Pepatah Bahasa Inggeris ada mengatakan bahawa ‘life begins at 40’ yang bermaksud, kehidupan seseorang itu akan mula dirasai dengan betul-betul dan secara matang apabila masuk usia 40 tahun. Betul atau tidak?
Para selebriti lelaki ini turut membuktikan istilah ini. Berumur lebih 40 tahun, para selebriti ini masih releven dan digilai ramai individu membuktikan bahawa umur hanyalah sekadar angka.
Bront Palarae
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin, dikenali secara profesional sebagai Bront Palarae ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Lahir pada tahun 1979, 46 Bront berasal dari Alor Setar, Kedah. Menempah namanya ke industri luar negara, karismanya tidak pernah pupus walaupun umur nak mencecah separuh abad.
Maya Karin
Dato’ Adi Putra
Dato’ Mohamed Hadi Putera bin Halim, atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia kelahiran Singapura. Lahir pada 26 Februari 1981, 43 beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014), dan Makrifat Cinta (2018).
Beto Kusyairy
Ads
Nurkusyairy Zakuan Osman atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Lahir 19 Februari 1980, 44 beliau juga tidak lari daripada komen generasi muda yang mengatakannya hot!
Remy Ishak
Mohammad Zalimei Remy Ishak ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Lahir pada 11 April 1982, 42 beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pada tahun 2006 dan masih menelebarkan sayap sehingga kini.
Ads
Hans Isaac
Gerald Hans Isaac ialah seorang pelakon, penerbit, dan pengarah Malaysia. Lahir 20 Ogos 1971, 53 beliau dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 10 April 2019, ,dan meletak jawatan selepas setahun.
Pada Disember 2021, Hans mengumumkan dia akan bersara daripada bidang lakonan selepas lebih dua dekad.
Dato’ Aaron Aziz
Ads
Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz ialah seorang pelakon dan pengarah Malaysia kelahiran Singapura. Lahir pada 23 Februari 1976, 48 beliau lebih dikenali di Malaysia dan juga di beberapa negara seperti Taiwan, Hong Kong, India, Brunei dan Singapura.
Farid Kamil
Farid Kamil bin Zahari ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia. Lahir 5 Mei 1981, 43 beliau adalah model lelaki terkenal yang menjadi pelakon yang telah membuat reputasi besar sebagai salah seorang pelakon paling terkenal di Malaysia sejak Rosyam Nor pada 1990-an untuk beberapa persembahan cemerlangnya dalam drama bersiri dan filem.
Hebatkan mereka ini tak dimamah usia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi. Bagi para pelajar yang menantikan keputusan ini, terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak keputusan tanpa perlu hadir ke sekolah.
Menerusi hebahan di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa kaedah menyemak keputusan SPM melalui atas talian, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), serta langkah-langkah yang boleh diambil jika tiada capaian internet.
Melalui Atas Talian
Cara paling mudah dan cepat untuk menyemak keputusan SPM adalah melalui atas talian. Anda boleh mengakses laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan myresultspm.moe.gov.my. Langkah-langkah untuk menyemak keputusan adalah seperti berikut:
Layari laman web myresultspm.moe.gov.my menggunakan pelayar internet di komputer atau telefon pintar anda.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
Klik butang “Semak” atau “Check” untuk mendapatkan keputusan anda.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat melihat keputusan SPM anda dengan cepat tanpa perlu beratur di sekolah.
Pautan ini hanya boleh digunakan pada tarikh pengumuman keputusan SPM bermula 10 pagi dan akan ditutup pada jam 6 petang 2 Jun 2024.
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet, keputusan SPM juga boleh disemak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara untuk menyemak keputusan melalui SMS:
Taipkan SPM <jarak> nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
Hantarkan mesej tersebut ke nombor 15888.
Sumber foto: Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM).
Contohnya, jika nombor kad pengenalan anda adalah 990101011234 dan angka giliran anda adalah ABC1234, maka anda perlu taip: SPM 990101011234 ABC1234 dan hantar ke 15888. Anda akan menerima mesej balasan yang mengandungi keputusan SPM anda.
Hadir Ke PPD, JPN, Sekolah Berdekatan
Jika anda tidak mempunyai capaian internet atau tidak dapat menggunakan SMS, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh diambil:
Hadir ke Sekolah Berdekatan: Anda boleh pergi ke mana-mana sekolah berdekatan untuk mendapatkan bantuan dalam menyemak keputusan SPM anda.
Hadir ke Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): Jika sekolah berdekatan tidak dapat membantu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Hadir ke Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN): Selain itu, cawangan Jabatan Pendidikan Negeri juga boleh membantu anda menyemak keputusan SPM anda.
Dengan menggunakan salah satu daripada alternatif ini, anda boleh mengakses laman web myresultspm.moe.gov.my dengan bantuan pihak sekolah, PPD, atau JPN untuk menyemak keputusan SPM anda.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyemak keputusan SPM tanpa perlu hadir ke sekolah. Sama ada melalui atas talian, SMS, atau dengan bantuan pihak sekolah dan jabatan pendidikan, setiap pelajar mempunyai akses yang mudah dan cepat untuk mengetahui keputusan mereka.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM mereka dan dapat melangkah ke tahap seterusnya dalam pendidikan dengan yakin.
Baju luntur warna adalah situasi lazim yang berlaku. Tapi, jika berterusan, siapa je yang tak stres kan apabila setiap kali beli baju baru, warnanya luntur selepas dibasuh.
Untuk pengetahuan anda, baju luntur warna disebabkan oleh agen pencuci seperti sabun pencuci, pelembut, peluntur atau kerana alat dan air yang digunakan ketika mencuci baju. Pakaian sebenarnya sensitif, silap sahaja kaedah mencucinya, terus luntur warnanya.
Baju Luntur Warna Selepas Basuh? Try Guna Dua Bahan Ini!
Selain menggunakan bahan peluntur, anda juga boleh lalukan seperti yang dikongsikan oleh Faryna Mohd Khalis dan bolehlah mencuba teknik menghilangkan kesan warna yang luntur dengan cara yang lebih alami.
Ini perkongsiannya.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis dan down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi. Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net.
Yang best, tak effect pon corak dan warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share siket ilmu ni.
Bahan :
Lemon dan sabun serbuk sikit + air panas + air paip siket je. ( btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).
Cara – Cara :
1. Rendam dalam 5-10 minit, terus keluar semua tompok-tompok colour biru yang menurun kat bahagian putih tu. Then bilas dengan air bersih & sidai.
Menerusi akaun Twitter kepada 12.7 juta pengikutnya di laman sosial itu, pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson, mengaku bergelut dengan kemurungan selepas melihat ibunya cuba membunuh diri dan menggalakkan lelaki yang berhadapan masalah itu untuk bercakap mengenai perjuangan mereka dan mendapatkan bantuan.
“Kemurungan tidak mengenal sesiapa. Saya mengambil masa panjang untuk menyedarinya tetapi kunci utama adalah tidak takut untuk bercakap mengenainya.
“Terutama kita, lelaki yang cenderung merahsiakannya. Anda tidak bersendirian.
Johnson, 45, yang kini rancak mempromosikan filem aksi terbitan Warner Bros, ‘Rampage’, memberitahu akhbar Britain, Express on Sunday, beliau berhadapan masalah itu selepas menyaksikan ibunya cuba membunuh diri ketika masih remaja.
“Saya sampai ke tahap tidak mahu berbuat apa atau pergi ke mana-mana. Saya asyik menangis,” kata bintang ‘Fast & Furious’ itu.
Johnson menceritakan beliau baru berusia 15 tahun apabila melihat ibunya, Ata, berjalan ke arah kenderaan di lebuh raya di Nashville sejurus selepas dihalau daripada pangsapuri. Beliau sempat menarik ibunya tetapi tenggelam dalam kemurungan beberapa tahun. Memburukkan keadaan, beliau mengalami kecederaan yang menghalang kerjayanya dalam sukan bola sepak Amerika dan putus cinta dengan teman wanitanya.
“Kami pulih tetapi selalunya melakukan yang terbaik untuk memberi perhatian apabila ada orang lain dalam kesakitan,” katanya.
Johnson mencipta nama sebagai ahli gusti profesional pada 1990-an sebagai ‘The Rock’ dan mempertimbangkan menceburi politik.
Forbes melaporkan beliau sebagai pelakon kedua menerima bayaran paling mahal dengan AS$65 juta (RM251 juta) sepanjang 2017. – Reuters
Sumber : BHonline
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.