Meluangkan masa untuk memanjakan diri dengan mandi berendam di dalam tab mandi dengan aroma lilin dan sabun badan yang wangi pasti memberikan ketenangan di samping dapat menghilangkan segala macam tekanan yang dihadapi.

Berjaya Hilang Berat Sebanyak 41kg, Lelaki Ini ‘Celebrate’ Dengan Cara Berendam Dalam Tab Mandi

Berbeza pula dengan lelaki ini, Charles Plask, 37 yang dikatakan telah mandi berendam untuk meraikan dirinya yang berjaya menurunkan berat badannya.
Percaya atau tidak dia berjaya hilang sebanyak 91 kg tanpa melakukan apa-apa pembedahan! Dan untuk meraikan kejayaannya itu dia telah melakukan mandi berendam buat kali pertamanya selepas 20 tahun.

Bagi yang tertanya-tanya mengapa Plask meraikan dirinya dengan mandi di dalam tab, hal itu kerana selama ini, ketika berat badannya mencecah ratusan kilogram dia tidak dapat memuatkan dirinya di dalam tab mandi. Jadi, setelah dia kehilangan berat badan yang banyak dia akhirnya berhasil untuk memuatkan badannya ke dalam tab mandi seperti orang lain.

Berjaya Hilang Berat Sebanyak 41kg, Lelaki Ini ‘Celebrate’ Dengan Cara Berendam Dalam Tab Mandi

Berbicara tentang bagaimana dia boleh terinspirasi untuk menguruskan badan, dia berkata melihat kepada kawannya yang menghidap kanser telah membuatkanya berfikir untuk mengubah gaya hidupnya. Dia mahu menurunkan berat badannya sekaligus mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Tidak hanya itu, dia juga membantu menberikan sokongan dan dorongan buat temannya untuk melawan kanser yang dihidapinya. Menurutnya lagi, dia sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan berat badan tetapi kerana malas dia akhirnya melupakan hasratnya itu. Suatu malam dia melihat ada tanda-tanda aneh pada tubuhnya seolah-olah memberitahunya dia perlu melakukan sesuatu untuk terus sihat.

Berjaya Hilang Berat Sebanyak 41kg, Lelaki Ini ‘Celebrate’ Dengan Cara Berendam Dalam Tab Mandi

IKLAN

“Suatu malam saya terjaga dan apabila saya berdiri saya terdengar bunyi lekuk di lutut saya,”

Kejadian itu sangat menakutkannya. Dia mula sedar bahawa berat badannya telah membuatkan lututnya semakin lemah. Di samping itu dia juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pakaian. Dengan saiz baju 8XL dan saiz pinggang 66 telah menyukarkan dia untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengannya.

Tidak hanya itu, dia juga mengalami masalah ketika dalam pengangkutan awam contohnya untuk mendapatkan kerusi di dalam kapal terbang. Dia juga berhadapan kesukaran untuk masuk dan keluar daripada keretanya sendiri kerana tubuhnya yang besar.

IKLAN

 Gaya Hidup Baru & Lupakan ‘Aktiviti’ Lama

Setelah berhadapan dengan pelbagai kesukaran lelaki ini akhirnya memutuskan untuk menyertai Slimming World. Dia mula berhenti melakukan ‘aktiviti’ yang biasa dilakukan seperti makan makanan ringan dan makan makanan segera. Hasilnya, dalam tempoh 15 bulan, dia kehilangan 91 kg!

Dia kini mempunyai saiz enam kali lebih kecil daripada dia yang dahulu. Apa yang paling menggembirakannya dia akhirnya muat untuk masuk ke dalam tab mandi!

Berjaya Hilang Berat Sebanyak 41kg, Lelaki Ini ‘Celebrate’ Dengan Cara Berendam Dalam Tab Mandi

IKLAN

Mungkin pada pandangan orang lain perkara seperti mandi di dalam tab adalah sesuatu yang remeh tetapi tidak baginya kerana dia tidak dapat melakukannya selama 20 tahun. Jadi ‘acara’ mandi berendam dalam tab mandi selepas 20 tahun lamanya adalah sesuatu yang istimewa bagi Plask.

Menurutnya lagi dia kini berasa lebih yakin dan lebih menghargai masa depannya. Dia juga bersyukur kerana memiliki ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan semangat sejak dia memulakan program Slimming World.

“Namun, inspirasi dan sokongan terbesar adalah daripada kekasih saya yang saya temui ketika saya baru mula memulakan program penurunan berat badan,”

Charles telah mendokumentasikan program penurunan berat badannya di Instagram dan dia berharap agar apa yang dilakukanya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menurunkan berat badan mereka. Sehingga kini dia masih meneruskan program menurunkan berat badan sehingga dia mencapai berat badan yang betul-betul ideal.

Menurutnya lagi, untuk mengurangkan berat badan apa yang paling penting ialah dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat.

sumber : Era Baru

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI