Okay…langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Lelaki mana yang tak mahukan badan yang tegap dn mantap. Buat senaman tak tentu hala pun tak guna kalau kita tak tahu bentuk badan kita tergolong dalam kategori mana. Jom kenal jenis tubuh badan korang.
1. BENTUK SEGI TIGA
* Dada kecil berbanding pinggul
* Bawah badan lebih berat dari atas
* Garisan bahu jatuh
Lelaki dengan bentuk badan sebegini termasuk dalam kategori ectomorph yang selalunya nampak atletik dengan dada yang kecil. Tapi bila situasi berat badan bertambah-biasanya ‘berat’ itu pergi ke bahagian dada, wajah, abdomen hingga kadang-kadang menampakkan bentuk tubuh tak seimbang. Lelaki sebegini biasanya punyai kandungan lemak yang rendah dan mudah turunkan berat badan. Cuma kalau nak jadikan tubuh tu sasa payah sedikit kerana badan segi tiga agak sukar untuk membina lean muscle.
2. BENTUK BUJUR
* Lengan atas besar
Ads
* perut buncit
* kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan
Bentuk badan macam ni mempunyai bahu jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah, di samping belakang badan besar, punggung leper dan leher yang pendek. Lelaki macam ni aset dia terletak pada kaki yang kurus.
3. BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
* Pinggang/Pinggul kecil-Atas badan yang lebar
* Binaan otot baik pada bahu, dada dan lengan
Ads
* Atas badan lebih besar dari bawah.
Untungnya pemilik badan begini ialah mereka mudah mengenakan apa sahaja stail pakaian klasik kerana dada yang bidang dan pinggang yang kecil.
4. BENTUK SEGI EMPAT SAMA
* Dada, pinggang dan pinggul sama saiz
* Bentuk Tubuh yang tegak
Ads
Lelaki yang miliki badan macam ni senang-Bahu, pinggang dan pinggul mereka selari macam pembaris. Nak gayakan apa saja jenis pakaian mudah asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Cuma, masalahnya pemilik bentuk badan macam ni kena berusaha lebih sedikit untuk dapatkan otot yang sasa.
5. BENTUK TRAPEZOID
*Bahagian atas badan lebih besar
*Dada dan bahu yang lebar
*Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
*Perkadaran tubuh yang seimbang
Trapezoid boleh dikatakan ciri pada bentuk badan lelaki yang seimbang. Dada bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil. Untung lelaki kalau sudah semula jadi badan macam ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.
Lelaki Kuat Melatah Selalunya Seorang Yang Kelakar
Kadang-kadang, boleh tergelak besar tengok reaksi spontan diorang. Tapi pernah tak korang perasan, kebanyakan lelaki yang kuat melatah ni selalunya seorang yang kelakar?
Melatah Itu Spontan, Kelakar Itu Bonus
Melatah ni berlaku secara refleks. Maknanya, orang yang melatah ni tak boleh kawal apa yang keluar dari mulut diorang. Sebab itulah, ayat-ayat yang diorang sebut kadang-kadang boleh jadi luar biasa kelakarnya. Ada yang tiba-tiba menyebut nama makanan, ada yang menyumpah entah ke mana, ada juga yang terus buat aksi macam menari zapin.
Lelaki yang kuat melatah ni biasanya jenis yang sporting. Diorang pun tahu yang melatah tu kelakar, jadi lama-kelamaan mereka sendiri terbiasa dan tak ambil hati kalau orang suka usik. Sebab itu jugalah mereka ni selalu jadi pencetus gelak tawa dalam satu-satu kumpulan.
Kuat Melatah, Kuat Menghibur
Satu lagi perangai lelaki yang kuat melatah ni, mereka ni selalunya memang suka buat lawak. Mungkin sebab dah biasa orang gelakkan mereka bila melatah, jadi mereka pun jenis yang tak kisah dan enjoy buat orang ketawa. Mereka tak ambil serius sangat benda kecil dan lebih suka suasana yang santai serta penuh gurauan.
Orang macam ni memang seronok dijadikan kawan. Kalau lepak dengan mereka, mesti tak kering gusi. Kadang-kadang, bukan sebab mereka melatah je yang kelakar, tapi sebab mereka sendiri ada ‘sense of humor’ yang tinggi. Diorang boleh jadikan benda biasa pun lawak.
Tak Semua Orang Kuat Melatah, Tak Semua Orang Pandai Buat Lawak
Walaupun melatah ni nampak macam benda biasa, tapi tak semua orang ada refleks macam ni. Ada orang yang terkejut, tapi tak akan melatah. Dan tak semua orang yang melatah tu pandai buat lawak. Tapi kalau jumpa lelaki yang ada dua-dua ciri ni, melatah dan kelakar, memang confirm dia akan jadi ‘bintang’ dalam geng!
Jadi, kalau korang ada kawan lelaki yang kuat melatah dan dalam masa yang sama kelakar, hargailah mereka. Sebab mereka ni antara orang yang buat hidup kita lebih ceria dan penuh dengan gelak tawa. Tapi jangan sampai keterlaluan usik mereka ya, nanti takut diorang marah pula!
Ini 5 teknik untuk mendapatkan berat badan yang seimbang, kacak dan menjadikan anda kekal sihat!
1. Tahu dahulu BMI badan
Sebelum mengurangkan berat badan, anda harus membuat kira-kira. Berapa kilogram yang perlu anda kurangkan. Untuk ukur BMI anda dan ketahui berat ideal manakah yang sesuai dengan anda, ia lebih mudah.
2. Makanlah nasi
Jangan pernah berangan dan cuba tinggalkan nasi jika anda merupakan Melayu sejati yang sangat cinta dan sukar menolak apabila nasi terhidang di depan mata. Makan jangan tak makan. Ambillah nasi dengan kuantiti segenggam. Ingat! Segenggam sahaja. Jangan tipu-tipu dan makanlah nasi.
3. Tinggalkan air manis
Ini yang sukar dilaksanakan. Ada yang diet dah ok, nasi segenggam, ayam bakar, makanan kurang garam. Tapi last sekali minum teh ais kaw-kaw manis. Tak jadi.Untuk makluman saya berpantang air manis dalam bulan pertama. HENTIkan ambilan air manis dan ia akan banyak save your calory untuk selanjutnya. Minumlah air putih yang kita tahu sebagai free kalori. Ucapkan selamat tinggal kepada air-air manis dan minumlah air putih!
Jus boleh minum? BOLEH. Tapi jus tanpa gula, tanpa susu, tanpa sirap.
4. Makanan bergoreng
Ini antara perkara yang sukar ditinggalkan oleh rakan-rakan yang nak diet. Dalam masa 3 bulan saya berdiet, ini antara disiplin ketat yang sangat sukar. Tinggalkan apa sahaja makanan bergoreng termasuk kuih-kuih bergoreng macam karipap, donut, goreng pisang. Dan apa saja yang terlekat dengan kuantiti minyak yang banyak,
Tinggalkan untuk sementara waktu. Boleh kan? Gantikan dengan pau, agar-agar dan kek tapi dengan kuantiti gula yang sedikit dan tidaklah dimakan terlalu banyak. Protein yang anda ambil pastikan hanya daripada rebus dan panggang sahaja. Kurang minyak, kurang lemak. Roti canai untuk sarapan? Tinggalkan!
5. Tinggalkan makanan ringan
Walaupun namanya makanan ringan, hakikatnya ia BERAT untuk kalori anda seharian. Kerepek ubi, keropok-keropok yang selalu di makan ketika menonton perlawanan bola sepak atau selalu anda jadikan hi-tea, minta tinggalkan. Kandungan garam di dalam makanan tersebut agak tinggi seeloknya ditinggalkan. Gantikan dengan makanan yang lebih baik. Saya ambil inisiatif kurma sebagai gantinya, kismis dan madu. Cubalah.
6. Makanan bersantan
Kurangkan pengambilan makanan berasaskan santan, jika boleh tak perlu ambil pun tidak mengapa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerajaan dijangka membuat pengumuman pada hari Jumaat ini berkenaan status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Berita ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada PKP bakal dilanjutkan atau berakhir pada 14 April ini, lapor Bernama.
Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara, sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang.
Foto: Bernama
Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.
Pastinya operasi itu penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di sini.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama-sama kerajaan membantu membendung wabak COVID-19 termasuk melalui sumbangan kepada Tabung COVID-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata sehingga Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak tersebut.
Muhyiddin berkata sebanyak RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19.
Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.