Sakitnya hati bila parut jerawat masih tidak hilang. Inilah masalah yang membuatkan anda stres kerana parut jerawat meninggalkan kesan hitam dan menghodohkan wajah.

Jika parut jerawat tidak dirawat boleh meninggalkan kesan yang teruk lebih-lebih lagi jerawat yang jenis hitam. Jadi jika anda tidak mahu terlalu bergantung pada produk atau krim, apa kata cuba amalkan pengambilan 5 ‘magic food’ ini setiap hari.

1. Brokoli

Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Sihat, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

Mengandungi bahan anti-radang, selain tinggi dengan vitamin dan mineral. Bahkan ia juga amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan lebih mudah pudar dan tidak bertompok.

2. Lemon

Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Sihat, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

IKLAN

Jus lemon boleh diminum sebagai air detok yang melawas penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik dalam lemon, ia juga mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit, malah memudahkan untuk perawatan jerawat dan parut jerawat. Anda hanya perlu lumurkan sahaja lemon pada kawasan kulit bermasalah, biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

3. Betik

Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Sihat, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

IKLAN

Bukan sahaja sedap dimakan, betik juga boleh dibuat masker. Vitamin A yang ada dalam buah pelawas ini membantu untuk membasmi sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain hilangkan parut jerawat, masker betik juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia diyakini untuk tujuan menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut jerawat dan tompok gelap.

4. Lada Benggala (Kuning)

Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Sihat, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

IKLAN

Rupanya lada benggala kuning mempunyai vitamin C! Pengambilan lada benggala kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, siapa yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ sangat recommended kerana kolagen pada lada benggala kuning boleh memperbaiki masalah anda itu.

5. Bayam

Nak Kurangkan Parut Jerawat & Dapat Kulit Sihat, Penting Untuk Ambil 5 ‘Magic Food’ Ini!

Sayur-sayuran yang tinggi dengan khasiat zink seperti bayam sebenarnya sangat cepat untuk memulihkan parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, malah bayam juga menghasilkan sel kulit dan kolagen. Selain itu, bayam juga baik untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!

Lepas ini anda kena sentiasa amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini untuk mengurangkan parut jerawat lama. Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI