
Bagi anda yang ingin berjimat, anda boleh buat kabinet dapur dengan harga yang murah. Dengan menggunakan rak buku, kini anda boleh buat kabinet dapur sendiri tanpa perlu mengupah orang untuk membuatnya.
Ikuti perkongsian Shuhaimi Zulkefli di laman Facebooknya cara-cara nak buat kabinet dapur menggunakan modal RM94 sahaja. Selain menjimatkan, ruang dapur anda juga kemas.
Ini perkongsiannya.
…Salam Jumaat. Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai:
1) Rak Buku (Tesco) – RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware) – RM3.60 (12 pcs)
3) Paku Dinding (tak pakai drill) – RM1 (sebungkus)
TOTAL = RM94.00
Cara pemasangannya:
1. Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu.
2. Tingkat atas x perlu ikat, letak jer kat situ.
3. Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Hasilnya:
Rahsia Kulit Flawless Macam Pelakon Korea

Korang pelik tak kenapa bintang dan selebriti Kpop kulit dorang flawless dan mulus semacam? Dah la muka handsome, kulit wajah yang licin bersinar tanpa sebarang cela pula patut la ramai wanita melayu tergila-gila. Kita ni punya la pakai masing-masing berhempas pulas berhabis untuk miliki kulit wajah sebegini tapi hasilnya tiada juga.
Rupa-rupanya selebriti lelaki Korea ini yang ternyata sangat mementingkan penjagaan wajah bagi mengekalkan ia sihat dan lembap.
Jom kita lihat rahsia disebalik kulit licin dan mulus mereka.
1. Song Joong Ki
Cara Joong Ki adalah dengan membasuh wajah dengan susu setiap malam sebelum tidur, dia juga menghindari pemanas untuk menghalang kulitnya kering.
2. BTS V
Berada dalam kapal terbang, saya melembapkan kapas kapas dengan toner dan memakai lotion sebanyak dua kali. Ini untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan sihat.
3. B1A4 Baro
Ini sesuatu yang susah untuk kita lakukan tapi itulah rahsia Baro. Dia elak makan makanan berminyak yang hanya boleh menyebabkan jerawat.
4. SHINee Jonghyun
Jonghyun mengesyorkan menggunakan pek muka (seperti topeng dan krim mata) sekerap mungkin untuk mengekalkan kelembapan dan glowing.
5. BTS J-Hope
Pada waktu pagi, saya menggunakan toner dan krim muka. Untuk malam pula, pencuci muka, toner, essence, krim jerawat, lotion dan krim (moisturizer).
6. BTS Rap Monster
Menggunakan pek penjagaan wajah (sheet mask) untuk mengelakkan kulit dari berjerawat, lebih-lebih lagi ketika berada dalam kapal terbang untuk perjalanan yang panjang.
Mudahkan? Jadi selepas ini jangan malas-malas lagi dan mula menjaga muka hari ini.
Jangan Letup-letupkan Jari Kerana Anda Berisiko Kena Penyakit Tulang Arthritis

Letup-letupkan jari ni memang biasa kita buat atas alasan untuk menghilangkan lenguh pada jari.
Selepas penat menulis atau menaip di komputer, rasa lega bila dapat regangkan tangan serta jari sambil melakukan aksi letup.
Tabiat tidak sengaja ini membuatkan kita leka, malah ia seolah-olah sudah sebati dalam diri kita kerana memberi tindakan refleks yang melegakan.
Namun, tahukah anda bahawa kesan jangka masa panjang jika anda suka letup-letupkan jari secara berterusan?
Artikel berkaitan: Jam Tangan Item Penting Identiti Diri Seorang Lelaki
Artikel berkaitan: Tangan Anda Kasar? Jangan Ambil Mudah, Lakukan Amalan Ini Sebelum Terlambat!
Hampir beberapa dekad penyelidik dari serata dunia telah mengkaji sebab dan kenapa bunyi tersebut terhasil.
Kajian dari Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, ia akan mempunyai ruang kecil yang diisi gas. Apabila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi pop. terhasil.
Kenapa Jadi Ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan. Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak anda akan ‘trik’ untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.
Apa Yang Meletup?
Setiap kali mematahkan jari, ia akan mengeluarkan bunyi seolah-olah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
Risiko Penyakit Tulang Arthritis
Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun, manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan.
Ternyata, tangan yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis dan ini membuktikan bahawa tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari itu membawa keburukan kepada manusia.
Jejaskan Kekuatan Tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan, sekali gus menjadikan tulang haus dari semasa ke semasa.
Tulang Jari Melebar Punca Cincin Tersekat
Meletupkan jari adalah perkara yang menyakitkan, namun ada juga yang menganggapnya sebagai satu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat ini mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.
Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) telah melebar sehingga kadang-kala menyekat kemasukan cincin secara lancar pada bahagian jari. Jadi, kalau tidak mahu tulang buku jari anda melebar, sila elak meletupkan jari.
Untuk anda yang selalu meletup-letupkan jari, tak ke anda rasa ngilu?
Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN
Produk Daiso Ditarik Balik Sebab Kandungi Bahan Penyebab Kanser

Daiso adalah syurga membeli-belah yang dipenuhi dengan hampir apa sahaja produk dari Jepun dan kesemua ditawarkan dengan harga murah. Memiliki rangkaian kedai di seluruh dunia, juga menjual pelbagai produk kecantikan dengan harga yang berpatutan.
Jika anda merupakan pengguna tegar produk Daiso kerana harganya murah, sekarang kena berhati-hati kerana terdapat produk yang dikesan mengandungi bahan penyebab kanser.
NHK penyiar berita Jepun melaporkan bahawa tiga produk Daiso didapati mengandungi bahan formaldehid yang menyebabkan kanser, dan ini tidak memenuhi keperluan kesihatan. Produk-produk ini adalah EverBilena Grey Hair Cover Up dalam Black, Dark Brown, dan Brown. Produk jenis “touch-up pens” diaplikasi pada rambut uban dan serta-merta mengubah mereka mengikut rona dari pen.
Rangkaian produk ini dihasilkan oleh Sunpalko, sebuah syarikat yang berpusat di Tokyo, tetapi dihasilkan di Taiwan. Pemeriksaan yang mendapati kehadiran bahan berbahaya itu dimulakan oleh Sunpalko.
Daiso dan Sunpalko memberitahu NHK bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan tentang produk daripada pengguna tetapi telah menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakannya. Produk tersebut telah dijual di Daiso sejak Disember 2012 dan 2,000,000 unit telah dijual setakat ini di Jepun.
Tapi tidak pasti produk ini dijual di Daiso Malaysia atau tidak. Afterall, anda semua diminta berhati-hati sebelum membeli sesuatu barang.
Sumber : dailyvanity