Tidak dinafikan membaca perjalanan kisah transformasi seseorang yang berubah menjadi lebih baik sememangnya cukup mengujakan. Tidak kiralah apa jua cabaran yang dilalui setiap kisah pasti membawa erti yang cukup besar bukan sahaja untuk mereka tetapi orang sekeliling.

Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini yang melakukan transformasi badannya dalam tempoh tujuh bulan.

Lelaki yang dikenali dengan nama Robin ini mula mendapat kesedaran untuk melakukan perubahan apabila mendapati lama-kelamaan badannya sudah tidak muat dengan baju yang ada di dalam almari.

Bersenam Dengan Kerap & Ikut Pemakanan Nutirisi Terancang, Lelaki Ini Berubah Jadi Tegap

Dari situ dia turut berkongsi bagaimana dirinya mula hilang keyakinan diri. Namun nasibnya berubah selepas bertemu dengan seseorang yang memiliki fizikal yang sangat baik.

“Saya berasa sangat kagum dengan bentuk badannya serta transformasi yang telah dia lalui. Itulah yang membakar semangat saya untuk mula mengikuti jejak langkahnya,” tambah Robin.

IKLAN

LEBIH BERSEMANGAT

Melihat transformasi individu tersebut, Robin menjadi bertambah bersemangat untuk melakukan perkara sama. Dia kemudian menyertai KMAK Fitness bagi menjalani latihan senaman serta diet pemakanan yang terancang. Tujuh bulan kemudian dia sendiri terkejut melihat hasilnya seperti sekarang.

“Pada mulanya saya memang ragu-ragu dan tak percaya boleh turunkan berat badan sehingga hampir 14kg. Tapi dengan rejim senaman dan disiplin yang tinggi saya berjaya,” ujarnya dengan penuh keterujaan.

Bersenam Dengan Kerap & Ikut Pemakanan Nutirisi Terancang, Lelaki Ini Berubah Jadi Tegap

Robin mendedahkan bahawa dia berjaya kurus dalam tempoh tujuh bulan. Tetapi hasil itu tidak datang dengan mudah. Sepanjang tempoh tujuh bulan tersebut adalah tempoh fasa mencabar dalam hidupnya. Ia bukanlah satu perkara yang mudah.

IKLAN

“Terutama semasa residensi, apabila saya mengambil 14 penerbangan dalam satu bulan, mengembara ke seluruh AS untuk majlis perkahwinan, perayaan dan sebagainya. Saya juga melakukan perjalanan misi pembedahan di India, mengembara bersama keluarga ke Portugal dan berpindah ke bandar baharu di Chicago – semuanya dalam masa tujuh bulan.”

PERANAN JURULATIH

Dari segi kecergasan, Robin menjelaskan dirinya banyak melakukan latihan dan senaman ada. Terdapat juga beberapa jenis senaman yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Di KMAK Fitness peserta yang menyertai program harus merekodkan diri berapa banyak mereka bersenam dan kemudian mereka menghantarnya. Kemudian dalam tempoh 24 jam kemudian jurulatih akan membalas dan memberikan maklum balas. Interaksi seperti inilah salah satu faktor bagaimana dia berjaya melakukannya.

Dari segi pemakanan pula, variasi diet pemakanan yang disarankan oleh mereka membolehkan Robin melakukan banyak perkara seperti melancong dan mengembara.

IKLAN

“Saya mempunyai seseorang yang secara konsisten menyemak saya dan boleh berkata ‘Begini keadaannya, senaman tertentu akan berubah, pemakanan akan berubah’, dan itu sesuai untuk saya.”

Selepas melakukan transformasi ini, Robin akui bahawa kehidupannya turut sama berubah. Paling penting dia berasa lebih selesa dan yakin dengan kondisi diri.

Semoga kisah Robin ini boleh membakar semangat dan menjadi inspirasi untuk anda.

Kredit: Express

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI