
Ben Affleck bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pengarah berbakat, tetapi juga sebagai peminat tegar kasut atau sneakers.
Di kalangan penggemar kasut atau sneakerhead umum mengetahui Ben Affleck mempunyai koleksi Nike SB dan juga Air Jordan yang cukup menarik. Disebabkan itu juga dia turut dikenali sebagai selebriti yang mempunyai koleksi cukup terpuji dan dihormati.
Nike SB Dunk merupakan siluet yang digemarinya. Tidak kiralah sama ada koleksi kolaborasi Ben & Jerry’s ‘Chunky Dunky’ hingga ‘Eire’ dan kolaborasi eksklusif Parra, Affleck memiliki beberapa kasut paling dicari di dunia.

Namun, ada sepasang Nike SB Dunk yang benar-benar menonjol dalam koleksinya – Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’.
Kasut ini jarang didengar hari ini kerana ia adalah salah satu kasut paling jarang ditemui. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2007 semasa era ‘Gold Box’ yang legenda dari Nike.
‘What the Dunk’ menampilkan reka bentuk unik yang terdiri daripada pelbagai grafik, corak, dan tekstur yang tidak sepadan.

KASUT ‘FRANKENSTEIN’
Setiap panel kasut ini sebenarnya diambil terus dari 31 warna SB Dunk yang berlainan. Ia digabungkan bersama untuk mencipta satu kasut Frankenstein yang luar biasa.
Peminat tegar pasti akan mengenali lapisan dalam neon hijau dari ‘eBay Dunk’ tahun 2003. Manakala panel trippy dari ‘Tie-Dye’ tahun 2004 dan burung merpati bersulam dari kolaborasi Staple tahun 2005.
Kesemua elemen ini diletakkan di atas midsole Zoom Air yang sangat selesa, sesuai untuk aktiviti skateboarding.

Untuk seorang sneakerhead seperti Ben Affleck, memiliki Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ adalah satu flex yang besar.
Kasut ini dianggap sebagai salah satu grail terhebat sepanjang masa, dan saiz US 13 boleh mencapai harga lebih dari $280,000 (RM1,319,080) di StockX sekarang.
BACA: Tip Pilih Seluar Slack Khaki Ikut Jenis Bentuk Badan
Walaupun Ben Affleck sebelum ini dilihat memakai Allbirds dan kasut Off-White, kehadiran ‘What the Dunk’ dalam koleksinya menunjukkan dia masih setia dengan jenama ‘Swoosh’.
FAKTA MENARIK
Berikut adalah lima fakta menarik tentang Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’:
- Rekaan Pelbagai Warna: Kasut ini dihasilkan dengan mencantumkan elemen dari 31 warna Nike SB Dunk berbeza.
- Era ‘Gold Box’: Dilancarkan pada 2007, kasut ini adalah sebahagian daripada era ‘Gold Box’ Nike yang terkenal.
- Panel Bersejarah: Beberapa panel pada kasut ini diambil dari model ikonik seperti ‘eBay Dunk’, ‘Tie-Dye’, dan kolaborasi Staple.
- Harga yang Tinggi: Dengan nilai pasaran lebih dari $280,000 untuk saiz tertentu, ‘What the Dunk’ adalah antara kasut termahal dan paling dicari di kalangan pengumpul.
- Komponen Skateboarding: Dilengkapi dengan midsole Zoom Air yang selesa, kasut ini bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi untuk aktiviti skateboarding, mengekalkan warisan asal Nike SB.
Bagi kebanyakan sneakerhead, Nike SB Dunk Low ‘What the Dunk’ bukan sahaja sebuah kasut tetapi sebuah karya seni yang mencerminkan sejarah dan evolusi budaya sneaker.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: GQ
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keselesaan Sepanjang Hari, Skechers Perkenalkan Koleksi Sunny Comfort Foamies

Faktor keselesaan kini menjadi salah satu perkara yang sangat penting dalam pemilihan kasut, sandal atau selipar.
Itulah yang di bawa oleh jenama Skechers yang cukup terkenal dalam menhasilkan footwear sarat dengan tahap keselesaan maksima.
Baru-baru ini, MASKULIN sempat mengikuti pelancaran Skechers Malaysia yang menampilkan Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies. Menurut mereka, koleksi ini direka khas bagi kesesuaian cuaca tropika yang panas terik dan hujan tidak kira masa seperti Malaysia.

Dilancarkan secara berperingkat dari April hingga Mei, koleksi ini memperkenalkan pelbagai gaya untuk dewasa dan kanak-kanak, dengan reka bentuk tambahan yang akan hadir dalam talian dan di kedai sepanjang Mei dan Jun.
Setiap pasang kasut dalam koleksi ini direka menggunakan teknologi kasut canggih Skechers, menjanjikan gabungan sempurna antara keselesaan, gaya, dan serba boleh.

PILIHAN GAYA LELAKI
Tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang menarik untuk memenuhi gaya setiap individu, Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies® yang baru menawarkan empat pilihan utama untuk lelaki dan wanita. Untuk lelaki, terdapat dua pilihan utama:
Skechers Foamies®: Arch Fit® Outdoor
Skechers Foamies: Arch Fit Outdoor slip-on clogs menampilkan keseimbangan yang sempurna antara sokongan, keselesaan, dan gaya mudah pakai.

Kasut ini dilengkapi dengan tapak kaki contoured Skechers Arch Fit® yang dipatenkan dan sokongan lengkungan yang disahkan oleh pakar podiatri. Ia dibangunkan dengan data selama 20 tahun dan 120,000 imbasan kaki tanpa berat. Hasilnya, kasut ini menawarkan keselesaan sepanjang hari dan penjajaran yang tepat untuk kaki anda.
Ciri-ciri utama termasuk:
- Tapak luar prestasi Goodyear® yang anti-slip untuk meningkatkan daya tarikan, kestabilan, dan ketahanan.
- Bahagian atas Foamies® EVA yang ringan dengan perforasi yang dibentuk, serta butiran cat percikan untuk lelaki.
- Tapak kaki dengan reka bentuk contoured yang membentuk kaki anda untuk mengurangkan impak kejutan dan meningkatkan pengagihan berat.
- Tapak luar dual-density yang tahan lama dan tali tumit boleh tukar untuk cengkaman dan kestabilan yang lebih baik.

GAYA INOVATIF
Skechers Hyper Slide
Direka dengan bahagian atas sintetik yang licin dihiasi dengan butiran cetakan tropika, slides atletik yang bergaya ini menawarkan pengalaman berjalan yang sangat responsif dan sangat ringan.

Hadir bersama midsole HYPER BURST yang empuk. Busa inovatif ini dicipta menggunakan proses Super Critical dengan sel berbentuk sfera yang dimampatkan ke dalam midsole.
BACA: Chris Hemsworth Kongsi Rutin Senaman ’50-Rep Challenge Workout’, Patutlah Ototnya Mantap!
Ciri-ciri keselesaan tambahan termasuk:
- Tapak luar prestasi Goodyear® yang memberikan daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang unggul.
- Tapak kaki contoured yang mengurangkan impak kejutan dan menggalakkan pengagihan berat yang sekata.
Skechers Foamies®: Arch Fit® Outdoor dan Skechers Hyper Slide pula direka untuk memastikan setiap langkah anda terasa ringan dan menyenangkan, sama ada anda berada di bandar atau bercuti di pantai.

Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies ini tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang menarik untuk memenuhi gaya setiap individu.
Dari warna-warna yang ‘meriah’ hingga yang lebih neutral, terdapat sesuatu untuk setiap orang dalam koleksi ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sneakers Putih Kekal Bersih & Nampak Macam Baru, Ini Cara Betul Macam Mana Nak Jaga

Memang diakui agak renyah nak jaga sneakers putih sebab ia mudah terkena kotoran. Kadang-kadang baru keluar rumah pun sudah tergesel dan terdapat tompok hitam pada kasut.
Perkara ini biasa kepada peminat sneakers putih. Orang kata, alah membeli, menang memakai.

Untuk atasi isu ini, MASKULIN buatkan beberapa panduan bagaimana nak jaga serta bersihkan sneakers putih anda agar ia kekal cantik dan berbau kedai.
1. Cuci guna sabun mandi & air

Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser

Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosok span ini pada kotoran di sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
3. Gunakan ubat gigi & berus

Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sental bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
BACA: Memang ‘Cool’ Kalau Pakai Kasut Vans X Harry Potter Custom Ni, Awek Pun Boleh Jeling!
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif

Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
5. Gunakan cecair peluntur jika keadaan terlalu teruk

Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh

Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk

Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
10 Trik Mudah Nak Elak Kaki Sakit & Melecet Bila Pakai Kasut Baru Raya Ini!

Selalunya bila anda memakai kasut baru, mesti kaki melecet, rasa pedih di hujung jari ataupun di belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki anda jenis ‘kembang’, makin sakit kaki dibuatnya.
Pasti anda pernah mendengar petua lama untuk mengelak kasut ‘menggigit’ tuannya, iaitu dengan menggigit bahagian belakang kasut baru. Kini anda tak perlu lagi nak gigit belakang kasut kerana 10 trik mudah ini boleh elak kaki melecet.
1. Pakai plaster

Mungkin cara ini paling biasa, namun cara inilah paling mujarab untuk mengelak kaki melecet. Tampalkan siap-siap plaster di bahagian yang anda jangka akan melecet terutamanya di belakang tumit kaki. Pastikan plaster luka anda lebih besar daripada zon geseran agar plaster itu tidak bergerak.
2. Tabur bedak talkum

Geseran akan berkurangan kerana adanya permukaan lembut yang mengurangkan potensi untuk kaki melecet. Jika anda memakai kasut tanpa stoking, cara mujarab ialah dengan menaburkan bedak di dalam kasut. Bukan sahaja elak kaki melecet, kasut dan kaki anda pun berbau wangi.
3. Sapu deadoran di kaki

Selain ketiak, deodoran juga boleh digunakan pada kaki untuk mencegah kaki melecet. Elak pakai jenis semburan, sebaliknya anda pakai deodoran jenis roll-on untuk melicinkan permukaan.
4. Masukkan bungkusan air ke dalam kasut

Anda juga boleh masukkan bungkusan air ke dalam kasut baru. Kemudian masukkan kasut ke dalam ruang sejuk beku selama satu malam agar air tadi bertukar menjadi ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian kasut baru yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kasut baru anda rasa lebih selesa apabila anda menyarungkannya.
7. Alkohol dan kertas

Semburkan alkohol pada bahagian kasut yang ketat supaya ia basah. Kemudian masukkan seberapa banyak mungkin kertas renyuk ke dalam kasut. Keluarkan kertas tersebut pada waktu pagi dan pakai kasut tadi supaya ia boleh mengambil bentuk kaki anda.
8. Krim pelembap

Kaedah ini hanya sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada kulit asli. Sapukan krim pelembap di dalam kasut terutamanya pada bahagian tumit dan jari kaki. Krim pelembap ini akan melembutkan kulit kasut. Apabila anda memakai kasut pada keesokkan harinya, kasut akan membentuk mengikut saiz kaki anda.
9. Kentang

Helah ini dapat membantu untuk meluaskan kasut sukan ataupun loafers. Masukkan kentang yang bersih ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Kentang tidak akan meninggalkan sebarang bau, namun untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang sisa kentang di dalam kasut pastikan anda lap dengan kain lembap.
10. Tukang kasut

Ini merupakan pilihan yang boleh anda percayai. Kebanyakkan tukang kasut memiliki peralatan khas untuk mengubah suai kasut anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, tukang kasut boleh meregangkan kasut supaya ia tidak lagi menyakitkan kaki anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

