Baru-baru ini hangat diperkatakan gara-gara penyingkiran peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Opin yang dikatakan memasak rendang ayam tidak rangup dan pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan telah mencetuskan pelbagai isu sampingan.
Siapa sahaja yang tak bengang dengan sikap sombong Chef dari UK, John Torode dengan menempelak menulis tweet seperti menyindir kritikan yang dilemparkan netizen. Seperti biasa tanpa tunggu lama, chef nombor satu Malaysia dan legenda Chef Wan membalas semula kenyataan terbabit dengan memuatnaik gambar tweet John Torode beserta kapsyen paling ‘pedas’.
Ads
John berpendapat rendang berkemungkinan asal dari Indonesia dan dia sangat menyukainya. Tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh chef asal Australia ini, tidak lain kalau menghentam kembali netizen Malaysia
Chef Wan menekankan sikap sombong dalam diri John dan pada masa yang sama tidak menghormati asal usul budaya sesebuah negara. Diakhir kenyataan beliau sempat lagi Chef Wan berseloroh dengan mengajar John tentang Soto Ayam yang juga dari Indonesia.
Berbeza dengan Gregg Wallace yakni juri kedua MasterChef tampil dengan rendah diri memohon maaf.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buka sahaja mana-mana platform laman media sosial kita pasti tidak akan dapat mengelak daripada melihat tentang filem epik terbaru arahan Syamsul Yusof, ‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’.
Malah pada hari ini, GSC Cinema mengumumkan filem tersebut telah berjaya mencatat kutipan Box Office dengan jumlah RM12.2 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Ia merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Sehingga kini ia kekal berada di tangga teratas mengatasi filem pecah panggung yang lain seperti ‘Top Gun Maverick’, ‘The Black Phone’ dan ‘Elvis’. Apakah yang menyebabkan ramai orang berpusu-pusu ke pawagam bagi menyaksikan filem yang bertemakan sejarah negara ini?
Berikut merupakan 5 sebab mengapa filem ‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’ berjaya memecahkan kutipan melebihi RM12 juta dalam tempoh empat hari sahaja!
Jika dilihat pada trend dalam tempoh dua atau tiga tahun kebelakangan ini, apresiasi atau penghargaan terhadap pemakaian tanjak dalam busana gaya lelaki didapati semakin popular. Selain itu lihat sahajalah pada Hari Raya, pelbagai penggayaan ikatan samping cara lama telah diberi nafas semula. Kemunculan filem ‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’ tiba tepat pada masanya.
Memetik kata-kata pengarah dan pembikin filem epik ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof dalam satu temu byual bersama Berita Harian, “Ini kebangkitan dalam banyak aspek dan sudut, Kun Fayakun, tsunami filem Melayu”.
Setakat ini filem ‘Mat Kilau’ telah menjadi filem nombor satu mengalahkan karya Hollywood dan Asia yang lain sedang ditayangkan. Adakah ini menjadi permulaan kepada banyak lagi filem epik bersejarah pada masa akan datang? Melihatkan trend positif ini kita mungkin akan dapat menyaksikan satu era yang cukup baik.
Siapa kata orang kita terutamanya orang Melayu meminggirkan filem tempatan? Jika ada naskah yang mantap seperti ‘Mat Kilau- Kebangkitan Pahlawan’ pasti ia mendapat sambutan yang hebat.
Jika selama ini ada yang menganggap penonton hanya mahukan filem berteraskan gengster, cinta atau ‘rempit’ semata ternyata ia tidak benar. Ini merupakan bukti orang kita tidak pernah memingirkan industri perfileman tempatan.
Seperti mana yang kita tahu tidaklah mudah untuk menghasilkan filem yang berdasarkan kisah sejarah. Namun penyampian menerusi filem ini rata-rata dianggap sangat berjaya menyuntik semangat patriotisme yang ada dalam setiap warganegara.
