Buah anggur dan epal yang diimport dari luar negara sering disaluti dengan kesan wax bagi memastikan ia tahan lama. Selain melindungi agar ia tak mudah rosak, kesan wax ini berfungsi untuk menjadikan buah-buahan import nampak segar dan licin.

Sudah tentu anda tidak mahu kesan wax ini masuk ke dalam perut anda. Jadi sebelum anda ingin makan buah-buahan ini, pastikan anda membersihkan kesan wax ini terlebih dahulu.

Cara nak membersihkan kesan wax ini telah dikongsikan oleh Junainah Jaapar menerusi laman Facebooknya. Hanya menggunakan tepung gandum, kesan wax pada buah anggur mahupun epal dapat dibersihkan dengan mudah.

Jom cuba!

BACA: Setiap Warna Anggur Punyai Khasiat Tersendiri, Yang Warna Hijau Paling Terbaik!

TIP BASUH BUAH ANGGUR

Selalunya bila makan buah anggur mesti rasa macam pahit-pahit sikit, kan?

IKLAN

Kadang-kadang makan sikit je dah mula sakit tekak. (Anggur ada wax atau lilin untuk bagi ia tahan lama).

Jadinya salah satu cara nak basuh buah anggur dengan bersih ialah dengan guna TEPUNG GANDUM.

Caranya.

1. Sebelum dibasuh.

Bersihkan Kesan ‘Wax’ Pada Buah Anggur Dengan Tepung Gandum, Barulah Buah Rasa Manis!

IKLAN

2. Ambil anggur, taburkan dengan tepung. Biar kena semua anggur.

Bersihkan Kesan ‘Wax’ Pada Buah Anggur Dengan Tepung Gandum, Barulah Buah Rasa Manis!3. Biar seketika. 5-10 minit.

4. Kemudian basuh dan keringkan.

5. Hasilnya ? anggur lebih cantik dan berkilat.

IKLAN

Bersihkan Kesan ‘Wax’ Pada Buah Anggur Dengan Tepung Gandum, Barulah Buah Rasa Manis!

Rasanya pun lebih manis dan sedap.=)

P.s : Masa basuh tu kena ambil masa sikit. Sebab tepung tu akan melekat kat lilin pada anggur tu.

Hasilnya, anggur jadi lebih bersih, berkilat dan manis tanpa rasa pahit/kelat. ?

Anda suka post ni? klik SHARE. =)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI