Kredit: James Linsell-Clark/SWNS

Sewakan Suami? Kedengaran seperti agak pelik dan mungkin boleh mengundang tanggapan yang salah. Namun usahlah kita ke situ ya. Dalam hal ini ia sebenarnya satu perkara yang cukup positif dan idea yang sangat menarik!

Satu perkara harus diakui walaupun sebagai lelaki, kita tidak mempunyai semua skil yang ada di dunia ini terutamanya dari segi pertukangan. Pernah tak anda berdepan kesukaran nak pasang perabot yang dibeli dari IKEA?

Usah risau anda tidak keseorangan. Ramai sebenarnya bergelut dengan perkara yang sama. Dari masalah umum seperti inilah seorang wanita dari UK mendapat idea bagaimana dia boleh ‘menyewakan’ suaminya yang memiliki pelbagai skil tersebut kepada orang ramai.

Bermula Sebagai Jenaka Perniagaan ‘Sewakan’ Suami Kini Jadi Sumber Pendapatan Utama Pasangan Ini
Kredit: James Linsell-Clark/SWNS

Melakukan kerja-kerja pertukangan dan menyelenggara rumah memerlukan dedikasi yang sangat tinggi. Di sinilah perniagaan ‘Rent My Handy Husband’ mampu memenuhi permintaan tersebut.

MENDAPAT IDEA

Wanita berusia 38 tahun dikenali dengan nama Laura Young mula mendapat idea tersebut selepas mendengar satu podcast yang bercerita bagaimana seorang lelaki menjana pendapatan dengan hanya memasang perabot sahaja.

IKLAN
Bermula Sebagai Jenaka Perniagaan ‘Sewakan’ Suami Kini Jadi Sumber Pendapatan Utama Pasangan Ini
Foto: RentMyHusband

Menyedari suaminya, James Young memiliki pelbagai skil, Laura terdetik untuk melakukan perkara sama. Pertama sekali dia meletakkan iklan di Facebook dan aplikasi Nextdoor dengan tawaran melakukan pelbagai kerja rumah dengan caj £40.

Bermula Sebagai Jenaka Perniagaan ‘Sewakan’ Suami Kini Jadi Sumber Pendapatan Utama Pasangan Ini
Kredit: James Linsell-Clark/SWNS

Walaupun menjangkakan hanya mengundang ketawa orang ramai, Lauran seakan terkejut selepas mendapat maklum balas dan mesej permintaan dari pelanggan.

IKLAN

“Pelanggan pertama memerlukan James untuk menukar bingkai pintu. Dan selepas itu satu persatu tempahan mula datang dengan pelbagai tugasan seperti menukar karpet dan juga pembinaan dinding,” jelas Laura dalam satu temu bual bersama Daily Mail.

PENDAPATAN TETAP

Siapa sangka hantaran yang dianggap guarauan olehnya kini menjadi sumber pendapatan tetap mereka dengan kerja 6 hari seminggu. James yang berusia 42 tahun juga cukup terkejut dengan sambutan luar biasa diterima mereka.

IKLAN
Bermula Sebagai Jenaka Perniagaan ‘Sewakan’ Suami Kini Jadi Sumber Pendapatan Utama Pasangan Ini
Foto: Laura Young

Jenama yang mereka tampilkan ‘Rent My Handy Husband’ dipercayai cukup berjaya dan mencuti perhatian ramai. Lebih menarik lagi, James sebenarnya seorang yang telah didiagnos sebagai autistik sejak empat tahun lalu.

Satu idea yang menarik bukan? Dengan idea yang bernas mampu bertukar menjadi sumber pendapatan yang cukup lumayan!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI