Head of Men & Hobbies, Penata Gaya: Fiezreen Ahmad

Ass. Manager Men & Hobbies: Farizul Izwany

Penerbit: Mohammad Zuhdi Zaid

Penulis & penyelaras: Darwisy Farain

Penerbit video Maskulin: Faez Akhmal

Arahan Seni & Peletakan Grafik: Azniza Aziz

Grooming: Che Wann

Fotografer: Jazlan Nangar

Videografer: Sufyan Marhaban, Afiq Naqiuddin Mohd Fauzi & Ezzat Shukri

Video editor: Sharifah Nur Dayana binti Syed Shamsulzaman

Suntingan Foto: Hezry Rokman

Persalinan dan aksesori: Wardrobe, Mimpi Kita & Gentle Monster

Ads

Edisi Digital Cover Ogos kali ini mempertemukan dua figura berbeza dunia Nina KSC, pelakon berbangsa Cina yang semakin menyerlah di layar TV, dan Syarul Ezani, pelakon versatil yang sentiasa selesa bermain dalam lapangan watak-watak berlapis.

Mereka bergabung dalam Honey Trap, sebuah drama aksi thriller yang lebih daripada sekadar kisah perisik dan misi rahsia.

Ia membongkar sisi manusia yang keliru antara perasaan dan tanggungjawab, cinta dan manipulasi.

Bicara ‘Gender Manipulation’ Bersama Syarul Ezani & Nina KSC Menerusi Karya Thriller ‘Honey Trap’Nina tampil sebagai Surya Gabriel, ejen rahsia berdarah dingin dengan trauma silam, manakala Syarul membawa watak Shidi, lelaki yang tersepit antara kebenaran dan ilusi kawalan.

Apabila kedua-duanya terjebak dalam permainan emosi dan misi, hubungan mereka mula kabur siapa sebenarnya yang mempergunakan siapa?

Dengan sorotan eksklusif dari lokasi penggambaran dan sesi temubual yang menyelami sisi peribadi kedua-dua pelakon, cover edisi kali ini bukan sahaja memberi spotlight kepada Honey Trap, tetapi juga pada cabaran sebenar di sebalik kamera dari latihan fizikal, tekanan mental, sehinggalah ke persoalan moral adakah manipulasi itu perlu untuk bertahan dalam dunia hari ini?

Cabaran Fizikal, Mental dan Bahasa

Bagi Nina, membawakan watak Surya bukan mudah. “Bahasa Melayu memang cabaran utama, saya terbiasa cakap Mandarin dan Hokkien. Tapi bila dapat skrip ni, saya tahu saya kena betul-betul fasih.”

Bukan itu saja, Nina juga perlu menjalani latihan tempur dan mengendalikan senjata api. “Susah nak fokus bila otak penat fizikal dan pada masa sama nak deliver skrip dengan emosi yang betul.”

Ads

Bicara ‘Gender Manipulation’ Bersama Syarul Ezani & Nina KSC Menerusi Karya Thriller ‘Honey Trap’

Lebih mencabar, watak Surya turut berdepan isu kesihatan mental skizofrenia. “Saya terlalu mendalami watak itu, sampai satu tahap saya susah nak bernafas lepas shoot. Lepas wrap, saya insomnia empat bulan. Kena pergi terapi untuk belajar tidur balik.”

Lakonan Nampak Natural 

Syarul pula menyifatkan watak Shidi sebagai antara yang paling kompleks pernah dibawanya.

“Lakonan untuk genre thriller macam ni susah. Saya kena tunjuk yang saya ‘natural’ walaupun sebenarnya semuanya teknikal. Emosi kena kawal, tapi tetap kena sampai.”

Lebih menarik, menurut Syarul, Shidi nampak seperti manipulator dalam cerita tapi dalam realitinya, kedua-dua watak sebenarnya saling mempergunakan antara satu sama lain.

“Shidi rasa dia kawal Surya, tapi Surya pula rasa dia mangsa. Akhirnya dua-dua dimanipulasi oleh sistem yang lebih besar,” jelasnya lagi.

Bicara ‘Gender Manipulation’ Bersama Syarul Ezani & Nina KSC Menerusi Karya Thriller ‘Honey Trap’

Ads

Apabila ditanya soalan sensitif adakah manipulasi perlu dalam kehidupan seharian kedua-dua pelakon memberikan jawapan yang jujur.

“Ya, manipulasi wujud dari kita kecil,” kata Nina. “Kadang kawan baik kita pun manipulate kita, tanpa kita sedar. Tapi kalau guna untuk tolong orang, mungkin boleh diterima.”

Syarul pula menambah, “Ramai manipulate tanpa sedar. Tapi kalau niat baik, mungkin itu bentuk manipulasi yang ‘halal’ seperti untuk selamatkan seseorang.”

Bila Realiti & Lakonan Mula Bercampur

Kesan psikologi watak-watak ini kekal menghantui selepas penggambaran tamat.

“Sampai ada orang tegur, saya termenung banyak sangat,” kata Syarul. “Mungkin Shidi masih melekat.”

‘Honey Trap’ bukan sekadar cerita pengintip. Ia tentang cinta yang kabur antara misi dan emosi, tentang manipulasi yang dibungkus dengan kepercayaan, dan tentang manusia yang keliru antara peranan dan realiti.

Bicara ‘Gender Manipulation’ Bersama Syarul Ezani & Nina KSC Menerusi Karya Thriller ‘Honey Trap’

Penonton bukan saja akan tertanya-tanya siapa pengkhianat tetapi juga, siapa sebenarnya yang sedang memperalat siapa.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads