Dalam kesibukan dunia pendidikan yang sering menumpukan perhatian kepada guru dan pelajar, sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus, Terengganu tampil dengan inisiatif berbeza menghargai insan yang sering dipandang sepi namun jasanya cukup besar, iaitu pengawal keselamatan.
8 Tahun Berkhidmat, Kini Tiba Masa Berpisah
Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Azhar diraikan dalam satu majlis perpisahan istimewa yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu (SK Kompleks Tembesu) selepas beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga ibunya yang sakit di kampung.
Dalam video yang tular di TikTok menerusi akaun @tsmat_ict, kelihatan Azhar duduk sebaris bersama guru-guru di hadapan pentas, disaksikan oleh puluhan murid sekolah dalam suasana penuh emosi dan penghargaan.
@tsmat_ict Salam perpisahan untuk pok guard kami, Azhar yang telah 8 tahun berkhidmat di T’SMAT. Jasamu sangat kami hargai. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah melindungimu.#perpisahanguard♬ TERLALU INDAH – ANDRE
“Salam perpisahan untuk pok guard kami, Azhar yang telah 8 tahun berkhidmat di T’SMAT. Jasamu sangat kami hargai. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah melindungimu,” demikian kapsyen yang ditulis pihak sekolah.
Terima Hadiah, Bersalaman Dengan Semua Murid
Dalam majlis tersebut, Azhar turut dijemput ke pentas utama untuk menerima beberapa hadiah daripada pihak sekolah, termasuk barangan elektrik dan set cadar.
Ads
Lebih menyentuh hati, sesi bersalaman turut diadakan, di mana semua murid sekolah tampil naik ke pentas untuk mengucapkan selamat tinggal secara peribadi kepada Azhar.
Momen ini bukan sahaja menyentuh hati warga sekolah, malah turut menyentuh hati ribuan pengguna media sosial yang menonton video tersebut.
Pengorbanan Besar Demi Keluarga
Menurut pihak sekolah, keputusan Azhar untuk berhenti bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun atas dasar tanggungjawab sebagai anak, beliau nekad untuk meninggalkan kerjaya demi menjaga ibunya yang sedang sakit di kampung.
Ads
Tindakan tersebut mencerminkan nilai kasih sayang dan pengorbanan yang tinggi sesuatu yang tidak ramai sanggup lakukan dalam dunia hari ini.
Bukan Kali Pertama Majlis Sebegini Jadi Tular
Sebelum ini, pernah juga tular beberapa kes sekolah mengadakan majlis perpisahan buat pengawal keselamatan yang bersara, namun ia tetap dianggap luar biasa setiap kali ia berlaku.
Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka tidak mengajar di dalam kelas, kehadiran mereka tetap memberi kesan yang besar kepada suasana dan keselamatan sekolah.
Majlis seperti ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada individu yang banyak berkorban di sebalik tabir, tetapi juga menjadi satu bentuk pendidikan tidak langsung kepada murid tentang erti menghormati, mengenang jasa dan menyebar kebaikan.
Dan bagi Azhar, meskipun kini sudah melangkah pergi, kenangannya tetap akan terpahat dalam hati ramai. Terima kasih, Pok Guard!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Permintaan hand sanitizer menjadi semakin tinggi di Malaysia kesan daripada penularan wabak COVID-19 sehingga membuatkan orang ramai sukar untuk mendapatkannya.
Lantaran itu, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk hand sanitizer jenamanya sendiri selepas mendapati stok produk hand sanitizer semakin berkurangan di pasaran.
Menerusi satu klip video yang dikongsi di Instagram miliknya, Safawi mengharapkan agar produk hand sanitizer ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia, selain berharap benda ni tidak berleluasa di mana-mana.
“Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah,” ujarnya dalam klip video berkenaan.
