Pernah tak bila demam, kita terus capai ubat, selimut tebal, dan tidur sepanjang hari tapi abaikan benda paling asas iaitu air kosong?
Ramai antara kita pandang remeh peranan air kosong waktu sakit, sedangkan dalam diam, dialah ‘frontliner’ pertama yang bantu tubuh lawan jangkitan.
Air kosong bukan sekadar pelepas dahaga dia bantu sejukkan sistem dalaman, sokong proses pemulihan, dan elak komplikasi yang tak disangka.
Jom tengok kenapa setiap tegukan air kosong tu boleh jadi game changer waktu demam.
Tubuh Panas, Air Sejukkan Sistem
Bila demam, suhu badan naik sebab badan tengah ‘berperang’ dengan virus atau bakteria.
Dalam proses ni, badan akan keluarkan haba berlebihan.
Air kosong bantu sejukkan badan dari dalam bukan saja redakan suhu, tapi juga pastikan organ penting macam buah pinggang dan otak tak “terbakar” dalam diam.
Elak Dehidrasi, Elak Komplikasi
Demam biasanya datang sekali dengan peluh berlebihan, muntah atau cirit-birit.
Ads
Semua ni buat badan hilang banyak air tanpa kita sedar. Bila tak cukup air, risiko dehidrasi meningkat yang ni boleh buat badan jadi lagi lemah, kepala pening, dan organ dalaman mula “mogok”.
Air kosong bantu kekalkan bendalir dalam badan agar fungsi dalaman terus lancar.
Foto : Sirap Limau
Tingkatkan Keberkesanan Ubat
Kalau makan ubat, tapi badan kering kesan ubat pun jadi lambat.
Air kosong bantu serap ubat dengan lebih cepat dan hantar ke tempat yang sepatutnya.
Senang kata, ubat dan air ni macam ‘teamwork’ kalau salah satu kurang, penyembuhan pun terganggu.
Ads
Cuci ‘Toksin’ Dalam Badan
Waktu demam, badan hasilkan banyak bahan buangan atau toksin hasil dari tindak balas imun.
Minum air kosong bantu proses perkumuhan melalui kencing dan peluh untuk ‘flush’ semua benda yang tak diperlukan.
Daki yang berkerak hitam senang kelihatan di bahagian leher, lengkuk, pelipat tangan dan dikawasan-kawan yang terselindung. Peluh dan habuk yang melekat di permukaan kulit saban hari mampu membuatkan penampilan kulit kelihatan kusam dan lebih parah apabila ia meninggalkan kesam lebam dan kehitaman dipanggil daki.
Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?
Cara:
“Tepung gram adalah sejenis tepung yang lazimnya diperbuat daripada kacang kuda dan kacang dal.”
Contoh tepung gram yang boleh didapati di pasaraya. Sumber: Google Images
Tonton Tutorial Menghilangkan Daki Menggunakan Bahan Dari Dapur
Jadi, sesiapa yang dah buntu tak jumpa cara berkesan untuk hilangkan daki tu bolehlah guna cara ini. Jika diamalkan selalu, tak mustahil kulit boleh licin dan bersih!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine?
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak dibanjiri dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.
Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?
Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine
Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.
Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.
Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.
Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stres sehinggalah mereka kembali menonton porno.
Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.
Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.
Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.
Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.
Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi. Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.
Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati. Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.
Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.
Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.
Pornografi bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.
Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda habis kerja dah pukul 6 petang. Lepas tu pergi makan petang dan sampai rumah dah pukul 830 malam. Punyalah penat seharian di pejabat. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gymnasium sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak dan anda kene tidur awal. Lakukan sahaja senaman di rumah.
Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan? Jadi kali ini saya akan terangkan pada anda beberapa lagi senaman untuk anda lakukan dirumah. Seperti anda sedia maklum, senaman bodyweight exercise adalah alternatif kepada senaman dengan menggunakan alatan. Jadi tidak ada alasan untuk anda tidak bersenam dan mengekalkan bentuk badan yang menarik.
Tidak ramai yang sedar bahawa senaman menggunakan bodyweight exercise boleh meningkatkan daya flexibility, mobility dan kekuatan (strength) secara semula jadi. Hasilnya tubuh badan anda tegap secara semulajadi berbanding menggunakan equipment.
DIP CHAIR SINGLE LEG LIFT
Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri dihadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi kemudian angkat sebelah kaki anda. Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama semanan ini untuk membina otot dibahagian tricep dan anterior deltoid (shoulder). Anda boleh menambah intensity dengan mengangkat sebelah kaki anda atau mengunakan sebelah sahaja tangan anda.
PUSH PRESS SINGLE ARM
Mulakan dengan posisi push up kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu. Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
SPIDERMAN PUSH UPS
Sekiranya anda dah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan spiderman push up. Selain membina otot dibahagian chest dan triceps, spiderman push ups membina kukuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
JUMPING SQUAT
Senaman ini lebih kepada membina otot pada kaki serta pembakaran kalori. Senaman ini adalah cara terbaik membakar lebih lemak pada kaki anda. Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit. Jika ada rasa ada tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Kalau boleh, cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput, pakai kasut yang tapaknya tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.