
Bila bercakap tentang perjalanan jauh, ramai pemandu biasanya lebih fokus kepada destinasi berbanding keadaan badan sendiri sepanjang memandu.
Ada yang sanggup memandu berjam-jam tanpa henti semata-mata mahu cepat sampai.
Hakikatnya, tabiat seperti ini sebenarnya boleh meningkatkan risiko kemalangan terutama apabila badan mula penat tanpa disedari.
Sebab itu, salah satu perkara paling penting ketika perjalanan jauh ialah mengetahui bila masa sesuai untuk berhenti rehat.
Ramai tidak sedar bahawa memandu dalam tempoh lama boleh menyebabkan keletihan mental.
Walaupun badan nampak seperti masih okay, sebenarnya otak sudah mula kehilangan daya fokus sedikit demi sedikit.
Antara tanda awal pemandu mula penat termasuk:
Ini sangat berbahaya terutama ketika memandu di lebuh raya pada kelajuan tinggi.
Lebih menakutkan, ada kes pemandu mengalami microsleep, keadaan di mana otak tertidur beberapa saat tanpa disedari.
Beberapa saat itu sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kemalangan serius.
Secara umum, kebanyakan pakar keselamatan jalan raya menyarankan pemandu berhenti rehat sekurang-kurangnya:
Walaupun rasa masih bertenaga, badan sebenarnya tetap perlukan rehat untuk reset fokus dan mengurangkan keletihan mental.
Rehat tidak semestinya lama.
Kadang-kadang:
Untuk tempoh selama 15 hingga 20 minit pun sudah cukup membantu.
Ini kesilapan paling biasa ramai pemandu lakukan.
Bila mata dah berat atau badan terlalu letih, sebenarnya tahap fokus sudah lama menurun sebelum itu.
Sebab itu rehat perlu dibuat secara berkala walaupun anda masih rasa “okay”.
Terutama ketika:
semua ini boleh mempercepatkan keletihan ketika memandu.
Ramai bergantung sepenuhnya kepada kopi atau minuman tenaga ketika memandu jauh.
Ya, kafein memang boleh membantu meningkatkan fokus untuk sementara waktu.
Tetapi ia bukan pengganti kepada rehat sebenar.
Kalau badan memang sudah terlalu letih, minum kopi sahaja tidak cukup.
Kadang-kadang badan perlukan:
untuk kembali fokus sepenuhnya.
Jika perjalanan terlalu jauh dan badan mula terasa berat, power nap sebenarnya sangat efektif.
Tidur sekitar:
boleh membantu otak kembali segar dan meningkatkan fokus ketika memandu.
Sebab itu banyak kawasan R&R sekarang menyediakan ruang rehat khas untuk pemandu.
Jangan malu untuk berhenti tidur sekejap.
Lebih baik lambat sampai daripada mengambil risiko di jalan raya.
Ramai suka memandu malam sebab jalan kurang sesak.
Tetapi hakikatnya, tubuh manusia secara semula jadi lebih mudah mengantuk pada waktu malam terutama antara:
Ketika ini tahap alertness otak biasanya menurun.
Sebab itu perjalanan malam memerlukan lebih banyak disiplin dari segi rehat dan kawalan fokus.
Kalau boleh, elakkan memandu terlalu lama seorang diri pada waktu malam.
Ada pemandu bangga boleh drive tanpa berhenti dari Kuala Lumpur ke Thailand atau utara semenanjung.
Hakikatnya, itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan.
Keletihan ketika memandu adalah antara penyumbang utama kemalangan jalan raya terutama musim cuti panjang dan musim perayaan.
Memandu dengan selamat sebenarnya lebih penting daripada sampai cepat.
BACA: Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026
Sama seperti bekerja atau bersenam, memandu jauh juga menggunakan tenaga mental dan fizikal.
Lagi lama berada di belakang stereng:
Sebab itu berhenti rehat bukan tanda lemah.
Sebaliknya, ia tanda anda seorang pemandu yang lebih bertanggungjawab.
Kadang-kadang, perjalanan yang selamat bukan bergantung kepada siapa paling laju.
Tetapi siapa paling bijak menjaga diri sepanjang perjalanan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.