Kemalangan berlaku di mana-mana sahaja. Di darat, lautan mahupun di udara. Ia juga bukanlah sesuatu yang kita duga, namun kita masih boleh menghalangnya dari terjadi. Jom lihat senarai 5 kemalangan paling tragis di dunia yang buat kamu rasa lebih hati-hati bila memandu.

1. Tumpahan minyak Exxon Valdez, 1989 (RM10.71 billion)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

Kejadian berlaku di Prince William Sound, Alaska pada 24 Mac 1989 apabila kapal tangki minyak milik syarikat perkapalan Exxon Valdez terlanggar terumbu karang ketika dalam perjalanan ke Long Beach, California.

2. Letupan space shuttle challenger, 1986 (RM23.56 billion)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

Kemalangan melibatkan letupan Space Shuttle Challenger ini berlaku pada 28 Januari 1986 apabila ia meletup selepas 73 saat berlepas yang telah meragut 7 nyawa krewnya. Kemalangan itu disebabkan oleh kelemahan pada rekaan ‘O-ring” nya yang mana gagal menutup satu daripada sendi kapal angkasa tersebut. Ia lantas menyebabkan tekanan angin dari luar membuatkan tangki luar yang menyimpan hidrogen bocor.

3. Chernobyl, 1986 (RM856 billion)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

IKLAN

Dunia menyaksikan kemalangan termahal di dalam sejarah pada 26 April 1986 yang telah dikategorikan antara satu kemalangan berskala 7 (maksima) oleh International Nuclear Event Scale. Ia dikaitkan dengan operator janakuasa yang melanggar prosedur dan tidak mengendahkan keperluan keselamatan yang diperlukan. Kemalangan Chernobyl juga menyumbang kepada bencana sosio-ekonomi terhebat dalam sejarah hingga menyebabkan 50% bahagian daripada Ukrain terjejas dan dipindahkan. 200,000 orang telah dipinsahkan manakala 1.7 juta yang lain terjejas secara terus. Jumlah kematian yang dicatakan sebanyak 125,000 mangsa termasuk mereka yang mati akibat kanser selepas beberapa tahun. Tiada siapa benar-benar tahu jumlah sebenar kerugian oleh malapetaka ini. Jumlah RM856 billion adalah angka yang dianggap patut termasuk kos pembersihan, transmigrasi dan pampasan kepada mereka yang terlibat.

 4. Tenggelamnya kapal RMS Titanic, 1912 (RM642 juta)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

IKLAN

Juga merupakan antara kemalangan yang paling terkenal dalam sejarah dunia. Ini disebabkan oleh penghasilan filem oleh direktor James Cameron yang juga filem yang mengutip keuntungan kelima tertinggi di dunia. Kapal yang dikatakan tidak akan tenggelam walaupun dengan kuasa tuhan, oleh pembuatnya iaitu Harland and Wolfff ini tenggelam dalam pelayaran sulungnya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat. Kejadian malang itu terjadi selepas kapal mewah ini bertembung dengan iceberg pada jam 11.40 malam (waktu kapal) dan telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang penumpang. The Titanic dianggap sebagai salah satu pengangkutan laut yang paling mewah dan mahal pernah dihasilkan. Kosnya menelan belanja RM30 juta pada 1909, bersamaan RM642 juta kini.

5. Perlanggaran keretapi di Chatsworth, 2008 (RM2.14 billion)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

25 daripada 222 orang penumpang terbunuh apabila keretapi Metrolink terlibat dalam perlanggaran dengan keretapi barang tempatan Union Pacific pada 12 September 2008. Kemalangan itu berlaku selepas keretapi Metrolink baru sahaja meninggalkan stesen Chatsworth lebih kurang 2 kilometer.

IKLAN

6. Lori tangki minyak meletup di jambatan Wiehtal, 2004 (RM1.5 billion)

6 Kemalangan Paling Tragis Di Dunia Yang Buat Kamu Rasa Nak Bagi Signal Tiap Kali Membelok!

Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki minyak yang membawa 32,000 liter minyak telah bertembung dengan sebuah kereta di jambatan Wiehltal di Jerman. Lori tangki berkenaan meranapkan rel penghadang tepi jambatan tersebut dan jatuh daripada lebuhraya A4 tersebut. Letupan tersebut telah menghancurkan jambatan tersebut dan kos pembaikan sementara berharga RM171 juta manakala kos menggantikan jambatan tersebut melibatkan kos sebanyak RM1.3 billion. Kemalangan ini merupakan kemalangan yang termahal pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman. Insiden itu terjadi disebabkan oleh kecuaian keretapi Metrolink itu sendiri yang mengabaikan signal merah ketika konduktor sibuk menerima mesej dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2.14 billion.

 

sumber: iluminasi.com

 
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI