2018 kita lebih banyak digemparkan dengan kes para selebriti antarabangsa bunuh diri. Apa yang lebih menakutkan lagi, mereka mempunyai peminat di serata dunia, menyebabkan kecenderungan mereka ke arah bunuh diri sangat tinggi. Salah satu sebab mereka-mereka ini bertindak sedemikian kerana buntu dan stress dengan kehidupan. Kemurungan. Maka, membunuh diri menjadi jalan terakhir mereka untuk menghindari stress. kajian menunjukkan bahawa, matahari boleh menghindari seseorang dari kemurungan? benarkah? kami sempat bertanyakan isu ini kepada Doktor Amer Siddiq Amer Nordin, Profesor Madya, Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok, UM. Ini ulasan beliau,
Kemurungan merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang umum dijumpai di Malaysia. Prevalen isu ini di kalangan rakyat Malaysia seumur hidup (lifetime prevalence) adalah diantara 12-14% dan prevalen terkini untuk mendapat kemurungan adalah <5%. Kemurungan jika tidak dirawat boleh membantut kualiti kehidupan seseorang disamping boleh membawa kepada isu yang lebih parah seperti pemikiran bunuh diri dan ada dikalangan mereka yang juga mencuba! Oleh kerana itu, elok lah kita mendapat rawatan awal jika dirasai adanya simptom2 kemurungan ini.
Di kalangan mereka yang tinggal di kawasan 4 musim, mereka juga terdedah kepada isu kemurungan berkala (seasonal affective disorder). Biasanya, individu yang berisiko akan mendapat simptom-sipmtom kemurungan ini pada awal musim sejuk, musim luruh dan kemurungan mereka akan berpanjangan di waktu musim sejuk dan akan pulih pada waktu musim bunga. Prevalennya adalah kecil, iaitu <2% tetapi bahayanya sama seperti mendapat kemurungan. Biasanya juga, simptom mereka juga berbeza sedikit dimana mereka didapati lebih mengantuk, makan berlebihan dan akan kurang cergas di waktu tengahari, dan semuanya hanya berlaku di musim sejuk!
Kajian terkini menunjukkan bahawa, antara rawatan yang effektif adalah rawatan cahaya terang. Teorinya bersangkut paut dengan cara kita bangun dan tidur (circadian rhythm) dimana ini akan terjejas di musim sejuk yang malamnya lebih panjang dari siang. Maka, disinilah kemungkinan isu matahari sebagai satu cara untuk memulihkan kemurungan anda diperkatakan.
kepada anda yang ingin bertanya lanjut tentang kemurungan, dan penyakit-penyakit yang lain boleh follow Nicotine Addiction Research & Collaborating Centre – NARCC atau facebook untuk maklumat lanjut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI