Anda suka makan telur, tapi bosan kan kalau hari-hari makan telur mata atau telur dadar je kan? Selain daripada ikan, daging dan ayam, telur juga merupakan sumber protein yang bagus untuk anda berdiet. Ada dikalangan anda yang tidak gemar makan terlalu banyak daging atau ayam dalam sesuatu tempoh, namun telur menjadi pilihan anda untuk menjamu selera. Selain daripada makan telur rebus dan separuh masak, anda boleh mix and match telur dengan beberapa resipi ini.
Nasi Goreng
Pelbagaikan resipi telur anda dengan makanan seperti nasi goreng. Janganlah anda letak perencah atau MSG ke dalam nasi goreng anda, gunakan bahan-bahan yang bagus untuk kesihatan. Barulah anda tak out of the track!
Ads
Telur dan Oat
Apa yang menariknya makanan ini adalah, penyediaannya cukup senang dan sedap untuk dimakan. Jika anda malas nak menyediakan masakan ini dengan menggoreng telur mata, apa kata jika anda pecahkan saja telur ke dalam oat yang sedang dimasak di atas dapur dan gaulkan sehingga sebati. Tapi ingat! jika anda cadang untuk rendam oat tidak digalakkan untuk campurkan sekali dengan telur. Ia akan mencemarkan deria rasa anda.
Ads
Roti bakar telur mata
Ini antara resipi yang senang dan sedap untuk dimakan. Anda tak perlu menyediakan bahan yang begitu banyak pun untuk membuat makanan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong roti pada bulatan tengah, dan bakar. Kemudian setelah seketika, anda hanya perlu masak telur mata di atas kuali dan letak telur mata ditengah. Letaklah sedikit lada hitam untuk bangkitkan selera anda.
Ini menjadi kegemaran semua orang tak kiralah anda sedang berdiet ataupun tidak. Telur ini akan tidak menjadi sihat kerana ia telah direndamkan dengan minyak panas. Apa kata dari anda menggunakan minyak masak biasa, gantikan dengan minyak zaitun. Lagipun sesekali cheat meal dengan makanan lazat seperti ini, mengapa tidak kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Jika seseorang itu mengalami kencing berdarah, air kencing kotor, sakit di kawasan pundi kencing, wujud butiran pasir di dalam air kencing dan demam serta badan menggigil, kebarangkalian individu ini menghidap penyakit ini adalah tinggi.
“Jika ada gejala ini, jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan)
Bagi pesakit yang mempunyai saiz batu karang kecil, mereka perlu minum air dengan banyak selain perlu mengambil ubat tahan sakit dan ubat untuk menghancurkan batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.
“Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.
INFO
Jenis batu karang
– Kalsium
– Asid urik
– Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
– Cystine
Faktor risiko
– 10 peratus daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang
– Kerap berlaku di negara bercuaca panas
– Gaya hidup yang kurang aktif
– Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
– Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
– Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang
– Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang
Gejala
– Kencing berdarah
– Sakit belakang/kawasan pundi kencing
– Wujud butiran pasir di dalam air kencing
– Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
– Demam dan badan menggigil
– Kencing kotor
Rawatan Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)
– Kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan
– Membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang
– Kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing
– Sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X
– Pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan
– Rawatan pesakit luar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi iaitu:
1. Menghilangkan selera makan
Otak manusia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semula jadi yang mengawal pemikiran, pergerakan dan fungsi organ-organ lain. Sesetengah ubat pelangsing badan bertindak dengan meningkatkan paras kimia ini terutama serotonin dan dopamine yang merencat selera makan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu kurang makan dan akhirnya berat badan akan susut.
Contoh-contoh ubat adalah: Bagi jangkamasa pendek: fendimetrazin tartrate, metamfetamin, fentermin, fenfluramin, deksfenfluramin, dietilpropion, mazindol, benzfetamin dan fenil propanolamin.
Bahaya: Secara amnya; insomnia, mengalami mimpi ngeri, keresahan, lekas marah, keletihan, kemurungan, mulut kering, anoreksia, kekejangan pada kawasan perut, gangguan gastro, pening, gementar, masalah koordinasi, berpeluh, palpitasi, degupan jantung kencang, tekanan darah menjadi tinggi atau menurun, gangguan libido, impoten, kerosakan hati, jantung, penggantungan atau ketagihan dan tindakbalas psikotik termasuk skizofenia.
