panas. Tahukah anda bahawa air bersuhu panas adalah tidak baik untuk kesihatan rambut anda? Bukan sahaja boleh merosakkan pada akar rambut, malah ia boleh membuatkan rambut nampak kurang bersinar, bercabang dan juga mudah gugur.
PENGAMBILAN KAFEIN
Lelaki dan kopi. Kombinasi yang cuup sinonim. Malah ramai yang tidak daoat berfungsi denagn baik di waktu pagi tanpa kopi. Namun di sebalik itu kopi yang mengandungi kafein boleh memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang kepada rambut. Pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi. Dan bila ini berlaku ia boleh menyebabkan rambut mudah ‘rapuh’ dan gugur.
Contoh lelaki yang memiliki rambut sihat.
SENAMAN
Sejak dari dulu lagi MASKULIN sering laungkan. Lelaki yang sihat adalah lelaki yang bersenam. Bukan sahaja manfaat fizikal tetapi ia juga memberi ketengan kepada minda. Bila minda tenang maka stres pun akan berkurangan. Melakukan senaman juga boleh melancarkan pergerakan darah dalam badan. Jika anda stres dan kurang bersenam ia boleh memberikan impak kepada rambut.
PRODUK TAK SESUAI
Sebelum menggunakan mana-mana produk seperti syampu anda hendaklah membaca kandungannya terlebih dahulu. Syampu mempunyai banyak bahan kimia yang jika tidak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu ketahuilah terlebih dahulu jenis syampu yang sesuai untuk anda.
Faktor utama kenapa lelaki lagi ramai botak berbanding wanita
95 peratus masalah keguguran rambut yang berlaku pada lelaki berpunca daripada Androgenetic Alopecia. Selain itu, masalah keguguran rambut juga berlaku berpunca daripada penghasilan hormon dalam badan yang disebut dihydrotestosterone (DHT).
Hormon ini mengikat pada bahagian folikel rambut dan menyebabkan bahagian itu mengecut serta tidak akan tumbuh lagi.
Kesannya, rambut mula menipis dan juga membawa kepada masalah keguguran.
Oleh kerana lelaki cenderung untuk mempunyai paras hormon testosterone (dan hasilnya, DHT) lebih tinggi berbanding wanita, ia mungkin menjelaskan mengapa lelaki lebih ramai botak berbanding wanita.
Dengan kata lain, jika paras DHT dalam badan anda tinggi, anda cenderung untuk mengalami masalah rambut gugur.
MASKULIN yakin ramai di kalangan anda memilih larian sebagai antara sebagai aktiviti senaman utama dilakukan sama ada setiap hari atau beberapa kali setiap minggu.
Larian menjadi pilihan utama kerana ia cukup mudah untuk dilakukan. Selain itu ia juga tidak memerlukan anda mendaftar dengan mana-amana gimnasium. Apa yang anda perlukan ialah sepasang kasut larian dan kawasan sesuai untuk berlari.
Sebelum memulakan aktiviti larian perkara paling penting untuk nada lakukan ialah memilih kasut yang sesuai.
Tak dapat dinafikan memilih kasut larian yang sesuai dengan anda boleh jadi mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis kasut sukan dan larian ditawarkan di pasaran.
Kalau masuk ke kedai sukan pasti anda pun akan jadi kelabu mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Untuk pengetahuan anda kasut sukan larian bukan hanya ada satu jenis sahaja. Malah setiap kasut dilengkapi dengan teknologi penyerapan tekanan, tapak dan bahan asas kasut berbeza-beza.
Bagaimanakah memilih kasut larian yang paling sesuai?
Bagi MASKULIN ia cukup mudah. Kasut larian yang paling sesuai ialah kasut yang paling selesa dan memiliki kadar muat yang sempurna dengan kaki. Berikut MASKULIN kongsikan 6 tip bagaimana untuk memilihnya.
FAHAMI TAPAK KAKI
Terlebih dahulu anda kena faham dengan kondisi tapak kaki anda dengan corak anda berlari. Pronation ialah kondisi di mana kaki anda berlari dari tumit ke hujung kaki. Overpronation pula berlaku bila anda lakukan terlalu banyak ‘roll’pada bahagian dalam kai semasa berlari. Underpronation pula keadaan bila anda berlari lebih banyak guna bahagian luar tapak kaki.
BENTUK TAPAK KAKI
Antara cara mudah untuk tentukan bentuk kaki anda ialah dengan melakukan ‘wet test’. Basahkan kedua-dua belah kaki dan berdiri di atas beg kertas selama 10 saat. Kemudian alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut.
CORAK ANDA BERJALAN
Selepas mengetahui bentuk tapak kak anda boleh gunakan maklumat itu untuk menentukan corak anda berjalan. Menentukan corak anda berjalan atau melangkah adalah sangat penting untuk memilih kasut larian anda. Terdapat empat jenis corak berjalan atau ‘gait’yang perlu anda tahu iaitu severe overpronation, mild overpronation, neutral dan underpronation.
PILIH KASUT SESUAI!
Terdapat dua cara untuk anda pilih kasut larian. Pertama perhatikan bentuk kasut larian tersebut. Jika ia mempunyai tapak lebar ia berfungsi lebih kepada montion control. Jika anda mempunyai tapak kaki yang agak rata inilah kasut larian paling sempurna buat anda. Ia memberikan sokongan maksimum kepada kaki dan keselesaan.
Untuk anda mempunyai tapak kaki normal bolehlah pilih kasut larian mempunyai semi-lengkungan pada bahagian tapak. Manakala untuk anda memilik tapak kaki tirus kasut bertapak melengkung sangat sesuai untuk aktiviti larian.
DAPATKAN INFO SEBAIKNYA
Sebelum membeli mana-mana kasut adalah lebih baik jika anda lakukan sedikit info di Internet. Anda juga boleh dapatkan pendapat daripada jurujual. Cuba sarungkan kasut yang ingin dibeli dahulu dengan menggunakan stoking. Jangan terikut-ikut denagn trend semata. Carilah kasiut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.
KENAL PASTI TEKNOLOGI
Setiap kasut menawarkan teknologi tersendiri terutamanya pada bahagian tapak kasut yang mempunyai fungsi serapan tenaga. Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan. Kasut andda juga harus mempunyai saiz sesuai. Pastikan terdapat ruang mencukupi semasa anda memakai kasut larian. Kalau boleh cubalah kasut yang ingin dibeli di atas treadmill.
BUAT ANDA YANG SUKA BERLARI INI ACARA YANG TAK PATUT DILEPASKAN!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.