Believe Fitness APEX 6.0 Challenge edisi keenam yang berlangsung di Believe Fitness IOI Mall Putrajaya baru-baru ini menjadi bukti nyata bahawa kecergasan bukan lagi sekadar satu gaya hidup, tetapi simbol ketahanan fizikal dan kekuatan mental lelaki moden.
Pada 14 Jun lalu, lebih 100 peserta menyertai acara tahunan yang penuh intensiti ini, diperhatikan oleh lebih 200 penonton yang turut memberikan sokongan padu.
Acara ini menonjolkan format litar yang merangkumi antara 7 hingga 12 jenis senaman berintensiti tinggi.
Reka bentuknya bukan hanya untuk menguji kekuatan otot tetapi juga daya tahan kardiovaskular peserta.
Dua kategori utama diperkenalkan iaitu kategori solo lelaki dan wanita, serta kategori berpasukan yang memerlukan keserasian dan strategi dalam menyelesaikan cabaran bersama.
Bagi kategori solo, peserta diuji dengan 12 bentuk senaman mencabar seperti Ballistic Row, Med Ball Slam to Pushup, Broad Jump, Wall Ball Mountain Climbers dan Frog Sit-Ups.
Ads
Sementara itu, kategori berpasukan pula merangkumi cabaran kolaboratif seperti Squat to Toss Rotation, Relay Run dan Dumbbell Plank Drag, yang memerlukan kerjasama serta ketahanan secara kolektif.
SEMANGAT KOMUNITI
Menurut Pengarah Urusan Believe Fitness, Patrick Davis, acara ini menekankan kepentingan semangat komuniti dalam mencapai matlamat kecergasan.
“Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar mengenai kecergasan semata-mata ianya juga mengenai meningkatkan had diri, keluar dari zon selesa, dengan melakukannya bersama-sama komuniti yang mempunyai minat yang sama,” jelas beliau.
Beliau turut menambah, “Kami sedar acara ini bukan hanya mengenai individu semata-mata, tetapi juga mengenai komuniti di sekeliling mereka.”
Ads
Kenyataan ini jelas memperkukuh misi Believe Fitness dalam membina rangkaian kecergasan yang inklusif dan menyokong semua peringkat kecergasan, daripada pemula hingga mereka yang berpengalaman dalam dunia gim.
Believe Fitness APEX 6.0 Challenge juga mencerminkan pendekatan progresif Believe Fitness dalam memperkenalkan latihan fungsional yang efektif dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar platform pertandingan, tetapi medan sebenar untuk menguji dedikasi dan disiplin para peserta terhadap tubuh dan kesihatan mereka.
Dalam era lelaki moden yang semakin menitikberatkan kesihatan fizikal dan daya tahan mental, acara seperti ini bukan sahaja relevan tetapi diperlukan.
Ia membuka ruang kepada golongan lelaki untuk mencabar diri sendiri dalam suasana yang kompetitif, sihat dan menyokong antara satu sama lain.
Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar satu acara kecergasan. Ia adalah definisi semangat, disiplin dan solidariti dalam bentuk yang paling tulen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jerawat itu satu perkara yang semua orang akan alami apabila umur semakin meningkat terutamanya pada peringkat remaja. Tapi adu satu jenis jerawat yang cukup menghantui golongan lelaki walaupun usia sudah meningkat dewasa iaitu jerawat yang tumbuh di atas badan sepeti belakang telinga, leher dan bekalang badan.
Kawasan belakang badan terutama sekali paling menjejaskan imej seorang lelaki. Bayangkan anda ke pantai atau bercuti ke pulau pasti rasa segan nak buka baju apabila menyedari di belakang ada ‘komuniti’ jerawat sedang hidup dengan jayanya.
Tapi mengapa agaknya jerawat boleh tumbuh di atas belakang?
Terdapat banyak faktor antaranya kurang penjagaan kebersihan, genetik dan faktor luara seperti alam sekitar. Namun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk elakkan jerawat di atas badan tumbuh. Jom ikuti tip dari MASKULIN di bawah!
Mandi kerap
Mandi kerap di sini bukanlah bermakna kena mandi 5 atau 6 kali sehari. Tapi manduilah mengikut masa contoh bila hari minggu mandilah 3 kali sehari. Atau selepas anda melakukan kerja atau aktiviti berpeluh. Maka tak ada lah longgokan minyak dan kotoran tersumbat.
Antara sebab utama jerawat naik atas belakang adalah disebabkan sabun badan yang anda pakai tak sesuai dengan kulit. Carilah sabun yang terbukti secara klinikal bukan sekadar wangi semata-mata.
Minum air mencukupi
Air itu mempunyai faedah cukup luar biasa. Jika anda minum cukup air ia dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
Tukar sabun basuh
Pernahkah anda terfikir tentang kesesuaian sabun basuh di rumah. Mungkin kulit anda ada alahan dengan kulit badan. Jadi ia boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan bakteria pada kulit.
Sapu gel aloe vera
Gel lidah buaya atau aloe vera juga bagus untuk kulit belakang. Ia boleh mengurangkan dan melegakan kerengsaan dan kemerahan disebabkan jerawat.
Pakai pakaian sesuai
Ingat jangan nak pakai pakaian ketat sangat. Jangan jadi mangsa fesyen sedangkan badan yang merana. Pakailah pakaian sesuai dan sedikit longgar ada pengudaraan pada kulit badan kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melakukan senaman dengan menggunakan alat bantuan senaman seperti dumbbell sememangnya cukup popular di kalangan kaki workout. Penggunaannya mampu memberikan pelbagai variasi rutin senaman dan paling penting boleh meningkatkan otot bisep menjadi lebih mantap.
Tapi tahukah anda terdapa beberapa kenis teknik rutin senaman menggunakan dumbbell yang berbeza. Malah setiap satunya boleh memberikan fokus untuk bisep di bahagian dalam luar dan juga bawah.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik senaman menggunakan dumbbell yang boleh anda lakukan di mana sahaja termasuklah di rumah.
BISEP CURL
Ini merupakan rutin senaman dumbbell yang paling penting kerana ia menjadi asa untuk rutin yang lain.
Berdiri tegak dengan tangan di bawah memegang dumbbell.
Angkat sehingga mencecah ke parasa bahu dan perlahan-lahan kembalikannya ke bawah semula
Elakkan melakukan henjutan atau jerk
ALTERNATED BISEPS CURL
Teknik sama dengan bisep curl. Cuma apa yang berbeza anda perlu mengangkat dumbbell secara bergilir antara tangan kiri dan kanan
Jika penant berhenti untuk seketika sebelum melakukan tangan sebelah lagi. Jangan paksa diri untuk lakukan angkatan secara paksa.
Ini bukan lagi demam bola sepak ini dah sakit bola sepak.Lelaki 28 tahun meninggal dunia akibat tidak cukup tidur kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Peminat tegar bola sepak bernama Yang dari Yiyang, Hunan di China, telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya dek kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Piala Dunia FIFA 2018 baru sahaja bermula, dan hal ini pastinya memberi keterujaan kepada semua peminat bola sepak di dunia. Pada tahun ini, ianya dianjurkan di Rusia dan semua penonton di seluruh dunia dari zon waktu yang berbeza akan menyusun jadual tidur untuk memastikan agar mereka tidak terlepas menyaksikan perlawanan bola sepak ini.
Itupun jika mereka melakukan jadual tidur, namun, terdapat juga antara mereka yang sanggup menahan mata daripada tidur dan langsung tidak melelapkan mata kerana bimbang tidak terjaga!
Jika anda salah seorang peminat bola sepak yang perlu menonton setiap pertandingan, maka sila pastikan anda menjaga kesihatan anda!
iFeng melaporkan bahawa Yang merupakan peminat bola sepak tegar dan tidak pernah terlepas satu perlawananpun dan terlalu teruja untuk menyaksikan Piala Dunia pada kali ini. Mendiang dikatakan tidak akan tidur pada waktu malam hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dengan ditemani oleh segelas atau dua gelas bir sejuk. Dilaporkan juga selama ini memang mendiang akan melakukan perkara yang sama, oleh itu, Piala Dunia kali ini bukanlah yang pertama.
Dia dilaporkan menonton satu perlawanan hingga jam 3 pagi sebelum tidur dan merasa tidak sihat pada keesokan harinya. Oleh sebab itu, dilaporkan bahawa dia mengambil cuti setengah hari dan akan masuk berkerja pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, sejam selepas dia masuk berkerja, dia mula berasa tidak sihat dan serta merta pengsan, dan hal ini telah mengejutkan semua rakan sekerjanya!
Mereka cuba untuk memulihkannya tetapi mereka tidak berjaya melakukannya sementara menunggu ambulans tiba. Apabila ambulans tiba, pasukan perubatan memberinya CPR dan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan Yang. Malangnya, percubaan mereka tetap gagal dan mereka mengisytiharkan kematian Yang.
Pengarah jabatan kecemasan di Kolej Perubatan Yiyang, Huang Wei berkata bahawa punca utama kematian Yang adalah disebabkan oleh pola tidurnya yang tidak teratur baru-baru ini kerana dia telah bertahan untuk menonton perlawanan Piala Dunia. Doktor turut berkata bahawa kebiasaannya meminum bir adalah salah satu punca yang mendorong kepada kematiannya juga.
Huang menjelaskan bahawa bilangan pesakit di hospital biasanya akan meningkat sebanyak 20% ketika berlangsungnya acara seperti Piala Dunia. Dia mengatakan bahawa ramai orang akan jatuh sakit dalam tempoh ini kerana mereka sengaja tidur lewat untuk menonton perlawanan di samping makan terlalu banyak makanan ringan. Oleh itu, beliau menasihati peminat bola sepak untuk tidak terlalu teruja dan sentiasa memastikan untuk mengutamakan kesihatan mereka.
Tidak salah sekiranya anda mahu menikmati perlawanan Piala Dunia, sementelah ianya hanya berlangsung beberapa tahun sekali sahaja. Tetapi, kami berharap agar anda sentiasa menjaga jadual tidur dan memastikan agar kesihatan anda sentiasa berada dalam tahap yang baik.
sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.