Selain dari dadah terdapat juga peptid hormon yang mampu merencat selera makan. Contohnya leptin, neuropeptid-Y, kolesistokinin, glukagon dan melanokortin. Walau bagaimanapun hormon-hormon ini masih dalam peringkat kajian.
2. Mengubah metabolisma lemak badan
Enzim lipase dari pancreas bertindak memecahkan lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan seterusnya menyerap ke dalam usus kecil. Terdapat ubat pelangsing badan yang dapat menghalang sebahagian enzim ini daripada bertindak memecahkan lemak dan seterusnya ia akan keluar dari badan melalui najis. Dengan ini hanya sedikit kalori terhasil dan berat badan dapat dikawal.
Contoh: ubat ini adalah orlistat (XenicalÒ) atau tetrahidrolipstatin.
Bahaya: kekejangan pada bahagian perut, cirit birit, gangguan usus, tidak dapat mengawal pembuangan najis atau lelehan najis berminyak.
3. Menghasilkan haba (thermogenesis)
Termogenesis merupakan proses penghasilan haba melalui pembakaran kalori daripada lemak. Ia biasanya berlaku apabila menggunakan kit bersenam. Namun demikian terdapat ubat pelangsing yang mampu merangsang thermogenesis dengan cara menukar lemak yang terkumpul kepada bentuk lemak yang terlarut dan melalui edaran darah akan di bawa ke tisu adipos (brtown adipose tissues) di mana ia akan “dibakar”.
Contoh: Efedrin dan terbiatan efedrin yang biasa diguna dalam merawat selsema dan asma tetapi juga boleh merangsang thermogenesis. Kesan efedrin akan bertambah dengan kehadiran kafein atau salisilat.
Bahaya: Meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, insomnia, tremor dan ketegangan.
4. Membuang air kecil (diuretics)
Sesetengah ubat pelangsing badan mampu menyebabkan diuresis. Ubat diuretik bertindak dengan cara mengeluarkan air dengan banyak dari badan melalui kencing. Kehilangan air sebanyak 1 liter berkadaran dengan kehilangan berat sebanyak 1 kilogram. Oleh itu berat badan dapat dikurangkan dalam masa yang singkat.
Contoh: Furosemid, asid etakrinik, hidrokloroiazid, amilorid, acetazolamid, bumetanid dan lain-lain biasanya diguna dalam merawat tekanan darah tinggi. Penggunaan ubat diuretik dikesan bagi tujuan mengawal berat badan ahli sukan seperti tinju dan juga sebagai bahan “doping”.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan kehilangan air yang banyak, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit dan seterusnya akan menyebabkan pula kelesuan, lemah otot, pening, loya anoreksia, impoten, penglihatan berwarna kuning, degupan jantung yang laju dan tidak normal, tekanan darah yang rendah, mulut kering, gangguan mental dan pendarahan dalam perut.
5. Ubat pelawas (laxatives)
Ubat jenis ini merangsang sistem penghadaman dan “mengosongkan” perut dan usus. Biasanya diguna bagi melawas pembuangan najis. Walau bagaimanpun ia boleh menyebabkan cirit birit. Kebanyakan ubat pelangsing jenis herba termasuk dalam kategori ini.
Contoh: Bisacodil, laktulos.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan sakit dan kekejangan di bahagian perut, cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan kehilangan air. Vitamin dan garam galian yang banyak dari badan serta memberi kesan bahaya sama seperti diuretik.
Fentermin, orlistat dan diuretik dikategorikan sebagai ubat kawalan di mana penggunaannya memerlukan preskripsi daripada doktor. Ubat pelawas pula boleh dibeli dengan bebas di Farmasi. Lain-lain jenis ubat dan hormon tidak diluluskan oleh kerajaan dan tidak diperolehi di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dengan produk herba atau tradisional yang mungkin dicampur dengan bahan-bahan ini seperti yang telah dikesan di dalam produk herba, Slim 10 dan Bestrim baru-baru ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.