Kecantikan sering dikatakan subjektif, tetapi selama berabad-abad, ahli matematik, saintis, dan seniman telah berusaha untuk mengukurnya melalui Golden Ratio atau Nisbah Emas. Itulah penanda aras yang telah menjadikan Bella Hadid diangkat sebagai wanita tercantik pada tahun 2024.
Dikenali sebagai Phi (1.618), Nisbah Emas adalah formula matematik yang berakar pada alam semula jadi, seni, dan bahkan seni bina. Formula kuno ini telah diterapkan pada wajah manusia untuk menentukan kesempurnaan simetri, dan sering disebut sebagai penanda aras kecantikan.
Nisbah Emas berasal dari zaman Yunani Purba, di mana ia pertama kali dikenali kerana daya tarik estetiknya dalam proporsi Parthenon dan karya seni klasik lain.
Leonardo da Vinci memperkenalkannya lagi semasa Zaman Renaissance dengan menggabungkan nisbah ini dalam karya terkenalnya, Vitruvian Man, dan karya-karya lain.
Foto: Charlotte Wales/ Chopard
Ideanya mudah: semakin dekat proporsi wajah atau tubuh kepada Phi, semakin harmoni dan menarik ia kelihatan pada mata manusia.
Hari ini, para saintis menggunakan pemetaan digital dan perisian canggih untuk menganalisis wajah berdasarkan nisbah ini, mengenal pasti individu paling cantik secara saintifik pada zaman kita.
Dan pada tahun 2024, mendahului carta sebagai wanita paling cantik berdasarkan sains tidak lain adalah Bella Hadid.
Bella Hadid Persis Dewi Moden
Bella Hadid, seorang supermodel terkenal di peringkat antarabangsa, sentiasa memikat dunia fesyen dan hiburan dengan ciri-ciri menawannya dan kehadirannya yang memukau.
Pada usia 28 tahun sahaja, kerjaya Bella telah mencapai tahap yang luar biasa, menjadikannya wajah utama dalam kempen jenama mewah seperti Dior, Versace, dan Bulgari.
Walau bagaimanapun, daya tariknya melebihi kejayaan di atas pentas peragaan. Menurut Nisbah Emas, simetri dan proporsi wajah Bella hampir sempurna.
Ads
Dalam analisis terperinci yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik, Dr. Julian De Silva, wajah Bella mencatatkan skor luar biasa sebanyak 94.35% ketepatan kepada Nisbah Emas. Ciri-ciri paling menonjol beliau termasuk:
Mata: Jarak dan bentuk yang sempurna, menarik perhatian ke pusat wajahnya.
Hidung: Struktur halus dan simetri yang melengkapkan proporsinya secara keseluruhan.
Bibir: Penuh dan secara semula jadi terbentuk, melengkapi tulang pipi tingginya.
Dagu dan Garis Rahang: Garis rahang yang tajam tetapi feminin yang seimbang dengan wajahnya.
Wajah Bella bukan sahaja bukti kepada genetik, tetapi juga contoh bagaimana simetri dan proporsi diiktiraf secara universal sebagai cantik.
Walaupun dalam dunia dengan pelbagai standard kecantikan, ciri-cirinya bergema di pelbagai budaya dan latar belakang, menjadikannya ikon global sejati.
Impak Budaya Bella
Walaupun sains menobatkan Bella Hadid sebagai wanita paling cantik, pengaruhnya melangkaui penampilan fizikalnya.
Dilahirkan sebagai Isabella Khairiah Hadid, beliau berasal dari latar belakang pelbagai budaya – bapanya adalah rakyat Palestin, manakala ibunya berketurunan Belanda.
Ads
Gabungan budaya ini bukan sahaja membentuk kecantikannya yang unik tetapi juga menjadi jambatan antara komuniti yang berbeza di seluruh dunia.
Bella lebih daripada sekadar wajah cantik. Beliau adalah suara untuk keadilan sosial, menggunakan platformnya untuk memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hatinya.
Beliau lantang mengenai warisan Palestinnya, sering bersuara mengenai isu kesaksamaan dan hak asasi manusia. Aktivisme beliau menambah dimensi kepada personaliti awamnya, membuktikan bahawa kecantikan boleh menjadi berkuasa apabila digabungkan dengan tujuan.
Muse Fesyen Generasi Ini
Pengaruh Bella Hadid dalam industri fesyen tidak dapat dinafikan. Beliau telah berjalan untuk setiap pereka terkenal, menghiasi kulit majalah yang tidak terhitung jumlahnya, dan mentakrifkan semula standard kecantikan moden.
Ads
Kemampuannya untuk beralih dengan mudah dari fesyen tinggi ke gaya jalanan menjadikannya inspirasi untuk pereka dan peminat.
Beliau juga seorang pencetus trend, sering dilihat bereksperimen dengan gaya rambut berani, solekan, dan pilihan fesyen avant-garde.
Foto: SPOTLIGHT
Evolusi gaya Bella adalah cerminan pendekatannya yang berani terhadap ekspresi diri. Dari permaidani merah Met Gala ke gaya jalanan kasual di New York, beliau sentiasa mendorong batasan dan menetapkan trend yang meluas ke seluruh dunia.
Walaupun status supermodelnya, Bella tetap relatable kepada peminatnya. Beliau telah terbuka mengenai perjuangannya dengan penyakit Lyme, kesihatan mental, dan tekanan hidup dalam perhatian.
Sambil kita meraikan pencapaian Bella Hadid, penting untuk diingat bahawa kecantikan hadir dalam pelbagai bentuk.
Nisbah Emas adalah panduan, bukan buku peraturan, dan setiap individu membawa daya tarikan unik mereka ke dunia.
Memahkotakan Bella Hadid sebagai wanita paling cantik 2024 adalah peringatan bahawa sains dan kemanusiaan boleh bersatu untuk mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 pada peringkat global kini masih di tahap yang sangat membimbangkan. Sesetengah negara masih lagi mencatatkan jumlah kes baru yang sangat banyak.
Antara kawasan yang masih lagi terjejas ialah di negara-negara Arab. Salah sebuah negara yang memerangi wabak ini dengan cukup tegas ialah Arab Saudi.
Terbaru kerajaan Arab Suadi dilaporkan akan melakukan kuarantin terhadap wang kertas dan syiling yang diterima di dalam negara sama ada dari dalam atau luar negara.
Langkah drastik ini diambil sebagai salah satu usaha berjaga-jaga demi membendung penularan yang lebih teruk wabak COVID-19 di negara mereka.
Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), sehingga kini pihaknya telah melakukan proses pensterilan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.
Pihak mereka turut mengasingkan wang tersebut selama 14 hari dan sehingga 20 hari. Ia bergantung kepada dari mana wang tersebut datang jelas SAMA menerusi sebuah video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.
Kesemua wang yang dikuarantin akan ditempatkan di dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan selain proses menyusun semula wang bagi memastikan kualiti dan kebersihan.
Wang kertas itu kemudian akan diasingkan mengikut piawaian. Mana-mana wang yang kotor dan tidak menepati standard akan dilupuskan.
Pada masa yang sama kesemua institusi kewangan di Arab Saudi telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wang yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya first date akan menyebabkan kamu kurang selesa bersama si dia. Masih malu-malu. Awkward! Sesetengah orang tidak tahu untuk berbuat apa. Jika kamu keluar dinner bersama si dia, sudah pasti menu yang salah akan menambahkan lagi rasa tidak selesa bersama dia. Apakah makanan yang kamu tidak patut makan kali keluar makan bersama si dia? Ini jawapannya.
1. Spaghetti and Meatballs
Pilihan menu makanan ini mungkin menjadkan kamu lebih sukar untuk berasa selesa bila saat pertama kali keluar dinner dengannya. Jika kamu memasang angan untuk menjadi se-romantis filem Lady and the Tramp, lupakan saja. Menyedut dan juga mengunyah spaghetti mahupun meatballs bukanlah perilaku manis yang harus ditunjukkan bila pertama kali berjumpa. Kadang-kala bunyi kuat kunyahan kamu bisa menjengkelkan orang yang mendengar. Tambahan pula percikkan sos merah yang mungkin akan mengakibatkan kamu kelihatan comot dan tidak kemas.
Alternatif: Gnocchi. Ia adalah sejenis pasta yang diperbuat daripada kentang. Gnocchi amat sesuai dimakan pabila saat kamu keluar bersama si dia kerana ia sangat mudah dan sudah pasti tidak mengotorkan baju kamu.
2. Ribs and Wings
Untuk pertemuan pertama kali ini, lebih bagus jika kamu tidak memesan jenis makanan yang memerlukan kamu untuk menggunakan jari kamu. Ia kelihatan tidak profesional dan sukar untuk mewujudkan saat romantis bersama si dia. It’s just not attractive.
Alternatif:Steak. Walaupun sedikit mahal, ia mudah dimakan dan menjadikan anda lebih classy. Tidak salah bukan untuk membayar lebih kepada sesuatu yang berbaloi?
3. Salad
Percayalah! Memakan salad mengambil masa yang lama tambahan lagi jika kamu harus mengunyahnya. Apa yang paling teruk apabila serpihan salad itu melekat di celah gigi dan kamu langsung tidak mengetahui tentangnya! Nah! Memalukan.
Alternatif: Sayuran panggang. Jika kamu mahu kekal sihat, menu ini adalah cadangan yang paling mudah dan kamu tidak perlu gusar tentang gigi kamu. Senyum selalu!
4. Shellfish
Usah memalukan diri kamu dengan memesan menu shellfish yang mungkin akan menyusahkan kamu. Si dia pasti malu dengan perbuatan kamu yang ingin membuka kerang mahupun kulit makanan dengan menggunakan tangan. Hentikan!
Alternatif: Salmon panggang. Lebih mudah, ringkas dan sihat. Tidak perlu menyusahkan diri mengguna tangan, daging salmon sangat lembut dan ia mudah dipotong dan dikunyah. Barangkali ia tampak lebih eksklusif.
5. Kekacang
Semakin banyak kamu makan kacang, semakin cepat kamu melepaskan gas. Kamu tahu maksud gas di sini kan?
Alternatif: Pilihan menu yang lain tanpa kacang. Jika kamu masih mahukan kacang, tunggu saja di rumah bila keseorangan.
6. Makanan Pedas
Jika kamu bukan orang yang tahan pedas, lupakan saja. Makanan pedas membuatkan muka kamu kemerah-merahan, berpeluh, hingus meleleh, dan mata berair. Ops! Ini tidak classy!
Alternatif: Pesan menu yang lebih ringan dari palet rasanya. Tidak mengapa andai kata rasanya lebih ringan, asalkan gaya kamu sehangat api membara yang boleh menarik minat si dia.
7. Bawang / Bawang Putih
Usah rosakkan momen kamu bersama si dia dengan nafas kamu yang berbau. Menu yang mengandungi banyak bawang mahupun bawang putih boleh menyebabkan bau mulut kamu busuk. Jika berbau, sudah pasti si dia tidak ada minat untuk mendengar perbualan kamu. Apatah lagi mahu memandang kamu.
Alternatif: Caranya sangat simple. Jangan makan makanan yang mengandungi dua bahan ini. Jangan risau. Hanya untuk saat bersama si dia. Kalau di rumah, kamu boleh saja makan seperti biasa.
8. Jagung
Ia akan menjadi saat istimewa pada awalnya. Mungkin kamu dan dia mahu makan jagung bersama. Tetapi selepas itu, perkara itu akan jadi menjengkelkan bila semuanya berterabur dan kamu akan kelihatan tidak elok apabila terpaksa mencungkil gigi kamu untuk keluarkan serpihan jagung tadi. Euw! Memalukan!
Alternative: Sup krim jagung. Jika kamu memang inginkan menu yang mengandungi jagung, pesan menu yang tidak memerlukan kamu menggunakan tangan jari kamu.
9. Fermented Foods
Secara generalnya, makanan jenis ini berbau pelik, rasa pelik dan kelihatan pelik bagi seseorang yang tidak biasa dengan jenis makanan ini. Hindari makanan seperti kimchi dan jeruk.
Alternatif: Seaweed. Jika kamu dinner di tempat yang menyediakan makanan jenis ini, cadangan yang bagus adalah dengan memesan seaweed. Seaweed atau rumpai laut memiliki rasa yang unik, sedikit masin tapi kurang berbau.
10. Makanan yang sama dengan si dia
Boringggg. Usahlah menjadi cliche seperti ini. Sekurang-kurangnya pesanlah menu yang berbeza supaya kamu tidak dilabel sebagai unoriginal copy-cat. Jika kamu memesan menu yang berbeza, kamu juga boleh berbual mengenai rasa makanan kamu dan si dia. Menarik kan?
Alternatif: Jangan order menu yang sama dengan dia.
11. Mudah disebut
Kadang-kala, jika kamu pergi ke restoran yang mewah dan menarik, menu yang disediakan sedikit berbeza dengan penggunaan kata yang susah untuk disebut. Usah buat acah-acah tahu mengenai sebutan itu kerana kamu akan nampak sedikit pelik. Apa kata kamu cuba bergurau dan berterus-terang mengenai cara sebutan yang kamu tidak tahu. Dia pasti memahami.
Alternatif:Order sesuatu yang kamu tahu sebutannya.
12. Hot Dogs
Urgh! Hot dogs? Like seriously? Hentikanlah. Tunggu bila kamu sudah keluar dengannya sekerap mungkin, selepas itu barulah sesuai untuk memakan hot dogs. Memesan hot dogs untuk kali pertama bukanlah jalan mudah untuk kamu keluar dari dugaan makan bersama. Malah, ia tidak menyenangkan dan menjengkelkan.
Alternative: Jika kamu benar-benar makan makanan berdaging, tidak salah untuk kamu memesan sausage tetapi biarlah makan dengan cara yang lebhih sopan dan gentleman dengan menggunakan pisau dan garpu.
13. MENU MAHAL
Jangan jadi pisau cukur kepada si gadis itu andai kata dia mahu membelanja kamu. Pesanlah yang sederhana harganya jadi kamu tidak dilabel sebagai pengikis harta.
Alternatif: Usah jadi pengikis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda tertanya-tanya pada diri mengapa masih tidak memiliki pasangan atau teman wanita mungkin anda memiliki beberapa karakter buruk yang membuat wanita menjauhkan diri daripada anda. Soal diri dan cuba perbaikinya agar anda lebih dihargai.
1. Ego
Untuk alasan yang sukar dijelaskan, jenis lelaki begini memiliki kebencian tersembunyi terhadap wanita. Mereka sering merendahkan wanita, baik secara intelektual mahupun emosional. Hal ini menyebabkan lelaki sebegini sering memberikan komen menghina kaum wanita. Jika anda salah seorang darinya: Get some professional help. Seriously.
2. Rasa Diri Sentiasa Betul
Gemar menghakimi orang lain. Lelaki sebegini mungkin tidak merokok, minum alkohol, dan tidak ragu memerintah orang untuk melakukan hal yang sama. Yang sering ditemui, mereka ini sering berceramah kepada pasangannya. Jika anda alah seorang darinya: ingat, bila anda sudah berada dalam hubungan serius, anda berhak sesekali mengingatkan pasangan anda.
3. Suka Bertengkar
Lelaki begini suka beradu pendirian dan bukan berbincang. Anda perlu tenang dan membuka minda. Lelaki jenis ini membuat wanita merasa harus pandai membela diri. Jika anda salah seorang darinya: tarik nafas. Kemungkinan besar anda gugup atau tidak tahu apa yang harus dikatakan. Gugup sering kali membuat anda bertingkah laku yang tidak seharusnya.
4. Kedekut
Lelaki ini akan mengajak pasangannya dan membayar tagihan masing-masing. Selalu memesan barang termurah ketika jalan bersama, dan membuat wanita berasa tertekan dan merasakan lelaki yang didekatinya seorang yang kedekut. Jika anda salah seorang darinya: Santai sedikit. Tidak harus mengeluarkan seluruh harta dan warisan keluarga untuk mendekati wanita, tapi pastikan mereka merasa istimewa.
5. Tidak menghormati
Mereka ini kurang menghormati wanita pada umumnya. Jika anda salah seorang darinya: ia ialah kebiasaan yang harus disimpan dan jangan dibawa ketika bertemu dengan pasangan atau wanita yang akan anda dekati.
6.Bangga diri
Lelaki ini sering memandang rendah orang lain, kasar dan memiliki ego yang besar. Ketika mereka bersikap baik kepada teman wanita atau pasagannya, mereka menilai sikap orang lain juga. Jika anda salah seorang darinya: Ketepikan ego besar anda setelah itu, treat everyone with respect. Mudah, bukan?
7. Lurus
Lelaki berkarakter lurus tidak pernah pergi menyimpang untuk mendapatkan suasana baru atau pengalaman menarik. Wanita selalu mencari sedikit ‘bad boy’ yang tidak terduga dari setiap lelaki yang ditemuinya. Jika anda salah seorang darinya: Biasakan diri untuk memberi reaksi spontan dalam kehidupan anda.
8. Emosi
Lelaki yang suka beremosi dan gemar meluah perasaannya, ketika ia merasakannya. Ditambah dengan sering meragukan diri dan perlu sering diberi kemanjaan, lelaki sebegini membuang segalah hal tentang berdikari dan percaya diri yang harusnya mendominasi keperibadian lelaki. Needy is a no go, bro. Yang anda salah seorang darinya: Filter apa yang akan anda katakan, pada sesiapa dan di saat apa pun. Semua memiliki masalah dan perasaan sendiri yang perlu mereka hadapi tanpa harus ditambah dan diceritakan dengan apa yang anda rasakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.