Dalam klip videonya yang lain, beliau turut meluahkan rasa kebimbangannya dengan peningkatan kes COVID-19 dari sehari ke sehari dan menasihati orang ramai agar selalu membersihkan diri serta sanitize tangan apabila bersentuhan kerana berkemungkinan risiko dijangkiti tetap ada.
“Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia, wabak Covid-19 ni sangat bahaya kalau kita x bendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.
“Saya sebagai Athlete sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March..
LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus,”
Dalam dunia yang semakin pantas dan mementingkan wang ringgit, masih wujud insan berhati mulia yang meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada keuntungan.
Itulah yang dibuktikan oleh seorang penjual durian dikenali sebagai Abang Bala, apabila video dirinya menghadiahkan durian Musang King secara percuma kepada tiga orang budak lelaki tular di media sosial dan menyentuh hati warga maya.
Duit Tabung Demi Raja Buah
Dalam video berdurasi hampir dua minit di TikTok @Bala_Durian, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki datang ke gerai durian milik Abang Bala di Jalan Negara, Taman Melawati, dengan niat mahu membeli sebiji durian.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila mereka mengeluarkan duit kecil dari poket wang yang dikumpul dari duit tabung sendiri.
Secara bergilir-gilir mereka cuba mencukupkan jumlah, namun hanya mampu kumpul sekitar RM15, jauh daripada harga sebenar durian premium seperti Musang King.
Hadiah Dari Hati, Bukan Sekadar Buah
Menyedari keikhlasan dan kesungguhan mereka, Abang Bala tanpa teragak-agak menolak duit tersebut dan menghadiahkan sebiji durian Musang King kepada mereka.
Malah, dia turut menambah satu lagi durian dalam beg plastik untuk dibawa pulang.
Tindakannya nyata dilakukan dari hati yang tulus bukan untuk populariti, tetapi kerana nilai empati terhadap anak-anak kecil yang sanggup menyimpan semata-mata ingin merasa buah kegemaran ramai itu.
Tindakan kecil ini telah meraih pujian ramai pengguna media sosial, yang menyifatkan Abang Bala sebagai contoh peniaga berhati mulia seorang individu yang sanggup meletakkan nilai kemanusiaan mengatasi keuntungan.
Di saat ramai mengejar margin jualan dan pulangan segera, Abang Bala memilih untuk memberi, bukan sekadar buah, tetapi juga kenangan manis kepada tiga anak kecil yang pastinya akan mereka ingat seumur hidup.
Semoga kisah ini bukan sekadar tular di media sosial, tetapi menjadi inspirasi sebenar untuk lebih ramai berniaga dengan jiwa, dan bukan hanya dengan angka.
Dan semoga dalam masyarakat kita yang serba moden dan sibuk ini, akan terus lahir lebih ramai insan seperti Abang Bala yang menjadikan kebaikan sebagai budaya dan memberi sebagai amalan harian.
Sumber : Tiktok Bala Durian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebut sahaja Prosperity Burger, mesti kita terfikirkan Prosperity Burger McDonald. Terasa nikmatnya apabila menggigit padatan daging bersama limpahan sos lada hitam yang menyelerakan.
Kalau anda ingin membeli dan makan Prosperity Burger untuk seisi keluarga apatah lagi jika mempunyai anak yang ramai, tentu sahaja banyak belanjanya.
Rupanya tak susah mana pun nak masak Prosperity Burger Homemade ni.
Kalau dah masak sendiri, bolehlah anda dan seisi keluarga makan sepuas-puasnya kerana rasanya lebih sedap daripada yang ori.
Jom kita try.
Prosperity Burger Homemade Lebih Sedap Daripada Ori
Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori.
Bahan-bahan
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk + tumbuk
8. Butter 2sb
9. Sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11. Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap.
2. Uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti (refer gambar)
3. Goreng daging dulu (cucuk2 dgn garfu)
Cara masak sos
1. Panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum. Kacau smpai jd gold.
2. Pastu masukkan air 1 gelas n kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam. Masak sampai pekat mana korang nak.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.