Tragedi yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) semalam menjadi satu detik hitam sejarah negara dan menyentap kesedaran nasional.
Kemalangan yang melibatkan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bukan sekadar statistik, tetapi satu ‘wake up’ call kepada semua pihak. Ia merupakan panggilan serius untuk setiap individu bagi memahami dan mengutamakan keselamatan jalan raya.
Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan pematuhan undang-undang, tetapi juga kesedaran dan sikap prihatin terhadap risiko yang sentiasa ada.
Foto: BERNAMA
Dengan meningkatkan kefahaman dan mengamalkan langkah keselamatan, kita dapat membina persekitaran jalan raya yang lebih terjamin untuk semua.
Respons Kementerian Pengangkutan, Tindakan Segera di JRTB
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak memandang ringan nahas tragis ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, telah mengesahkan bahawa isu keselamatan dan langkah-langkah penambahbaikan segera untuk Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.
“Dari segi aspek keselamatan jalan raya, kita memandang serius, kita perlu bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan perkara itu akan saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok pagi, untuk kita lihat apakah langkah-langkah segera yang boleh diambil,” ujar Anthony Loke dalam satu temu bual bersama BERNAMA.
Tambahnya, fokus utama jelas tertumpu kepada JRTB, yang sememangnya sudah lama menjadi perhatian.
Antara aspek kritikal yang bakal diperbaiki termasuklah:
Ads
Penghadang Jalan: Keadaan penghadang besi sedia ada yang dikatakan agak lama akan dinilai semula. Walaupun spesifikasi dan tindakan lanjut berkaitan penghadang jalan adalah di bawah Kementerian Kerja Raya, kerjasama antara kementerian adalah kunci.
Keadaan Jalan: Integriti dan kualiti permukaan jalan akan diperiksa untuk mengenal pasti sebarang potensi risiko.
Pencahayaan: Kekurangan lampu jalan, faktor utama yang mengurangkan jarak penglihatan pada waktu malam, akan ditangani. “Khususnya isu keselamatan di JRTB itu yang memang menjadi perhatian kita, yang pertamanya bukan sahaja penghadang jalan, tetapi dari segi keadaan jalan dan juga dari segi kekurangan lampu jalan,” jelas Loke. MOT akan mengambil inisiatif memasang lampu jalan jenis solar bagi mengatasi masalah ini.
Anthony Loke sendiri dilaporkan akan melawat tapak kemalangan tragis tersebut pada Khamis ini bersama pihak berkaitan. Ia dilihat satu langkah penting untuk menilai situasi secara langsung dan memastikan tindakan pantas diambil.
Siasatan Menyeluruh: Mencari Kebenaran
Pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menentukan punca sebenar tragedi ini.
Pada masa yang sama, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat bas yang terlibat dan sedang meneliti rekod Sistem Pengesanan Global (GPS).
Foto: Sinar Harian
“Apabila berlaku kemalangan, polis akan membuat siasatan terperinci dari segi unsur jenayah, JPJ pula akan melihat kepada perkara-perkara teknikal dan juga audit keselamatan terhadap syarikat dan itu yang telah kita lakukan semalam di lokasi kejadian,” terang Anthony Loke.
Penekanan diberikan kepada pengumpulan semua maklumat relevan, termasuklah rekod GPS bas untuk menentukan sama ada ia dipandu melebihi had laju. Audit terhadap syarikat dan latar belakang pemandu bas juga akan dilaksanakan.
Ads
Foto: Sinar Harian
Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa tiada kesimpulan awal akan dibuat, sebaliknya siasatan akan diserahkan sepenuhnya kepada PDRM dan JPJ untuk diselesaikan secara terperinci dan adil. Ini adalah prinsip keadilan yang perlu ditegakkan demi semua pihak.
Peringatan Buat Kita Sebagai Pemandu
Tragedi ini menjadi peringatan keras untuk setiap pemandu. Keselamatan jalan raya adalah cerminan sikap dan tanggungjawab kita.
Ia bukan sekadar memandu dari titik A ke titik B, tetapi bagaimana kita memastikan perjalanan itu selamat, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk setiap pengguna jalan raya yang lain.
Kekuatan kita bukan hanya terletak pada kemampuan untuk berhadapan dengan cabaran, tetapi juga pada kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang tepat demi kesejahteraan bersama.
Ads
Mari kita sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan optimum, mematuhi peraturan jalan raya, dan sentiasa fokus di belakang stereng.
Keselamatan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan kita dan orang yang kita sayangi.
Kredit: BERNAMA
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada 23 November lalu, jenama jam mewah terkenal Rado meraikan pembukaan butik baharunya di Pavilion Kuala Lumpur dengan kehadiran dutanya Ji Chang-wook, seorang bintang dari Korea Selatan.
Kehadirannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rado Adrian Bosshard disambut dengan ratusan peminat yang turut serta ingin mengambil kesempatan merakamkan gambar dan video bintang Korea itu dihadapan mata mereka.
Acara bermula pada jam 3 petang apabila Chang-wook dan Adrian memasuki pusat membeli belah tersebut di atas hamparan karpet merah menuju ke bahagian Centre Court.
Di situ, Adrian memperkenalkan jam tangan Rado DiaStar Original berwarna kuning pertama dengan bezel Ceramos™ yang inovatif jenama itu.
Adrian kemudian mempersembahkan jamitu kepada Chang-wook, sekaligus menjadikannya pemilik rasmi pertama DiaStar Original sejak dilancarkan pada 1972.
Selepas itu, kedua-dua mereka menuju ke butik Rado untuk acara memotong reben. Mereka turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli-Belah Pavilion Dato’ Joyce Yap, Pengarah Kanan Runcit dan Pajakan Lovell Ho, Naib Presiden Pemasaran Rado Rico Steiner, serta Pengurus Jenama Rado untuk Malaysia Penny Chong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki di ISLAMABAD buta seumur hidup gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya. Abdul Baqi, 22 hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradik lelakinya.
Lelaki malang ini berasal dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya. Namun permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim.
Mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan mengorek keluar matanya tanpa belas kasihan. Malah, semua suspek turut mengurung ibu mangsa di dalam bilik berlainan supaya dia tidak mencampuri urusan tersebut.
“Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.
“Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.
“Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan,” kata Bagi.
Meskipun saya merayu supaya perbuatan itu dihentikan, mereka tetap bertindak mengorek keluar sebelah lagi mata saya. Baqi dikejarkan ke hospital oleh adik beradiknya dengan doktor mengesahkan dia buta seumur hidup.
Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya selain memburu dua yang lain yang masih bebas.
Sumber : Daily Mail
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.Mereka yang gembira sentiasa berfikiran positif.
Mereka sentiasa melihat kehidupan dan masalah dengan pandangan yang optimis. Mereka mempunyai matlamat, mereka sentiasa cuba untuk mencapai matlamat mereka. Mereka menulis matlamat mereka pada sekeping kertas dan sentiasa mengejar matlamat tersebut. Walaupin mereka mempunyai pemikiran negatif, tetapi mereka cepat menggantikan pemikiran negatif tersebut kepada yang positif.
2.Mereka mempunyai hubungan yang kuat, stabil dan membina.
Mereka yang gembira suka berkongsi dalam kejayaan orang lain. Mereka menunjukkan penghargaan untuk orang-orang dalam kehidupan mereka dan mereka menyokong impian orang lain. Mereka mahu membuat orang gembira. Persahabatan dan hubungan mereka adalah berasaskan kasih-sayang, tiada sikap berlumba lumba dan iri hati antara sahabat dan kenalan.
3.Bersenam menjadikan anda gembira!
Walaupun ini merupakan satu tip yang bosan dan lapuk, senaman adalah satu tabiat yang baik untuk melegakan apa-apa ketegangan atau tekanan. adalah lebih baik jika anda bersenam dalam berkumpulan. Jadikan permainan kumpulan seperti badminton,bola sepak sebagai hobi anda.
4. Mereka yang bahagia sentiasa mendermakan masa mereka.
Mereka menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan. Mereka secara sukarela membantu orang lain untuk membuatkan mereka berasa baik. Ia membantu mereka membina lebih banyak hubungan dengan kumpulan sosial yang lebih luas. Orang ramai tertarik dengan mereka kerana mereka sentiasa mengamalkan tabiat yang baik. Mereka juga diingati kerana hati mereka yang baik dan sikap suka membantu.Penghargaan orang lain terhadap diri mereka menjadikan mereka gembira.
5.Mereka yang gembira menghargai pekara pekara yang kecil dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak memgumpul kebahagiaan dengan mendermakan wang dan harta, tetapi hanya dengan memberikan senyuman dan meluangkan masa juga ditekankan oleh mereka. Mereka tidak menganggap kehidupan dengan terlalu serius. Tip penting disini ialah untuk sedar bahawa kehidupan ini adalah sangat singkat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.