Image by prostooleh on Freepik

Kita sudah pun hampir memasuki seminggu melakukan ibadah puasa. Ini bermakna kita ada tiga minggu lagi sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tentunya sekarang anda pun sudah berkira-kira ingin beli baju Melayu untuk digayakan di pagi Syawal. Dan semestinya anda mahu tampil segak bergaya.

Bahagian upper body terutamanya lengan menjadi bahagian yang cukup penting bila mengenakan baju Melayu. Kalau nak tampil lebih segak pastinya anda tidak mahu lengan anda ada lemak yang galak bergayut.

Berhari Raya Dengan Lengan Lebih ‘Sado’, Ini Rutin Senaman & Pemakanan Ketika Berpuasa
Foto: Zamrimat KL

Jadi anda mungkin tertanya-tanya bagaimana nak buat lengan jadi lebih ‘sado’ terutamanya sepanjang bulan puasa?

Ikuti 8 tip menarik di bawah yang cukup mudah untuk anda ikuti.

BACA: 5 Sebab Briceps & Triceps Masih Flat Walaupun Dah Buat Senaman Lengan Setiap Hari

KAWAL PENGAMBILAN KALORI

Untuk mengecilkan lengan, anda harus tahu saiz pengambilan kalori yang sepatutnya. Cuba kira kuantiti kalori yang anda ambil.

Bagaimanapun, fokus kepada kualiti makanan dan bukannya kepada kuantiti makanan. Mengurangkan lemak di lengan sebenarnya lebih mudah berbanding di bahagian badan yang lain seperti perut dan pinggul. Amalkan diet sihat okay?

HIDRASI 

Pada bulan puasa sememangnya kita akan alami kekurangan air. Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan yang baik ketika bersahur dan berbuka. Tahukah anda bahawa 70% bahagian lengan adalah terdiri daripada air? Dan selebihnya adalah otot.

Jika mahu mengurangkan lemak di lengan, anda harus tahu mengawal kadar pengambilan air dan hidrasi badan anda. Anda harus minum 8 hingga 12 gelas air sehari kerana dengan meminum air cukup, anda sebenarnya dapat mengeluarkan toksin daripada badan.

Berhari Raya Dengan Lengan Lebih ‘Sado’, Ini Rutin Senaman & Pemakanan Ketika Berpuasa
Image by Freepik

LAKUKAN SENAMAN 

Mahu atau tidak jika nak lengan yang mantap memang kena buat senaman. Terdapat pelbagai senaman lengan boleh dilakukan.

Kebiasaannya senaman yang boleh dilakukan adalah dengan mengangkat botol mineral yang size 500ml ke atas dan lakukan secara berulang, bermula dengan kiraan 10 dahulu dan tambah bila dah selesa.

PEMAKANAN BAIK

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, kawal cara pemakanan anda. Cuba ambil makanan yang mempunyai zat protein (ikan, daging yang tidak berminyak) serta karbohidrat (sayuran dan buah-buahan).

BUAT REGANGAN

Siapa kata anda tidak akan ada masa untuk lakukan senaman jika masa anda hanya tertumpu untuk berada di pejabat?

Meskipun anda duduk di meja pejabat sepanjang hari, sekali-sekala, lakukanlah regangan lengan. Setidak-tidaknya, ia dapat menghapuskan lemak lengan anda. Jangan malas untuk menggerakkan lengan anda! Dalam masa yang sama, ia turut bisa melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Berhari Raya Dengan Lengan Lebih ‘Sado’, Ini Rutin Senaman & Pemakanan Ketika Berpuasa
Image by Freepik

TARIAN

Tahukah anda jika anda menari selama 30 minit sehari anda sebenarnya dapat menghapuskan lemak di lengan?

Menari dapat penggalakkan pergerakkan lengan anda tanpa anda sedari, bahkan ia juga tidak menyakitkan kerana anda sedang berseronok kala melakukannya ?

LOMPAT JUMPING JACK 

Ada pakar senaman yang berpendapat bahawa kaedah senaman lompatan “jumping jack” ini dapat menghapuskan lemak di lengan. Dalam masa yang sama, senaman lompatan ini turut bisa menguatkan otot-otot di badan.

LOMPAT TALI & TEKAN TUBI 

Berhari Raya Dengan Lengan Lebih ‘Sado’, Ini Rutin Senaman & Pemakanan Ketika Berpuasa

Kedua-dua perbuatan atau senaman ini sememangnya memerlukan pergerakan tangan. Tekanan yang diberikan kepada bahagian tangan, lengan dan bahu secara tidak langsung bisa merangsang pembakaran lemak.

Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Jangan lupa follow Instagram & subscribe YouTube MASKULIN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI