Tidak kiralah sama ada anda lelaki atau wanita, atau dari kategori umur dewasa yang mana. Masalah jerawat dan breakout pastinya akan pernah melanda kepada diri anda.
Sama ada di peringkat usia remaja atau awal 20-an, ia pasti akan berlaku berkemungkinan besar kepada kita semua. Namun ada juga yang masih berdepan masalah ini walaupun usia sudah mencecah 30-an ke atas.
Lebih memeritkan apabila parut akibat jerawat dan breakout melekat pada wajah. Ia sekali gus menjejaskan penampilan dan paling penting keyakinan diri. Bersempena ‘Acne Awareness Month’ sepanjang bulan Jun, MASKULIN berkesempatan menemubual dua orang pakar jerawat dan breakout dari Dermalogica.
Foto: Clear Start x PeterDevito
Bersempena itu juga jenama tersebut turut melancarkan set penjagaan wajah Dermalogica Clear Start yang mampu membantu anda yang berdepan masalah kulit wajah.
Ikuti temubual eksklusif MASKULIN bersama Master Instructor of Dermalogica, Sarah Miller dan Advanced Instructor of Dermalogica, Lydia Scheffey.
Dengan kadar stres dan keresahan akibat pandemik COVID-19, adakah ia boleh menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk?
SARAH: Secara peribadinya saya rasa begitu. Saya juga berminat untuk melihat kajian lanjut dilakukan tentang topik ini. Melihatkan bagaimana klien saya tangani masalah kulit sepanjang pandemik membuatkan saya cukup tertarik. Bagi sesetengah orang, stres dan keresahan boleh menjadi pencetus kepada masalah jerawat dan breakout. Saya juga dapat saksikan peningkatan masalah dehidrasi dan sensitiviti bagi sesetengah daripada mereka.
LYDIA: Bila berdepan stres berpanjangan, kulit akan lebih cenderung berdepan masalah seperti jerawat dan makin sensitif.
Ads
Apakah faktor menyebabkan jerawat dan breakout? Adakah tabiat pemakanan juga menjadi penyebabnya?
LYDIA: Terdapat banyak faktor menjadi penyumbang masalah ini. Antaranya stres, perubahan hormon, gaya hidup, ancaman persekitaran, genetik dan tidak lupa juga pemakanan. Diet low-gylcemic yang terdiri dari sayuran, buah-buahan, protein dan lemak sihat amat digalakkan.
SARAH: Ya, seperti Lydia nyatakan terdapat banyak faktor boleh menyebabkan masalah jerawat dan breakout. Tapi apa paling mengecewakan ialah sebab ia berlaku kepada individu kadangkala sangat berbeza. Saya ada klien yang makan apa sahaja dia suka tapi tak pernah berdepan masalah ini. Manakala ada juga klien yang berdepan masalah ini hanya kerana sesetengah jenis makanan. Jadi lebih banyak kajian perlu kita perhatikan bila berbicara tentang faktor pemakanan.
Adakah masalah ini juga besar kemungkinan disebabkan faktor tidak menjaga kebersihan wajah dengan baik?
Ads
SARAH: Bergantung kepada situasi dan individu. Jika anda jarang membersihkan wajah maka sel kulit mati, bakteria, kotoran, kesan alat solek dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan pelbagai lagi.
Ada juga sesetengah individu yang hanya cuci wajah mereka dengan menggunakan air sahaja tetapi tidak berdepan masalah kulit. Ia sebenarnya berbeza pada setiap orang. Paling penting menjaga kompleksiti wajah dengan penjagaan yang betul.
Sesetengah lelaki dewasa masih berdepan masalah ini. Kenapakah masalah jerawat dan breakout masih boleh berlaku pada usia yang sudah semakin dewasa?
SARAH: Orang dewasa boleh berdepan masalah jerawat besar kemungkinan disebabkan oleh genetik, ketidakseimbangan hormon, stres kronik, persekitaran, diet dan beberapa faktor lain. Ia boleh dirawat dengan mengamalkan produk penjagaan wajah yang baik untuk anda. Selain itu, perlu untuk lelaki kenal pasti apakah pencetus kepada masalah ini.
Ads
Adakah masalah jerawat yang berlaki di kalangan remaja dan orang dewasa itu berbeza?
SARAH: Masalah jerawat yang berlaku di kalangan remaja disebabkan oleh faktor perubahan hormon ketika mereka mula akil baligh. Dan ia juga boleh berlaku disebabkan stres, persekitaran dan gaya hidup. Remaja biasanya akan alami masalah kulit berminyak yang banyak di kawasan T-zone. Akan tetapi mereka mempunyai cell turnover dan kesembuhan yang lebih pantas. Rutin penjagaan kulit wajah yang konsisten boleh membantu mereka hadapi masalah ini.
Manakala di kalangan orang dewasa pula ia boleh berlaku akibat ketidak seimbangan hormon, stes kronik, persekitaran, pemakanan dan sebagainya. Bagi golongan dewasa kami menyarankan mereka menggunakan produk yang mempunyai elemen penyembuhan dan menenangkan.
Sebagai pakar apakah rekomendasi untuk merawat jerawat yang berlaku pada lelaki dewasa?
LYDIA: Rutin penjagaan yang konsisten mampu membantu. Lakukan cuciam, spot treat dan jaga tahap kelembapan kulit. Jika masalah jerawat dan breakout sangat teruk, sila dapatkan bantuan dari dermatologist.
Koleksi Dermalogica Clear Start kini boleh didapati di Sephora di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki zaman moden kini tidak lagi lokek untuk berbelanja untuk mendapatkan produk penjagaan wajah dan kulit. Jadi tidak hairanlah semakin banyak produk penjagaan lelaki kini semakin banyak dan dihasilkan untuk tujuan lebih spesifik. Antara jenama yang sering menampilkan produk tumpuan adalah Aesop.
Terbaru, Aesop memperkenalkan koleksi istimewa yang merupakan salah satu koleksi untuk tahun 2020 iaitu Gift Kits. Menariknya koleksi ini turut diberi nama gelaran ‘Sensory Chronicles’. Setiap kita yang ditawarkan membawa pengguna untuk merasai sendiri sensasi minda dan sentuhan menerusi koleksi ini.
Dilancarkan pada 2 November lalu, setiap Gift Kit yang hadir dengan kotak khas diperbuat daripada 100 peratus bahan mudah reput atau biodegradable yang boleh juga dikitar semula. Ia sekali gus selari dengan ideologi jenamanya yang ingin mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
TEMAN SASTERA
Jelas Aesop, koleksi ini juga mengandungi beberapa hasil seni sastera yang semakin dilupakan. Ia boleh dimuat turun sebagai eBook atau audio file (dalam bahasa Inggeris). Hasil sastera ini boleh dijadikan peneman tatkala pengguna merasai sendiri pengalaman escapism ketika menggunakan produk penjagaan kulitnya.
Terdapat 5 jenis Gift Kit berbeza yang ditawarkan oleh Aesop iaitu The Ardent Nomad, The Lore Collector, The Seasoned Wayfarer, The Mataphysical Voyager dan The Chance Companion.
Setiap satu hadir dengan karya sastera berbeza dalam bentuk digital hasil penulis terkenal seperti Isabelle Eberhardt, Lafcadio Hearn, Rabindranath Tagore, Joaquim Maria Machado de Assis dan Katherine Mansfield.
Koleksi Gift Kit ini boleh didapati di semua signature store Aesop seluruh negara serta stokis mereka yang terpilih.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada era kini rambut bukan lagi dianggap mahkota oleh kaum wanita sahaja tetapi begitu juga seorang lelaki. Tanpa rambut yang sihat pastinya masalah kulit kepala, keguguran rambut serta kebotakan akan berlaku.
Bayangkan anda baru sahaja berusia tidak sampai 35 tahun tetapi garisan hadapan rambut menjadi semakin terkebelakang.
Atau wujud ‘tompokan’ rambut yang hidup segan mati tidak mahu di tengah-tengah kepala. Ternyata anda dalam situasi boleh menjejaskan penampilan!
Tetapi jangan risau. Sebelum anda terpaksa berdepan seperti masalah MASKULIN nyatakan di atas beberapa cara dan tip boleh anda amal dan buat. Buat anda lelaki sejati yang ingin mengelak berdepan masalah kebotakan kepada dan kehilangan rambut berikut beberapa cara yang boleh diambil.
SYAMPU SESUAI
Pastikan anda membersihkan rambut dengan lembut menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Elak menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia keras yang boleh merosakkan rambut.
ELAK IKATA RAMBUT
Hindari gaya rambut yang menarik rambut seperti ikatan dengan secara berlebihan. Sebagai contoh ‘man bun’ atau atau sanggul yang ketat. Tarikan berlebihan boleh merosakkan akar rambut dan menyebabkan kebotakan.
PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dengan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien penting seperti protein, zink, vitamin B, dan zat besi. Ini membantu menyokong kesihatan rambut anda.
Cara terbaik dalam menjaga kesihatan keseluruhan badan ialah bersenam dan tidur mencukupi. Keadaan kesihatan yang baik secara keseluruhan akan membantu mengelakkan kehilangan rambut yang disebabkan oleh faktor-faktor tekanan dan kurang tidur.
JAUHI PEWARNA KIMIA
Hindari penggunaan bahan kimia yang kasar seperti pewarna rambut berlebihan, perapi yang mengandungi alkohol, atau produk rambut yang mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
JANGAN MEROKOK
Merokok dan pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan sistem peredaran darah yang dapat mempengaruhi kesihatan rambut.
KAWAL TEKANAN DENGAN BAIK
Salah satu punca utama rambut gugur ialah stres atau tekanan yang kronik. Jadi sebaiknya amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi, yoga atau senaman pernafasan untuk membantu mengurangkan tekanan.
JUMPA PAKAR
Jika anda ada masalah kebotakan yang serius berrundinglah dengan doktor kulit atau pakar rambut untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang sesuai.
Ingatlah bahawa sifat genetik juga memainkan peranan dalam kehilangan rambut. Walaupun tidak mungkin sepenuhnya mengelakkan kebotakan, langkah-langkah di atas boleh membantu mengurangkan risiko dan menjaga kesihatan rambut anda.
Jangan lupa follow atau subscribe TikTok dan YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan kebaikan air sarang burung memang cukup bagus kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat. Selain untuk kesihatan, air sarang burung ini juga tinggi khasiatnya untuk kecantikan kulit.
Maka tidak hairanlah mengapa orang Cina sering mengamalkan air sarang burung ini. Lihat sahaja kulit mereka, sentiasa gebu, bersih, cantik dan awet muda.
Seorang pengguna Twitter bernama Umaira Haris berkongsi kebaikan minum air sarang burung yang boleh dibeli di drugstore. Bukan sahaja berkhasiat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan, air sarang burung jenis yang diminumnya ini juga sedap.
Jom ikuti perkongsiannya.
Rahsia kulit lembut, gebu & lambat tua
Boleh beli kat drugstore
Rahsia kulit orang Cina lembut, gebu, sihat & bersih tanpa cela
Rasanya sedap & ada pelbagai perasa
Cara nak minum
Kalau ada duit lebih, belilah jenis raw
Letak pemanis kalau ambil jenis raw
Cara nak masak jenis yang raw
Selain kulit, elok untuk imunisasi & kesembuhan
Teksturnya ala cincau & kenyal
Ambil ikut kesesuaian tubuh bada
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.