Universiti Teknologi MARA (UiTM), melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), mengambil langkah proaktif dalam mengetengahkan isu kesihatan mental lelaki menerusi satu kempen sosial berimpak tinggi bertajuk #unMENtioned: Bila Kopi Jadi Terapi Lelaki.
Kempen ini merupakan inisiatif berteraskan kesedaran awam yang diilhamkan oleh tenaga pengajar serta mahasiswa program Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Instruksional & Latihan), FKPM UiTM.
Ia dijalankan sempena sambutan Bulan Kesihatan Mental Lelaki yang diraikan sepanjang bulan Jun, dan direalisasikan dengan kerjasama strategik bersama jenama gaya hidup tempatan, ZUS Coffee.
Mewujudkan Ruang Selamat Untuk Lelaki Bersuara
Kempen #unMENtioned memberi fokus kepada usaha memecah stigma sosial yang selama ini menghalang lelaki daripada berbicara secara terbuka mengenai cabaran emosi dan kesihatan mental.
Menerusi pendekatan santai berasaskan aktiviti harian seperti minum kopi, ia menjadi medium untuk membuka perbualan yang lebih jujur dan inklusif.
Menurut Penyelaras Program, Dr. Anuar Ali, ramai lelaki memilih untuk berdiam diri apabila berhadapan tekanan kerana bimbang dilihat lemah atau tidak berdaya.
“Melalui kempen ini, kami ingin menormalkan perbualan mengenai emosi dan kesejahteraan mental. Kadangkala, titik mula bagi perubahan besar boleh bermula dari sesuatu yang ringkas seperti secawan kopi,” jelas beliau.
Ads
Pengisian Interaktif Melalui Seni, Muzik dan Kisah Benar
Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang kempen termasuklah sesi interaktif “Cakap Melalui Kopi”, pameran visual kesedaran, serta perkongsian kisah benar daripada individu yang pernah mengalami cabaran kesihatan mental.
Kempen turut menampilkan figura seni dan pengaruh terkenal, Fimie Don, yang berkongsi pengalaman melalui persembahan khas bertemakan ekspresi lelaki melalui seni dan muzik.
Elemen seni ini memberi ruang kepada peserta untuk memahami bahawa emosi juga boleh diluah dalam bentuk kreatif, bukan semata-mata dengan kata-kata.
Ads
Kopi Lebih Daripada Sekadar Minuman
Secawan kopi bukan hanya sekadar penghilang kantuk atau teman kerja. Dalam konteks kesihatan mental lelaki, kopi sering dikaitkan sebagai simbol rehat, refleksi dan perbualan.
Bagi sesetengah individu, rutin minum kopi juga menjadi bentuk self-care yang membantu mengurus tekanan harian.
Malah, beberapa kajian menyatakan bahawa kandungan antioksidan dalam kopi serta kesan neurostimulan ringan boleh memberi manfaat kepada kesejahteraan mental apabila diambil secara sederhana.
Lebih penting lagi, budaya kopi mencipta ruang sosial yang lebih terbuka dan selesa sesuai untuk lelaki yang ingin berbicara tanpa rasa dihakimi atau ditekan.
Ads
Pengalaman Pembelajaran Yang Bermakna
Sudah tiba masanya kesihatan mental lelaki diberi perhatian serius, bukan sekadar isu pinggiran.
Dalam budaya yang sering menuntut lelaki untuk ‘kuat’ dan ‘tahan’, kempen seperti ini membuka mata masyarakat bahawa kelelakian bukan penghalang untuk meminta bantuan atau meluah rasa.
UiTM melalui kempen #unMENtioned telah menunjukkan bahawa perubahan boleh bermula dari ruang kecil, seperti meja kopi selagi ada niat untuk mendengar, memahami, dan menyokong antara satu sama lain.
Ini bukan sekadar kempen, tetapi satu langkah penting menuju masyarakat yang lebih sihat dari segi emosi dan mental, untuk lelaki hari ini dan generasi akan datang.
Sejak tujuh tahun lalu, pelakon senior Kenji Sawahi mengakui dia sudah belajar mendalami agama Islam bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.
Oleh itu, pemilik nama sebenar Lim Boon Wah itu berharap memperoleh hidayah daripada Allah, demikian lapor Harian Metro.
Kenji dengan rela hati belajar mendalami Islam kerana minat yang mendalam terhadap agama itu
Dia juga tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.
“Sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal,” katanya.
Sudah Biasa Dengan Masyarakat Islam Sejak Kecil
Ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.
Oleh itu, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis.
“Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.
“Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.
“Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan,” katanya.
Tiada Penyakit Kronik Di Usia Emas
Kenji tuurt meluahkan rasa syukur kerana Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepadanya dan rezeki tidak putus dalam lakonan meskipun kini berstatus warga emas.
“Syukur saya masih sihat dan tiada penyakit tiga serangkai itu (kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung). Pada usia yang sudah ’emas’ ini, saya memang menjaga pemakanan harian serta bersenam untuk kesihatan.
“Lagi pun, saya tidak suka orang panggil lelaki yang sudah berumur macam saya ini warga emas sebab saya masih kuat, sihat, bertenaga, aktif dan boleh bekerja,” katanya yang masih tenang hidup membujang.
Tahukah anda bahawa penyakit resdung boleh mambawa maut? Resdung adalah sejenis alahan dan keradangan di dalam hidung (selaput dalam hidung). Penyakit ini biasanya hadir ketika anda mengemas rumah dan terdedah kepada kawasan-kawasan kotor. Resdung atau sinus ini sensitif kepada bau wangi, bulu kucing dan habuk. Keradangan sinus sudah boleh dianggap serius kerana kesannya sangat menakutkan. Anda yang kronik pada resdung ini akan mudah dijangkiti virus dan bakteria, demam, jangkitan tulang muka, jangkitan nanah disekeliling mata, jangkitan otak, jangkitan tonsil dan keradangan telinga.
Ini kerana nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
Sebab tu jangan ambil mudah dengan penyakit resdung ini. Ini tips yang paling mudah untuk rawat sinus anda di rumah:
1) Tekapkan muka dengan kain yang dibilas dengan air panas
Cara ini dapat membantu anda untuk membuka rongga pernafasan dengan mudah. anda hanya perlu tekapkan wajah anda dengan kain yang sudah diperahkan air panas. Ini dapat mengeluarkan lender yang tersekat pada ruang hidung anda.
2) Cuka Epal dan Madu
Cara merawat resdung adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
3) Limau nipis dan pandan
Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai anda boleh cuci wajah dengan air biasa.
4) Lidah Buaya
Lidah buaya ni sememangnya banyak khasiatnya. Ia boleh merawat resdung kerana mengandungi sifa antiseptic. Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung ataupun anda boleh rebus dan minum air untuk kesan yang lebih baik
5) Air Masak
Anda mungkin Nampak tips ke 5 ini terlalu common. Untuk pengetahuan anda, air masak ini boleh mengawal lendiran tersumbat dalam hidung anda, disamping menjadikan badan anda sihat dan cergas.
Penyakit resdung ini, jika tidak diambil serius boleh meragut nyawa. Jika anda kronik pada sinus ini, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Teknologi peranti pintar kini semakin hari semakin hebat. Hari demi hari ada sahaja pembaharuan dan inovasi diperkenalkan untuk memudahkan serta memberikan pengalaman baharu yang menarik untuk pengguna.
Di antara jenama pengeluar yang sentiasa menampilkan pembahruan hebat ialah Apple. Sebagai salah satu jenama paling popular, tidak hairanlah mengapa setiap inovasi yang diketengahkan oleh jenama ini sentiasa menarik perhatian ramai.
Pengenalan teknologi Face ID sebagai contohnya mencetuskan evolusi baharu dalam teknologi telefon pintar. Namun sejak penularan wabak Covid-19 berlaku dan membuatkan ramai orang terpaksa memakai mask atau pelitup muka, ia seakan tidak dapat digunakan lebih meluas dalam kehidupan seharian.
Sedar akan perkara itu, Apple kini memperkenalkan cara baharu untuk unlock iPhone anda dengan menggunakan Apple Watch. Jadi buat pengguna iPhone yang memiliki Apple Watch, ini adalah pembaharuan yanh tidak harus anda lepaskan. Pengenalan ini dilakukan bersempena dengan update terbaharu sistem operasinya, iOS 14.5.
Sebelum anda ingin menikmati features terbaru ini, ada beberapa perkara perli dilakukan. Pertama sekali pastikan iPhone anda telah update kepada iOS14.5 dan Apple Watch pula dengan watchOS 7.4.
Anda boleh melakukan update iPhone dengan pergi kepada Settings -> General -> Software Update. Manakala untuk Apple Watch pula, buka app Watch kemudian tekan My Watch di bahagian bawah skrin. Pilih General -> Software Update.
APA YANG ANDA PERLUKAN
iPhone X ke atas yang mempunya Face ID
Apple Watch Series 3 ke atas
iOS 14.5 atau yang paling terbaru
watchOS 7.4 atau yang paling terbaru
CARA SET UP UNLOCK IPHONE DENGAN APPLE WATCH
Tekan Setting pada iPhone
Pilih Face ID & Passcode
Masukkan nombor Passcode anda
Skrol ke bawah ke seksyen ‘Unlock With Apple Watch’ dan tekan ON. Begitu juga dengan seksyen Apple Watch
MENGGUNAKAN INOVASI INI
Selepas melakukan semua setting tersebut, anda bolehlah menggunakan Apple Watch untuk inlock iPhone. Caranya anda harus pastikan Apple Watch telah unlock terlebih dahulu dan pastikan ia dipakai atau berada dekat dengan anda.
Pertama kali untuk unlock iPhone akan menyuruh anda untuk masukkan passcode. Selepas itu, anda boleh terus menggunakannya. Tiada lagi masalah terpaksa buka mask atau masukkan passcode secara manual untuk unlcok iPhone!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.