Foto : Myresipi

Nampak tenang, menyegarkan dan rutin harian bagi ramai tetapi secawan teh yang menggunakan uncang plastik sebenarnya boleh membawa bahaya tersembunyi kepada kesihatan.

Kajian oleh McGill University, Kanada, mendedahkan bahawa satu uncang teh plastik boleh melepaskan sehingga 11.6 bilion zarah mikroplastik dan 3.1 bilion zarah nanoplastik ke dalam air panas.

Ini menjadikan teh yang sepatutnya menyihatkan bertukar menjadi “sup plastik” yang penuh dengan bahan kimia tidak kelihatan.

Bahaya Tersembunyi Dalam Uncang Teh Yang Anda Tak Pernah Tahu!
Foto : The Malaysia Post

Kenapa Ia Lebih Bahaya Daripada Kuali Nonstick?

Berbeza dengan kuali nonstick yang perlu tercalar sebelum melepaskan zarah berbahaya, uncang teh plastik melepaskan mikroplastik secara automatik hanya dengan terkena suhu tinggi.

Struktur plastik seperti PET dan nylon akan mula pecah dan membebaskan zarah kecil apabila direndam.

Jenis uncang pyramid yang kelihatan premium sebenarnya antara yang paling teruk, kerana menggunakan plastik yang lebih reaktif.

Malangnya, uncang ini semakin popular kerana reka bentuk moden dan pembungkusan yang menarik.

Ads

Zarah Plastik Dalam Darah, Otak dan Organ Reproduktif

Bahaya Tersembunyi Dalam Uncang Teh Yang Anda Tak Pernah Tahu!
Foto : MItra Bukalapak

Lebih membimbangkan, kajian dari Belanda mendapati 77% sampel darah manusia kini mengandungi mikroplastik.

Ia juga telah dikesan dalam otak, plasenta wanita hamil, testis lelaki dan organ penting lain, membuktikan betapa mudahnya zarah halus ini menembusi sistem badan.

Kajian menunjukkan kesan jangka panjang termasuk gangguan hormon, keradangan kronik, tekanan oksidatif sel, penurunan fungsi kognitif dan penurunan kesuburan.

Lebih menggerunkan, bayi kini dilahirkan dengan zarah plastik dalam sistem tubuh mereka, menjadikan kita generasi pertama yang benar-benar terdedah kepada bahaya ini sepanjang hayat.

Ads

Apa Langkah Pencegahan Yang Boleh Kita Ambil?

Langkah terbaik ialah kembali kepada cara tradisional gunakan teh daun kering tanpa uncang, pilih uncang teh yang diperbuat daripada kertas tanpa salutan plastik, dan kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

Periksa label produk dan lebih berhati-hati dengan apa yang anda minum dan makan.

Minum lebih banyak air, ambil makanan tinggi antioksidan, dan gunakan bekas kaca, keluli tahan karat atau seramik sebagai alternatif.

BACA LAGI : Apa Jadi Kalau Anda Berjalan Kaki Selama 1 Jam Setiap Hari?

Ads
Bahaya Tersembunyi Dalam Uncang Teh Yang Anda Tak Pernah Tahu!
Foto : Keluarga

Kesedaran Baharu Tentang Bahaya Harian

Ironinya, ramai lebih takut kepada bahan luar seperti vaksin yang hanya disuntik beberapa kali, berbanding mikroplastik yang diserap setiap hari tanpa sedar.

Kesihatan bukan hanya tentang mengelak satu ancaman, tetapi membina kesedaran menyeluruh terhadap apa yang masuk ke dalam badan.

Mungkin sudah tiba masanya kita tanya diri sendiri sebelum minum teh “Adakah ini teh… atau sup plastik?”

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI