Ramai wanita menganggap lelaki kurang menunjukkan kasih sayang, membuatkan mereka keliru dan kadangkala terasa diabaikan.
Lelaki jarang meluahkan perasaan dengan kata-kata romantik atau tindakan manja, berbanding wanita yang lebih ekspresif.
Namun, adakah ini bermakna mereka tidak menyayangi pasangan?
Kasih Sayang Lelaki Lebih Kepada Perbuatan
Lelaki secara semula jadi kurang cenderung untuk meluahkan perasaan secara lisan.
Mereka mungkin tidak selalu mengucapkan “I love you” atau memberikan kejutan romantik, tetapi mereka menunjukkan keprihatinan dengan cara lain.
Contohnya, mereka akan memastikan pasangan mereka sudah makan, bertanya jika ada yang mengganggu fikiran atau diam-diam menyelesaikan masalah tanpa perlu menjelaskan semuanya.
Ada juga lelaki yang lebih suka menunjukkan kasih sayang melalui tanggungjawab.
Mereka bekerja keras untuk menyediakan kehidupan yang selesa bagi keluarga, memastikan keselamatan pasangan dan sentiasa ada apabila diperlukan.
Ads
Walaupun mereka tidak selalu menunjukkan emosi secara terang-terangan, mereka tetap mengambil berat dalam bentuk yang lebih praktikal.
Kenapa Lelaki Tak Tunjuk Secara Terang-Terangan?
Salah satu sebab utama lelaki kurang menunjukkan kasih sayang adalah kerana faktor psikologi dan budaya.
Dari kecil, ramai lelaki diajar untuk menjadi kuat, tidak terlalu emosional, dan mengawal perasaan.
Akibatnya, mereka membesar dengan mindset bahawa terlalu banyak menunjukkan emosi boleh dianggap sebagai kelemahan.
Bagi mereka, menunjukkan kasih sayang bukan sekadar kata-kata romantik atau aksi manja, tetapi lebih kepada bagaimana mereka menjaga pasangan dan keluarga.
Caring Tapi Tak Romantik? Tak Mengapa, Asalkan Seimbang
Tidak semua lelaki romantik, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak penyayang.
Namun, sebagai pasangan, penting juga untuk ada keseimbangan.
Wanita mungkin perlu memahami bahawa lelaki menunjukkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri, manakala lelaki pula boleh belajar untuk lebih menzahirkan perasaan agar pasangan tidak merasa terabai.
Tidak salah untuk lelaki sesekali menunjukkan kasih sayang dengan cara yang lebih jelas, seperti memberi pelukan secara tiba-tiba, menghantar mesej mesra, atau sekadar memuji pasangan.
Kadangkala, tindakan kecil sebegini sudah cukup untuk membuat pasangan rasa dihargai.
Jadi, betul ke lelaki tak tunjuk yang dia sayang, tapi sebenarnya caring?
Jawapannya, ya kebanyakan lelaki memang begitu.
Mereka mungkin tidak meluahkan perasaan secara terang-terangan, tetapi mereka menunjukkan cinta dengan cara tersendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut kajian, rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook dan Media Sosial Paling ramai di dunia. Tapi, bila dah obses dengan teknologi, pasti akan beri kesan pada kesihatan.
Ini antara perkara yang akan menyerang mereka yang ketagih dengan teknologi.
Insomnia
Masalah yang terjadi apabila obses dengan teknologi dan ketagih dengan media sosial, terjadilah tabiat berjaga malam dan alami masalah tidur.
Lemah Daya Ingatan
Terlalu bergantung dengan teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan. Bahaya tu!
Kemurungan
Setiap status dan perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi perkara negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca status orang lain.
Jadi Gemuk
Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
Jatuh Sakit
Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Jadi pastikan bersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang petarung seni bela diri campuran (MMA) amatur berusia 22 tahun menjadi tumpuan selepas videonya menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga rebah di hadapan sebuah kondominium di Selangor tular di media sosial.
Insiden tersebut dirakam dalam sebuah video yang menunjukkan pertengkaran antara dua individu, di mana petarung itu, yang dikenali sebagai Tony Lim, dilihat menumbuk pengawal keselamatan berkenaan, menyebabkan lelaki tersebut jatuh ke tanah.
Dalam satu temubual bersama personaliti media sosial Caprice di Instagram (@capricedaddycap), Lim tampil menjelaskan bahawa tindakannya bukan bersifat menyerang, sebaliknya atas dasar mempertahankan diri.
Tangkap layar video IG @capricedaddycap
“Apabila saya bercakap secara baik dengan dia, lelaki itu telah memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Lim turut menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada konfrontasi awal antara pengawal keselamatan tersebut dengan seorang lagi penduduk kondominium, yang turut dirakam dalam video berasingan dan menjadi viral.
Menurut Lim, keadaan menjadi semakin tegang apabila dia turun ke bawah pada malam Khamis lalu dan bertembung semula dengan pengawal keselamatan yang sama, kali ini ditemani dua individu lain yang dipercayai merupakan penyelianya.
“Dia tunjuk ke arah saya dan penyelia dia tanya saya, ‘awak ke yang viral-kan dan komen pasal video tu?'”
Lim bagaimanapun menafikan dia terlibat menyebarkan video pertama itu. Tambahnya, pengawal keselamatan terbabit telah diberhentikan daripada tugas selepas kejadian.
“Sebagai seorang yang berlatih MMA, kami hanya mahu mempertahankan diri. Saya tidak mahu memulakan provokasi,” ujar Lim.
Setakat artikel ini ditulis, pihak pengurusan kondominium mahupun syarikat keselamatan yang terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Bahaya juga akibat terlalu obses dengan aktiviti ber swafoto ini. Kejadian ini berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Hal ini merupakan detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil. Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun. Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ. Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit. Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai. Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.