Keadaan kini semakin meruncing dengan kadar kes baharu yang dicatatkan masih lagi tinggi. Kita semua tiada jalan lain untuk bebas dari belenggu wabak ini melainkan mendapatkan suntikan vaksin.
Untuk mencapainya kita harus sama-sama main peranan memberi kesedaran kepada setiap anggota masyarakat akan betapa pentingnya pengambilan vaksin ini.
Kerajaan menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) kini sedang giat menjalankan program suntikan vaksin dengan jumlah haria meningkat setiap hari. Antara golongan yang paling berisiko ialah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril yang kini sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bertugas di salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di PWTC, Kuala Lumpur.
Menurutnya pemerhatiannya, golongan warga emas terutamanya orang Melayu hanya dilihat dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus sahaja daripada keselurhan mereka yang datang. Walau bagaimanapun jelasnya itu adalah daripada pemerhatian kasarnya sahaja.
Ads
“Pusingan kedua inisiatif sukarela pengambilan vaksin Astra Zeneca bermula Ahad baru ni. Yang dibuka untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tu. Jadi bila saya bertugas di PWTC hari ni saya expect mostly warga emaslah yg akan datang mengambil vaksin & tepat tekaan saya, hampir 90% adalah warga emas. Tapi yang buat saya sedikit sedih daripada warga emas yang hadir, hanya 30-40% adalah orang Melayu kita”.
Tambahnya lagi itu hanyalah daripada pemerhatiannya sahaja.
Ads
“Tapi boleh kira betapa sikitnya penerima vaksin yang ‘bin & binti’ saya consult tadi. Bila saya berterima kasih kepada makcik & pakcik yg datang kerana tampil mengambil vaksin tadi, rata-rata berkata “kawan makcik/ pakcik ramai taknak amik sebab dengar macam2 cerita…”
“…tapi makcik atau pakcik beranikan diri, redha & tawakal demi nak jumpa anak cucu”.
“Berlinang mata kejap dengar statement mereka,” luah Dr Say lagi.
Ads
Dr Say juga meneruskan kelantangan kerajaan dan menyeru agar masyarakat tidak mendengar segala info, fakta dan teori konspirasi yang tidak benar tentang vaksin.
“Cukuplah dengar rumours Whatsapp Group atau konspirasi di FB. Pilihlah sumber yg sahih. Marilah sama2 kita cuba capai Herd Immunity secepat mungkin supaya dapat kita pulang kepada kehidupan dahulu kala,” jelasnya lagi.
Kita semua terutamanya anda sebagai lelaki memainkan peranan sangat besar untuk membantu menyebarkan info yang betul kepada ahli keluarga. Jangan biarkan orang tua kita terdedah kepada risiko wabak ini tanpa perlindungan vaksin.
Daftar dan dapatkan suntikan vaksin dengan seberapa segera. Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sehingga ke hari ini kita masih lagi kekal megamalkan norma baharu sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19. Selepas beberapa ketika negara kita mencatatkan penurunan namun kini telah muncul pula kluster baharu yang dilihat cukup merisaukan.
Antaranya kluster Sivangangga yang berlaku di Kedah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab seseorang yang tidak mematuhi kuaranti di rumah. Akibatnya telah berlaku penularan yang cukup merisaukan dengan hampir setiap hari ada sahaja kes yang muncul dari kluster tersebut.
Pakar perubatan dan saintis pula sedang berjuang habis-habisan merawat pesakit manakala tidak kurang juga yang bekerja keras melakukan pelbagai ujian untuk menghasilkan vaksin.
Foto hiasan
Laporan terbaru menyatakan bahawa enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk tiga dari China telah memasuki percubaan fasa ketiga. Memetik laporan agensi berita Xinhua, vaksin percubaan dari China tersebut adalah dari Sinovac, Institut Biologi/Sinopharm Wuhan dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing.
Manakala baki tiga lagi vaksin percubaan yang dihasilkan pula dari Universiti Oxford/AztraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/Pharma Pharma/Pfizer.
Ujian fasa ketiga menyaksikan vaksin pyang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam populasi umum sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, tahap keimunogenan serta tindak balas imun terhadap sebilangan kecil manusia.
Foto hiasan
Pada fasa ini jugalah para pengakaji dapat melakukan ujian untuk dapati sama ada vaksin dihasilkan dapat melindungi sejumlah besae orang dalam jangka masa panjang.
Mungkinkah ini sinar baharu umat manusia dalam memerangi penulran pandemik ini?
Namun kita tidak boleh terlalu gembira kerana pada fasa ketiga ini ia tidak bermaksud vaksin dihasilkan dapat melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.
Dalam rekod WHO sebanyak 165 vaksin percubaan dihasilkan dan sudah melalui beberapa ujian dengan sebanyak 26 ujian klinikal.
Semoga vaksin Covid-19 segera dapat kita hasilkan bagi masa depan yang lebih selamat dan bebas daripada penyakit merbahaya ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sambutan perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung pada tahun ini memang cukup luar biasa. Orang ramai membanjiri lokasi perarakan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya bagi meraikan hari penuh bermakna ini.
Ramai tidak menyangka puluhan ribu manusia membanjiri sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Malah dilaporkan ada yang sudah berada di lokasi seawal jam 5 pagi. Keterujaan ini mungkin disebabkan negara kita sudah dua tahun tidak meraikannya akibat pandemik COVID-19.
Kemeriahan sambutan yang berlangsungh semalam turut dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial. Pelbagai karenah dan telatah mencuit hati serta menusuk kalbu dapat kita saksikan. Kemunculan pasukan penyelamat dan juga pasukan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) di antara yang paling mendapat sambutan.
Namun dalam keghairahan sambutan itu berlaku pula kejadian yang kurang enak dan tidak diingini. Selain masalah sampah yang dibuang merata-rata, kejadian pokok lanskap yang habis musnah dipijak turut berlaku.
Dwan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan kekecewaan mereka menerusi satu hantaran di Facebook tentang perkara tersebut.
“Korang dah kenapa?”
“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul”.
KESEDARAN & TANGGUNGJAWAB
Bukan sahaja keindahan pokok-pokok lanskap itu musnah namun kerugian yang dialami juga dijangka cukup besar. Namun apa paling penting sebenarnya ialah kesedaran dan tanggungjawab untuk ktia semua agar perkara ini tidak berulang di masa akan datang.
Rata-rata warganet juga melahirkan rasa kecewa dan marah dengan kejadian seperti ini.
Di antara komen menarik, “merdeka daripada dijajah negara asing tapi belum merdeka dari segi akal dan sikap”.
Menerusi hantaran dari DBKL, beberapa foto dan video menunjukkan pokok-pokok lanskap yang ditanam oleh pihak mereka habis lenyek dipijak pengunjung. Malah lebih teruk ia mungkin tidak dapat diselamatkan langsung.
Semoga perkara seperti ini dapat kita elakkan berlaku lagi di masa akan datang. Selain itu juga MASKULIN berpendapat Putrajaya mungkin lebih sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan seperti ini.
Selamat Hari Kebangsaan!
Kredit: DBKL
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersenam bukan saja untuk jadikan badan korang sado dan fit tapi sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Jika nak tahu senaman mampu mengubah hidup korang pada skala lebih baik dari segi fizikal mahupun secara mental. Salah satu faktor yang boleh mencetuskan emosi gembira adalah aspek kesihatan dan kesejahteraan diri. Dari sudut yang menyeluruh, kesihatan dan kesejahteraan bukan sahaja merujuk kepada keadaan bebas penyakit, tetapi mampu untuk menjalankan fungsi hidup dengan baik, sama ada aspek fizikal, sosial, intelek mahupun kerohanian
Satu kajian jangka panjang yang dijalankan di Kanada dalam tahun 2012 yang melibatkan seramai 17,200 peserta kajian, penyelidik mendapati bahawa mereka yang aktif bersenam menunjukkan tahap kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang sedentari selepas tahun kedua dan keempat kajian.
Berikut ini adalah beberapa cara untuk membuatkan hidup anda berasa lebih hebat dan tak mudah bosan dengan melakukan senaman.
1. Berhubungan Baik
Rutin melakukan senaman mampu untuk membuatkan anda memiliki hubungan yang lebih baik dengan kelompok sosial. Senaman juga memberikan kesan yang cukup besar dalam hal penampilan dan berkomunikasi. Kerana ianya membuatkan anda lebih cekap, ekspresif serta mampu berfikir dengan lebih baik.
2. Lebih Stamina & Mantap di Ranjang
Bagi anda dan pasangan yang sudah menikah, jangan hanya menyibukkan diri untuk mencari wang dan bekerja. Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan senaman kerana hal tersebut mampu menjadi aset bagi keharmonian hubungan seks anda. Sudah pasti dengan banyak bersenam, anda akan lebih berstamina di atas ranjang.
3. Postur Yang Lebih Baik
Tentunya melakukan senaman mampu untuk membuatkan postur anda jauh lebih baik. Tubuh anda akan lebih berbentuk dan ideal. Meskipun anda bukanlah bersenam hingga mati-matian, kalau anda mampu untuk melakukannya dengan cara yang lebih teratur, tubuh anda akan mampu untuk mencapai berat badan yang ideal.
4. BeriInspirasi Kepada Orang Lain
Lelaki yang sentiasa dengan rutin bersenam mampu untuk membuatkan orang lain untuk berasa kagum kerana pada kenyataannya masih ramai orang yang belum berjaya menjaga tubuh mereka sendiri. Dengan begitu, anda mungkin sahaja sudah menjadi inspirasi bagi orang lain yang ingin belajar untuk menjaga kesihatan tubuh dan jiwa mereka.
5. Kerana Diriku Begitu Berharga
Dengan melakukan senaman, anda akan menyadari bahawa anda makin sayang dengan tubuh anda dari hari ke hari dan ini boleh dilihat dengan kewujudan budaya spornoseksual. Bukan hanya dari luar, namun juga dari dalam. Misalnya, anda akan menitikberat penjagaan pemakanan, apa yang anda lakukan dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan melalui kaedah kecergasan dan bersenam seperti ini boleh membantu anda untuk mendapatkan bukan sahaja bentuk badan yang ideal malah berat badan yang lebih sihat. Dengan ini anda akan memiliki gaya hidup yang memberikan inspirasi kepada orang lain di sekeliling anda. Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada anda secara khususnya kaum lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.