Foto : Majoriti

Nama pemain sayap sensasi Selangor FC, Faisal Halim, kembali menjadi sorotan peminat bola sepak tanah air apabila beliau mengalami kecederaan serius dalam aksi Liga Super 2024 menentang PDRM FC pada malam Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan Selangor FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan PDRM dengan jaringan 2-0.

Namun, di sebalik kemenangan tersebut, kem pasukan Merah Kuning dikejutkan dengan insiden yang menimpa tonggak utama mereka itu.

@astroarena Semoga cepat sembuh Faisal Halim! 💪🏼 Pemain sayap Selangor mengalami kecederaan patah tulang hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor di minit ke-54 perlawanan di antara Selangor dan PDRM #SELPDRM #DemiLigaKita ♬ original sound – Astro Arena

Terkena Siku Kapten Lawan, Tulang Hidung Patah

Insiden berlaku sekitar minit ke-54 perlawanan apabila Faisal sedang bersaing merebut bola bersama kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor.

Dalam perebutan yang sengit itu, siku Obilor dilaporkan terkena muka Faisal secara tidak sengaja, menyebabkan beliau rebah serta-merta dan memegang wajahnya dalam kesakitan.

Belum Sembuh Luka Lama, Faisal Halim Ditimpa Kecederaan Lagi
Foto : Majoriti

Akibat pelanggaran tersebut, Faisal disahkan mengalami patah tulang hidung dan menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan.

Ads

Beliau terpaksa dikeluarkan daripada padang dan digantikan dengan pemain lain.

Menurut laporan media, kecederaan itu memerlukan perhatian lanjut dan kemungkinan besar akan menyebabkan Faisal berehat daripada perlawanan kompetitif buat sementara waktu.

Kenangan Tragis Tahun Lalu Kembali Berhantu

Apa yang lebih memilukan, kecederaan terbaru ini turut membangkitkan semula kenangan pahit tahun lalu, apabila Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Dalam kejadian tersebut, beliau mengalami melecur tahap empat dan terpaksa menjalani rawatan serta pemulihan yang panjang.

Ads

Namun, Faisal membuktikan bahawa semangat juangnya jauh lebih besar daripada dugaan yang menimpanya.

Beliau bangkit, bukan sahaja sebagai pemain utama Selangor FC, malah kembali menggalas cabaran bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Belum Sembuh Luka Lama, Faisal Halim Ditimpa Kecederaan Lagi
Foto : mStar

BACA LAGI : Neymar Umum Piala Dunia 2026 Sebagai Yang Terakhir!

Terus Berjuang Demi Selangor dan Malaysia

Kecederaan demi kecederaan tidak pernah mematahkan semangat Faisal Halim.

Ads

Malah, setiap kali diuji, beliau bangkit lebih kuat dan matang. Semangat yang ditunjukkannya menjadi bukti bahawa seorang atlet sejati bukan hanya dinilai dari jumlah jaringan, tetapi dari bagaimana dia bangkit selepas jatuh.

Diharapkan Faisal segera pulih dan kembali menggegar padang bersama Selangor FC dan pasukan kebangsaan. Peminat bola sepak tanah air pasti menantikan kemunculan semula wira mereka itu dengan penuh harapan.

Sumber : mStar

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI