BAIK BURUK DIET TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
Ads
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
Ads
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
balanced diet, cooking, culinary and food concept – close up of different foodstuffs on table
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
Ads
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila berhadapan dengan masalah berat badan ni macam-macam ragam kan? Kami faham jika anda menghadapi kesukaran untuk bersenam kerana ia merupakan perkara yang sagat sukar untuk dilakukan kerana kekangan masa. Jadi apa kata kalau anda meluangkan masa sedikit untuk melakukan beberapa aktiviti mudah ini untuk mengurangkan 2 inci dalam masa dua minggu. Bunyi memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit!
Selamat tinggal kepada gula
Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan. Benar gula penting untuk badan anda, namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga kepada buah-buahan.
Mula hari anda di waktu pagi
Walaupun hujung minggu, apa kata jika anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang cantik dan menarik dan kekal segar sepanjang hari, boleh lah anda lakukan perkara ini. Mendapat tidur yang cukup dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme andai. Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan, penyelidik di Northwestern University telah mendapati bahawa orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.
Tolak tepi sos
Sedap kan makan salad dengan sos. Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Jadi daripada anda makan sos tu, apa kata anda makan raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada sedap. Tapi itulah terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?
Snek dengan kacang-kacangan
Benar kacang merupakan lemak, namun ia merupakan lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya. Jangan pula anda makan sebalang. Kacang yang berlemak ini membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme anda ketika badan anda dahaga benda manis. Jadi, cuba makan kacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.
Berus gigi lepas makan
Memberus gigi anda sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan menunjukkan lebih daripada 14,000 peserta mendapati bahawa berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah. Rasa ubat gigi ini bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan.
Dalam tempoh seminggu yang lalu dunia hobi lelaki begitu gempar dan hebih memperkatakan tentang konsol permainan video terbaru keluaran Sony Interactive Entertainment, PlayStation 5 (PS5). Terbaru, CEO-nya, Jim Ryan mengesahkan kesemua PS5 yang dihasilkan telah habis dijual. ‘
Selepas menyaksikan pra-pesanan sebelum ini telah habis ditempah dalam sekelip mata di seluruh dunia maka tidak hairanlah mengapa konsol ini telah habis. Apatah lagi dunia kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 di mana lebih ramai orang menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.
Menjelaskan perkara tersebut kepada agensi berita Rusia TASS, Jim Ryan berkata kesemua konsol PS5 yang dihasilkan telah dijual kesemuanya.
Foto: Sony
“Ya, kesemuanya telah dijual,” jelas CEO Sony Interactive Entertainment ini apabila ditanya tentang jumlah unit dan angka yang terjual.
“Semuaya telah habis dijual. Tahun lalu saya telah berusaha memastikan kami akan mengeluarkan jumlah yang mencukupi untuk permintaan. Dan selepas ini kami akan berusaha memastikan ia akan dihasilkan dengan lebih banyak agar dapat memenuhi permintaan,” tambahnya lagi.
CABARAN BAHARU
Selain itu, dia turut berkongsi kesukaran yang dihadapi Sony untuk melancarkan konsol terbaru mereka di tengah-tengah penularan pandemik yang melanda dunia. Ia merupakan satu cabaran yang belum pernah dilalui oleh syarikat gergasi tersebut.
Foto: Sony
Antara cabaran yang dihadapi ialah tidak dapat melakukan pelancaran menerusi acara besar-besaran. Sebelum ia dilancarkan juga mereka tidak dapat melawat kilang secara terus dan terpaksa menggunakan paltform digital untuk berhubung.
Namun di sebalik segala cabaran tersebut, PS5 terus mendapat sambutan yang sangat luar biasa di kalangan peminat permainan video.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN utuk video gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penat merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Kalau tak pernah penat tu petanda korang tidak normal.Tiada siapa yang boleh menolak rasa penat, mengantuk dan tidur. Setiap orang punya rasa penat dari segi fizikal mahupun mental dan jalan terbaiknya ialah berehat tapi ada juga yang menolak berehat kerana kekangan masa.
Selain bekerja seperti biasa, ini lagi 6 perkara yang patut stop lakukan untuk sementara waktu.
1. Bersenam
Tiada guna kalau anda sudah penat tapi masih lagi mahu tetap ke gim. Bersenam ketika penat hanyalah membuang masa kerana anda langsung tidak punya tenaga. Lebih teruk lagi, anda boleh membahayakan anggota badan terutamanya bahagian otot dan belakang badan.
2. Minum Kopi
Pengambilan kopi hanya berkesan dalam lima jam, jika anda mengambil kopi untuk mengawal rasa penat ia akan menganggu sistem semulajadi badan anda terutamanya pada tidur malam.
3. Bergaduh dengan Pasangan
Bila penat, emosi mulalah terganggu dan mengeluarkan adrenalin amarah. Sebaiknya jangan memulakan pergaduhan kerana anda penat. Lambat-laun ia boleh memburukkan keadaan hubungan anda dan pasangan.
4. Tidur Sekejap (Nap)
Tidur sekejap atau tidur siang selama 20 hingga 30 minit adalah baik untuk boost tenaga. Apa yang salah bila ada yang terlajak tidur sehingga satu atau dua jam. Tidur siang yang panjang boleh menganggu jadual tidur malam seterusnya menggangu sistem tidur yang sebenarnya.
5. Makan Mengikut Nafsu
Ramai yang buat amalan ini, bila rasa mengantuk atau penat mulalah dengan aktiviti kunyah-kunyah makanan ringan. Seeloknya ambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran-sayuran dari makanan ringan.
6. Menafikan Diri Penat
Jangan sesekali cuba untuk menafikan diri anda penat ia akan membahayakan kesihatan mental. Mungkin pada mulanya anda boleh tapi lama-kelamaan, badan mula akan mula lemah kerana tidak cukup rehat. Perkara yang terbaik untuk mendapatkan segar ialah dengan berehat bukan dengan menafikannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.