Ketibaan bulan Ramadan bukan sekadar masa untuk meningkatkan amal ibadah, tetapi juga peluang bagi ramai individu untuk menurunkan berat badan.
Berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari mengubah pola pemakanan harian, menyebabkan badan mengalami defisit kalori semula jadi.
Namun, ramai yang perasan bahawa berat badan mereka turun naik secara tidak menentu sepanjang bulan puasa.
Pada waktu siang, berat badan cenderung menurun, tetapi selepas berbuka, ia kembali ke angka asal. Fenomena ini sering menimbulkan persoalan – apakah sebenarnya yang menyebabkan turun naik ini berlaku?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian Arif Sukri, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fitness, seorang pemengaruh yang kerap berkongsi tip kecergasan di media sosial.
Menurutnya, perubahan berat badan yang berlaku sepanjang bulan Ramadan adalah sesuatu yang normal.
“Timbang berat pada bulan puasa biasanya akan menunjukkan penurunan di siang hari kerana badan kehilangan air akibat berpuasa. Namun, selepas berbuka, berat badan akan naik semula kerana badan menyerap kembali air dan nutrien yang diperlukan,” jelasnya.
Ini bermaksud, turun naik berat badan ini bukan semata-mata berkaitan dengan kehilangan lemak, tetapi lebih kepada perubahan cecair dalam badan.
Ads
Arif turut berkongsi tiga punca utama yang menyebabkan ia turun naik sepanjang bulan puasa.
1
Berat badan kita secara keseluruhan dipengaruhi oleh berat air, lemak, otot dan juga tulang.
Jadi bila bulan Ramadan kita kehilangan air yang banyak semasa berpuasa. Jadi normal bila tengahari timbang, berat jadi lain. Lepas berbuka berat jadi lain.
2
Bagi mereka yang main gym bersenam, dan stop secara mengejut puj akan jadi faktor penurunan berat.
Bila jisim otot, makin mengecut sikit demi sikit. Seiring kurang bersenam atau tinggalkan terus.
Ads
3
Untuk mereka yang BMI capai pada tahap obesiti normal untuk berat turun mendadak pada awal puasa.
Antaranya sebab kehilangan air yang banyak. Tapi slowly lepas tu berat jadi statik. Dan perlukan ada rutin baru untuk capai target yang baru.
Nasihatnya lagi, pada bulan puasa ini usahlah tengok sangat penimbang. Namun jika nak nak tengok juga boleh periksan dan pilih pada satu waktu sahaja.
“Yang saya prefer sebelum kita sahur. Timbang dan ambil rekod time tu. Lebih accurate. Paling penting jangan cek penimbang je masa puasa ni.
Ads
Check juga inch loss perut, pinggang dan bawah lengan. Sebab bulan puasa ni ukur lilit perut pun boleh kecik,” tambahnya lagi.
Jadi buat anda yang ingin turunkan berat badan, usah terganggu sangat dengan bacaan pada penimbang berat badanya. Apa yang penting kena jaga makan dan jangan putus asa!
Gemuk air adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai lelaki tanpa mereka sedari. Ia merujuk kepada keadaan di mana tubuh menyimpan lebihan air, menyebabkan penambahan berat badan dan pembengkakan di beberapa bahagian badan.
Walaupun tidak berbahaya, gemuk air boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengurangkan keyakinan diri.
Punca gemuk air
Ketahui beberapa punca terjadinya gemuk air ini:
1. Makanan tinggi garam
Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassium. Fokus pada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.
2. Tekanan kehidupan
Jika korang selalu stres, ini akan menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air. Korang boleh hilangkan tekanan dengan cara bernafas dengan betul atau keluar berjalan kaki dengan pantas untuk menenangkan fikiran.
3. Senaman intensiti tinggi
Senaman berat boleh menyebabkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai. Rehat tu penting guys!
4. Terlalu banyak fiber atau serat
Faktor yang perlu diawasi jika korang nak kurangkan gemuk air adalah pengambilan serat atau fiber. Sekiranya nak lebihkan pengambilan sayur-sayuran, lakukan secara beransur-ansur. Buat penambahan sebanyak 5 gram sehari sehinggalah korang mencapai sasaran yang dikehendaki.
Macam mana nak kurangkan gemuk air?
1. Kurangkan karbohidrat
2. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang semula air yang berlebihan dalam badan.
3. Kurangkan pengambilan garam.
4. Hadkan pengambilan cecair 1-2 hari. Bukan tak boleh minum air tapi mengehadkan pengambilan air dalam sehari dua supaya kelihatan lebuh langsing.
Hati-hati: Jika dah kurangkan pengambilan air, kurangkan juga aktiviti fizikal kerana risiko berasa pening dan pitam adalah tinggi.
5. Produk diuretik untuk tingkatkan pembuangan urine. Tapi sebelum menggunakan cara ini, pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu okay?
6. Amalkan makan pisang. Potassium adalah lawan kepada sodium (garam). Ia penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan.
7. Amalkan bersenam. Cuba bersenam setiap hari untuk meningkatkan degupan jantung dan mengeluarkan peluh. Bersenam dapat membantu keseimbangan air dalam badan.
8. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran. Tapi harus hati-hati juga ya sebab pengambilan serat secara berlebihan kerana perlu seimbang antara serat protein dan karbo.
Macam mana dengan penjelasan ini? Harapnya dapat membantu anda dan memberi manfaat kepada semua. Jangan stres sangat ok? Sebab ada good news, gemuk air juga katanya lebih mudah untuk kurus berbanding gemuk lemak.
Adakah Menambah Air Kosong Boleh Mengurangkan Gula?
Ramai yang percaya bahawa menambah air kosong ke dalam minuman manis boleh mengurangkan kandungan gula dan menjadikannya lebih sihat.
Namun, adakah ini benar atau sekadar mitos? Ramai yang beranggapan bahawa dengan mencairkan minuman, kandungan gulanya akan berkurang dan menjadi lebih selamat untuk diminum.
Tetapi hakikatnya, jumlah gula yang masuk ke dalam badan tetap sama, walaupun rasa manisnya mungkin berkurangan.
Foto : mStar
Air Kosong Hanya Mencairkan, Bukan Menghilangkan Gula
Apabila anda menambah air kosong ke dalam minuman manis, ia hanya mencairkan kepekatannya, menjadikan rasanya kurang manis.
Namun, kandungan gula sebenar dalam minuman tersebut tidak berubah.
Jika segelas teh tarik mengandungi tiga sudu gula, walaupun ditambah air, jumlah gula dalam minuman itu masih sama.
Tubuh kita memproses gula berdasarkan jumlah sebenar yang masuk ke dalam badan, bukan kepekatan rasa manis dalam minuman.
Oleh itu, menambah air tidak menjadikan minuman itu lebih sihat kerana jumlah gula yang diserap oleh badan tetap sama.
Kesan Pengambilan Gula Berlebihan
Pengambilan gula berlebihan boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan obesiti, yang berpunca daripada lebihan kalori tanpa nutrien yang mencukupi.
Selain itu, gula yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah secara mendadak.
Malah, gula yang tinggi dalam diet juga dikaitkan dengan masalah jantung seperti tekanan darah tinggi dan keradangan yang boleh membawa kepada penyakit kronik.
Bercium sering kali dikaitkan dengan ungkapan kasih sayang dan keintiman antara pasangan, terutamanya suami isteri. Namun, tahukah anda bahawa bercium juga mempunyai manfaat kesihatan yang signifikan, terutama bagi lelaki?
Menurut pakar temu janji, Jacob Lucas, bercium bukan sahaja memberi kegembiraan buat pasangan, malah ia juga mempunyai manfaat kesihatan.
manfaat bercium
Jelasnya, amalan bercium dengan pasangan memerlukan penggunaan banyak otot dalam badan dan beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu anda boleh membakar sebanyak 26 kalori dalam seminit.
“Bercium boleh menyebabkan otak anda melepaskan campuran bahan kimia – termasuk oksitosin, dopamin, dan serotonin. Ini boleh menyebabkan perasaan euforia dan juga mendorong kita untuk berasa sayang dan ingin berhubung,” ujarnya.
Selain itu, dia mendakwa perbuatan bercium dengan pasangan juga baik untuk kesihatan badan yang lain.
Berikut adalah beberapa manfaat bercium dalam bagi kesihatan:
1. Bercium Bakar Kalori
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bercium boleh membantu membakar kalori. Walaupun jumlah kalori yang dibakar mungkin tidak sebanyak bersenam di gim, namun setiap sedikit usaha tetap memberi kesan positif kepada tubuh. Kajian menunjukkan bahawa bercium boleh membakar antara 2 hingga 6 kalori seminit. Ini bermakna, semakin kerap anda bercium, semakin banyak kalori yang dapat dibakar, sekali gus membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
2. Mengurangkan Tekanan dan Meningkatkan Mood
Bercium merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang juga dikenali sebagai “hormon gembira”. Endorfin berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood seseorang. Bagi lelaki yang sering terdedah kepada tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, bercium boleh menjadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan merasa lebih tenang.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat bercium yang tidak boleh diabaikan adalah keupayaannya untuk membantu menurunkan tekanan darah. Bercium merangsang peredaran darah yang lebih baik dengan meningkatkan denyutan jantung. Denyutan jantung yang meningkat ini membantu memperbaiki aliran darah, seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Bagi lelaki yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, bercium boleh menjadi salah satu cara semulajadi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
4. Meningkatkan Imuniti
Bercium juga didapati dapat meningkatkan sistem imun tubuh. Pertukaran air liur semasa bercium membantu tubuh mengenali dan melawan bakteria yang berbeza, seterusnya menguatkan sistem imun. Ini membantu tubuh lebih bersedia melawan penyakit dan jangkitan, menjadikan lelaki lebih sihat secara keseluruhan.
5. Meningkatkan Keakraban dan Hubungan Emosi
Selain manfaat fizikal, bercium juga penting untuk keakraban emosi antara suami isteri. Keintiman yang terjalin melalui ciuman dapat memperkukuhkan hubungan dan memberi rasa selamat dan disayangi. Apabila hubungan emosi kuat, ini juga boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan fizikal lelaki, membantu mereka merasa lebih stabil dan bahagia dalam hubungan mereka.
6. Mengurangkan Risiko Masalah Mental
Bercium secara kerap juga boleh membantu mengurangkan risiko masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Aktiviti ini merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang dikenali sebagai “hormon cinta”, yang berperanan penting dalam membina ikatan dan rasa percaya. Dengan pengeluaran oksitosin yang mencukupi, lelaki cenderung untuk merasa lebih positif dan optimis dalam hidup.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.