Berbezanya Sungguh Wajah Johnny Depp, Netizen Risau Tengok Fizikalnya Yang Kurus Dan Pucat

Share

Makin kurus dan  pucat, netizen risau tengok fizikal Johnny Depp. Tular di media sosial selepas beberapa peminat berkongsi foto bersama aktor Johnny Depp menjadi perbualan hangat kerana fizikalnya yang ketara berubah.

Mencetuskan kebimbangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit, apa tidaknya Depp tampak kurus kering dan pucat lesi.

Depp, 54 tahun dilihat merakamkan gambar sebelum beraksi dalam satu konsert bersama kumpulan muziknya The Vampires Hollywood. Gambar-gambar itu dirakamkan di hotel Four Seasons di St. Petersburg, Moscow iaitu lokasi persembahan kumpulan muzik tersebut.

Keterujaan peminat berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp.

Tetapi ada juga yang memberi reaksi positif mengatakan ia mungkin penampilan baru Depp untuk filemnya yang akan datang.

Memang lain sangat Johnny Depp.. Kenapa agaknya ye?

IKLAN