Tidak dinafikan apabila tibanya bulan Ramadan secara otomatiknya aktiviti kecergasan kita juga mungkin akan sedikit berkurangan.
Menjalani ibadah puasa memerlukan kita perlu lebih efisien menggunakan tenaga. Namun adakah kita tidak boleh bersenam langsung?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Ads
ELAK INTENSITI TINGGI
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Ads
TIGA WAKTU TERBAIK
30 MINIT SEBELUM BERBUKA
Ini adalah tempoh waktu paling popular bagi ramai peminat aktiviti kecergasan melakukan senanam. Selesai rutin ringkas terus boleh berbuka puasa.
Anda boleh berikan fokus kepada senaman yang berintensiti rendah. Usah lakukan sampai anda tercungap-cungap pula ya.
BILA HABIS TERAWIH
Ads
Ini juga salah satu masa yang sesuai untuk anda lakukan senaman berintensiti rendah atau sederhana.
Tatkala anda sudah makan dan selesai tarawih badan pun mendapat tenaga yang baik. Jadi sesuai untuk buat senaman seperti angkat berat menggunakan dumbbell atau latihan menguatkan otot.
SEBELUM SAHUR
Jika anda bangun awal bolehlah buat senaman ringan seperti squats, push up atau sit up. Tidak perlu senaman yang melibatkan beban berat.
Cukup sekadar anda boleh ‘cas’ semula otot-otot yang mungkin tidak aktif dalam tempoh seharian. Selesai senaman boleh terus makan sahur dengan penuh selera.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat berpuasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat bergema di ibu negara apabila program MASKULIN Who’s Your Bro buat julung kalinya berkolaborasi dengan komuniti larian terkenal, Challo Run, sempena KL Car Free Morning yang berlangsung setiap Ahad.
Acara Fun Run 3km dan 5km, yang diadakan pagi semalam, menyaksikan penyertaan lebih 150 peserta terdiri daripada pesserta program Who’s Your Bro dan komuniti Challo Run.
Seramai lapan peserta Who’s Your Bro turut hadir iaitu Ikmal, Hakimi, Dr Shazif, Syafiq, Asyraf, Irwan, Faidzal dan Saddam.
Selain itu acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Aedy Asyraf, Imran Aqil, Safwan Nazri, Khenobu, dan Ezzrin Loy, yang bersama-sama berlari, memeriahkan suasana, dan memberikan inspirasi kepada semua peserta.
Kolaborasi Pertama Beri Impak Positif
Ini adalah kolaborasi pertama di antara MASKULIN Who’s Your Bro dan Challo Run, tetapi kehangatan sambutan membuktikan potensi besar untuk penganjuran acara sebegini pada masa akan datang.
Bagi peserta Who’s Your Bro dan ahli Challo Run, acara ini bukan sahaja tentang larian tetapi juga peluang untuk saling mendekatkan hubungan sesama komuniti.
Hakimi Nordin, salah seorang peserta yang aktif dalam kedua-dua program ini, meluahkan keterujaannya.
“Sebagai peserta Who’s Your Bro dan juga geng Challo Run yang aktif, saya berasa cukup gembira dengan sambutan yang diterima pada pagi ini. Ini juga satu inisiatif yang baik bagi sama-sama untuk mempromosikan bukan sahaja ‘Who’s Your Bro’ tetapi gaya hidup sihat,” tambah Hakimi.
Keseronokan dan Ganjaran Peserta
Peserta yang mengambil bahagian turut menerima kupon khas yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman pagi selepas tamat larian.
MASKULIN juga memeriahkan acara dengan menyediakan goodie bag tajaan Blanco, MIS CLAIRE, dan Jantzen, serta menawarkan 10 cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.
Wakil dari Challo Run, Ezzrin Loy, turut menyatakan harapan besar daripada kerjasama ini.
“Kolaborasi kami pada hari ini untuk meraikan gaya hidup sihat.
“Kami juga ambil peluang untuk sama-sama mempromosikan program kecergasan ‘Who’s Your Bro’. Penglibatan peserta program ini juga mampu memberikan inspirasi kepada peminat dan followers yang hadir,” jelasnya yang cukup gembira dengan kejayaan kolaborasi ini.
Tidak hanya terhenti di acara ini, program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus mendapat perhatian ramai dan kini menuju episod ketujuh yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Semoga kerjasama seperti ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak program mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di masa hadapan.
Jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada MASKULIN dan Who’s Your Bro, serta kekal aktif dan sihat!
Kita bersama membina komuniti kecergasan yang inspiratif dan penuh semangat!
Memakan makanan yang salah bakal memberi kesan pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan. Jadi apa kamu benar yakin dengan apa yang kamu makan sebelum sesi bersenam?
1. GULA + MINYAK
Elak makan makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal senaman, ketahuilah badan akan mula melemah secara drastik semasa pertengahan senaman. Ia juga bakal mengundang pening-pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana, darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa sesi bersenam.
3. PERUT KOSONG
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ adalah satu mitos semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir Glycogen, iaitu sel dari Glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot mudah penat dan lemah.
4. MINUMAN TENAGA
Mengandungi kadar kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan lebih dari satu tin minuman tenaga ini bakal membuatkan pola tidur seseorang itu tidak sekata. Apabila tidur tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin senaman dan pemakanan dia juga bakal terganggu.
5. TELUR MENTAH
Tidak lah menjadi satu kesalahan untuk memakan telur mentah sebagai makanan pre-workout. Namun terdapat risiko untuk perut yang tidak tahan/lasak iaitu keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini mengundang Diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum melakukan senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman ini sebenarnya perkara yang sama ada kita mahu atau tidak mahu lakukan sahaja. Alasan tiasa masa?
Itu alasan paling malas untuk kita dengar. Melakukan senaman sebenarnya bukanlah menuntut masa sehingga satu hingga dua jam. Jika dilakukan secara konsisten anda tidak perlu lakukan dengan lama pun!
Anda sebenarnya tak memerlukan masa yang lama pun untuk bersenam. Percaya atau tidak anda boleh bersenam hanya dalam masa 4 minit sahaja!
MULAKAN HARI INI!
Akan tetapi ia perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari dan anda pula perlulah realistik. Dengan melakukan senaman 4 minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Jadi sila buang sifat malas itu jauh-jauh. Cuba paksa diri lakukan senaman ini selama lima hari berturut-turut. Pasti selepas itu anda akan terus jadikan ia sebagai satu rutin harian yang wajib.