Mata yang penat, kering atau pedih adalah masalah biasa yang sering dialami oleh ramai orang.
Namun, kebanyakan masalah ini tidak berpunca daripada penyakit mata yang serius, sebaliknya disebabkan faktor-faktor gaya hidup dan keadaan persekitaran.
Berikut adalah beberapa punca utama ketidakselesaan mata dan cara untuk mengatasinya.
Foto : iStock
Punca Ketidakselesaan Mata
Penggunaan Pancaindera Berlebihan
Salah satu punca utama masalah mata adalah penggunaan pancaindera yang berlebihan, terutamanya apabila menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin telefon pintar, komputer atau peranti elektronik.
Aktiviti seperti ini memberi tekanan pada mata dan mengurangkan kadar kedipan mata.
Kurang Berkelip
Menurut pakar Oftalmologi dari National Institute of Health (NIH), Dr. Chantal Cousineau-Krieger, ketika kita fokus pada tugas seperti membaca atau bekerja di komputer, kadar kedipan mata kita berkurang dengan ketara.
Ini menyebabkan mata menjadi kering dan tidak selesa.
Foto : Hoya Vission Care
Penuaan Semula Jadi
Penuaan juga menyebabkan ketegangan mata. Apabila kita semakin berumur, keupayaan untuk fokus pada objek dekat berkurang.
Ads
Keadaan ini dikenali sebagai presbiopia (rabun tua), di mana otot mata perlu bekerja lebih keras untuk memfokuskan pandangan.
Faktor Lain
Selain penuaan, faktor lain seperti penggunaan kanta lekap, usia lebih 50 tahun atau pengambilan ubat tertentu (contohnya antihistamin) juga boleh menyumbang kepada masalah kekeringan mata.
Keadaan cuaca yang kering atau angin yang kuat juga boleh memperburuk masalah ini.
Langkah-Langkah Mengurangkan Ketidakselesaan Mata
Peraturan 20-20-20
Untuk mengurangkan ketegangan mata, amalkan peraturan 20-20-20: setiap 20 minit, rehatkan mata anda dan lihat ke objek yang berada 20 kaki (6 meter) jauh selama 20 saat.
Ini dapat membantu melegakan ketegangan yang berlaku akibat melihat objek dekat untuk jangka masa panjang.
Ads
Foto : iStock
Kurangkan Masa Depan Skrin
Hadkan masa yang dihabiskan di hadapan skrin dan pastikan anda memberi rehat yang cukup pada mata.
Untuk kanak-kanak, galakkan mereka untuk lebih banyak bermain di luar dan fokus pada objek yang jauh untuk mengurangkan risiko rabun dekat.
Kelembapan Mata
Gunakan titisan mata jenis “air mata tiruan” apabila mata terasa kering.
Ini dapat membantu mengekalkan kelembapan mata dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Ads
Kawal Kelembapan Udara
Elakkan udara yang terlalu kering, terutamanya di dalam rumah.
Menggunakan pelembap udara boleh membantu mengekalkan kelembapan udara di dalam bilik, sementara penggunaan pendingin udara harus dikurangkan.
Foto : Freepik
Lindungi Mata daripada Sinaran UV
Pakai cermin mata hitam yang dapat menghalang 99-100% radiasi UVA dan UVB apabila berada di luar.
Ini bukan sahaja melindungi mata dari kerosakan sinaran matahari, tetapi juga mencegah masalah mata jangka panjang.
Dengan menjaga kesihatan mata anda dengan baik, anda dapat menikmati penglihatan yang jelas dan bebas dari ketegangan sepanjang hayat.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin kebiasaannya pasti akan ada keninginan untuk menimang cahaya mata. Begitu juga dengan pelakon asal Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan.
Miller Khan atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan yang kini berusia 38 tahun berkongsi bahawa dia dan isterinya, Farina Rebecca sedang berusaha mendapatkan zuriat pertama mereka dengan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Jelasnya, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga ini masa yang sesuai untuk mereka mencuba mendapatkan anak.
“Kami sudah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, kami merancang untuk mencuba kaedah IVF.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya.
Malah jelasnya lagi, mengambil kira factor usianya sendiri, dia dan isteri berbincang an sama-sama bersetuju untuk melakukan rawatan IVF.
“Kami bukan lagi pasangan muda. Sebelum membuat keputusan ini, kami berbincang secara mendalam dan mencapai kata sepakat.
“Kami juga berkongsi serta mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga masing-masing.
“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama ini. Buat masa ini, proses masih di peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” tambahnya lagi yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL.
Musim perayaan memang penuh dengan godaan, terutama bagi yang mendapat jemputan rumah terbuka setiap hujung minggu di bulan Syawal ini. Kadang-kadang dalam satu hari, ada 5-6 jemputan, boleh meletup perut kan!
Silap hari bulan, dalam tempoh sebulan syawal, berat badan naik sebanyak 3-4kg. Haru biru pula untuk turunkan balik ke berat asal. Dalam artikel ini, kami menyediakan 10 tip praktikal untuk anda yang ingin menikmati menu di rumah terbuka tanpa rasa bersalah. Ketahui tip-tip sihat daripada pakar diet, PN ROSE HANIZAN MAT HASSAN, KPJ PERDANA, KOTA BHARU, KELANTAN semasa menghadiri Rumah Terbuka.
BERAT BADAN NAIK SELEPAS RAMADAN/RUMAH TERBUKA. KENAPA TERJADI?
Semasa di bulan Ramadan, ramai di antara kita mengambil kesempatan menurunkan berat badan. Namun, apabila tiba musim perayaan, kebanyakannya mengalami kenaikan berat badan selepas 15 hari menyambut hari raya.
Keadaan ini boleh terjadi kerana tiada keseimbangan di antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain dapat meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.
CARA KURANGKAN NAFSU MAKAN DI RUMAH TERBUKA
Apabila menghadiri Rumah Terbuka, secara tidak langsung, setiap orang akan mempunyai selera makan yang luar biasa kerana makanan yang dihidangkan adalah menyelerakan dan lazat. Namun begitu, anda perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya.
Kita perlu ingat bahawa kebanyakan rumah mempunyai hidangan makanan yang lebih kurang sama. Jadi, konsep sedikit dan pelbagai masih perlu digunakan dan waspada dengan kuantiti makanan yang anda ambil.
TIP SIHAT SEPANJANG MENGHADIRI RUMAH TERBUKA
1.Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
2.Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah–buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
3.Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
4.Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya, kek, ‘cookies’ dan sebagainya.
5.Pilih buah–buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
6.Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
7.Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
8.Jangan lupa senaman. Perlu lebih kerap lakukan kerana undangan rumah terbuka boleh dikatakan setiap hari atau mingguJgn lupa senaman ye..lebih kerap perlu lakukan kerana undangan rumah terbuka boleh dikatakan setiap hari ada.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua tahu bahawa air adalah komponen utama dalam tubuh kita, tapi pernahkah anda terfikir betapa hebatnya kelebihan air kosong bagi kesihatan kita?
Mungkin selama ini kita hanya minum air bila rasa dahaga, tetapi sebenarnya ada banyak manfaat yang kita boleh peroleh jika kita minum air kosong secara konsisten.
Jom, kita lihat beberapa sebab kenapa air kosong adalah “superhero” dalam kehidupan seharian!
Foto : Majoriti
Menjaga Kehidupan Seluruh Tubuh
Lebih daripada 60% tubuh manusia terdiri daripada air, jadi untuk memastikan semua sistem dalam badan berfungsi dengan baik, kita perlukan air.
Dari sistem pencernaan hingga kepada peredaran darah, semuanya bergantung kepada air untuk bekerja dengan lancar.
Membantu Proses Pencernaan
Ada masalah sembelit atau perut kembung? Mungkin sebabnya tubuh anda kurang air!
Air membantu melancarkan proses pencernaan dan memastikan makanan yang kita makan dapat diproses dengan lebih efisien.
Jadi, jangan lupa minum air selepas makan untuk membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
Foto : Bantal Leyna
Membantu Menjaga Kulit Cantik dan Segar
Jika anda ingin kulit yang cerah dan bebas dari jerawat, air kosong adalah kunci utamanya.
Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan kulit nampak kering, kusam dan lebih mudah berkerut.
Minum cukup air membantu menjaga kelembapan kulit, membuatkan ia lebih lembut dan bercahaya.
Meningkatkan Tenaga dan Fokus
Kadang-kadang rasa penat dan lesu itu bukan kerana kekurangan tidur, tetapi mungkin kerana tubuh kekurangan air!
Apabila kita kurang minum air, tahap tenaga kita boleh merosot, membuatkan kita rasa lebih cepat letih dan sukar untuk fokus.
Dengan minum cukup air, anda boleh merasa lebih bertenaga dan lebih fokus sepanjang hari.
Menyokong Fungsi Ginjal
Ginjal kita memerlukan air untuk membuang sisa dan toksin daripada tubuh.
Apabila kita minum air yang cukup, kita memberi sokongan kepada ginjal untuk berfungsi dengan lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
Pastikan ginjal anda berfungsi dengan baik dengan minum air secukupnya setiap hari!
Minum air kosong bukanlah perkara yang susah, tetapi manfaat yang anda dapat adalah sangat berharga.
Jangan tunggu dahaga, minumlah air kosong sepanjang hari. Hidrasi yang baik adalah rahsia untuk kekal cergas, sihat, dan segar. Selamat minum air kosong! 💧
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.