Betul Ke Rumble Strips Di Selekoh Jalan Raya Bahaya & Buat Orang Tergolek?

Share

Betul ke rumble strips (jalur bergetar) di selekoh jalan raya berbahaya kepada penunggang motorsikal dan boleh menyebabkan orang jatuh tergolek?

Persoalan ini ditimbulkan orang ramai apabila terdapat seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemasangan rumble strips itu susur Seri Kembangan dan susur keluar Jalan Tun Razak.

Namun bagi memberi jawapan semasa, pihak Lebuhraya MEX menegaskan pemasangan rumble strips itu bukanlah bertujuan sesuka hati.

Sebaliknya ia adalah keperluan berdasarkan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan oleh pihak Lebuhraya MEX di beberapa lokasi seperti susur Seri Kembangan dan susur keluar Jalan Tun Razak.

Pandu 40km/ sejam dan rumble stripes bersifat anti skidding

Ujar pihak Lebuhraya MEX lagi, amaran untuk memastikan penunggang atau pemandu mengurangkan kelajuan sehingga 40km/ sejam turut dinasihat serta papan tandanya dipamekan lebih awal.

Menjadi amaran dengan mengeluarkan bunyi

Dalam masa sama, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut mengeleuarkan kenyataan bahawa rumble strips itu mampu memberi amaran kepada pemandu yang mengantuk.

Sebaik sahaja melalui zon rumble strips, pemandu yang hilang tumpuan akibat mengantuk dan keletihan boleh kembali segar selepas mendengar bunyi getaran dan gegaran tayar kenderaan sewaktu melalui zon itu.

Kesimpulannya di sini, setiap apa yang dilaksanakan pihak tertentu mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan sebagai pengguna jalan raya, sikap berhati-hati perlu diutamakan.

 

 

 

IKLAN