Dengan sentimen nasionalis yang semakin membara di kalangan anak muda terutamanya telah membantu kejayaan filem ini mencatat jumlah kutipan yang tinggi.
Faktor barisan pelakon memang kita ketahui menjadi salah satu faktor cukup penting bagi menjamin sesebuah filem itu mencatat jumlah kutipan yang baik. Menerusi ‘Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan’, ramai penonton memuji lakonan cukup hebat dari barisan pelakonnya. Selain Dato Adi Putra yang memegang teraju utama sebagai Mat Kilau, di antara yang paling menarik perhatian ialah Fattah Amin yang membawakan watak Awang.
Ramai yang memuji lakonan Fattah Amin yang cukup berbeza dengan filem atau drama pernah dibintanginya sebelum ini. Tidak kurang juga yang terkejut dengan kemampuannya melakonkan watak tersebut dengan sangat baik. Kemunculan Yayan Ruhian, pelakon aksi asal Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Manakala Beto Kusyairy pula dianggap di antara ‘MVP’ filem ini.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini netizen teruja dengan perubahan ketara bentuk badan pelakon Hafizul Kamal yang lebih kacak dan sado. Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.
“Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.
“Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean,” tulis Hafizul.
Di ruang komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado. Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal. Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
usteru, Hafizul bersyukur kerana dia mampu mendapatkan ‘kesasaan’ yang diinginkan hasil disiplin yang tinggi atas bantuan jurulatih kecergasan peribadi, Mohd. Khairi hanya dalam tempoh enam minggu.
Selain Hafizul, pelakon lain yang membintangi Paskal ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.
Filem terbitan bersama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas serta Multimedia Entertainment itu mendapat kerjasama sepenuhnya dari TLDM dan dikatakan menelan belanja kira-kira RM10 juta.
Sumber : Instagram Hafizul Kamal
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mencukur bulu kemaluan dengan tepat dapat membantu proses pembersihan serta memberi kelembapan pada kawasan alat sulit. Apabila anda kerap membuat cukuran, kawasan alat sulit lebih kasar serta menyebabkan rasa gatal dan kemeraha. Jadi pastikan anda membuat cukuran yang betul dan gunakan juga sabun pencukur yang betul.
JANGAN DICUKUR HABIS
Bulu kemaluan yang tipis akan mencegah bersarangnya tungau atau kutu kelamin (Phthirus Pubis). Kalau terlalu tebal, pembersihan organ kelamin akan terganggu kerana terdapat talungan air sewaktu anda membuat basuhan. Lambat kering dan ia lembap di dalam seluar anda.
Bulu kemaluan yang tidak dicukur dapat membuat menyebabkan rasa kelembaban meningkat. Pada akhirnya mengakibatkan infeksi bahkan juga keputihan untuk kaum wanita. Nah, kalau dicukur, partikel kotoran dan sel-sel kulit mati jadi lebih mudah dibersihkan.
ELEMEN KEGHAIRAHAN
Bulu kemaluan yang dicukur akan membuat kelaminmu terlihat lebih bersih dan menarik bagi pasangan. Tidak hairan, kalau mencukur bulu kemaluan bisa meningkatkan gairah seksual saat sedang melakukan hubungan.
Bulu kemaluan yang terpotong pendek dan rapi akan membuat penis terlihat lebih besar saat ereksi. Jadi ukuran penis akan terlihat optimal saat kamu sedang melakukan hubungan.
LAMBANG KEBERSIHAN
Anda akan lebih selesa apabila sistem alat sulit anda dalam keadaan kemas. Bukan sahaja luaran nampak kacak, dalaman juga harus bersih dan rapi. Jadi sila lihat ke dalam juga, adakah anda memang betul-betul seorang pembersih atau sebaliknya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan pickleball kini bukan lagi sekadar aktiviti santai hujung minggu. Di Malaysia, popularitinya terus melonjak dengan komuniti pemain yang semakin berkembang merentasi pelbagai peringkat...