Foto: Pinography

Segak, tampan, bergaya dan memiliki fizikal menarik. Itu semua kombinasi yang cukup membuatkan seorang lelaki menjadi tumpuan ramai. Namun apa yang menjadikan seorang lelaki itu lebih tampil MASKULIN ialah personaliti, kredibiliti serta kemampuannya untuk mencipta karier serta persona tersendiri.

Bagi Miller Khan atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan, kelebihan itu merupakan satu bonus untuk dirinya. Kejayaannya mencipta nama di negara seberang, Indonesia membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimankah dia mampu melakukannya. Tidak mudah untuk menembusi pasaran dunia hibiran di sana namun dengan kesungguhan serta azam yang kuat, ia bukanlah satu perkara mustahil buat Miller Khan.

Namun berdepan pandemik yang kini melanda dunia, industri hiburan berdepan dengan satu fasa yang tidak menentu. Malah, ia turut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Miller Khan sendiri. Ikuti temu bual MASKULIN bersama aktor kacak, Miller Khan yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Pinography

Boleh kongsi apakah projek terkini anda dalam dunia seni?

Hai, MASKULIN! Jadi untuk tahun ini filem lakonan saya berjudul ‘Eyang’ akan ditayangkan pada 8 Oktober 2021. Selain itu saya juga ada berlakon di dalam drama mini siri superhero bertajuk. Confined’. Namun untuk drama superhero tersebut masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangannya. Dan saya juga ada terlibat dengan drama webseries VIU berjudul ‘Assalamualaikum Calon Imam’ musim ke-2 yang dijadualkan akan ditayangkan akhir tahun ini.

Adakah Miller teringin untuk kembali dan mencipta nama di tanah air sendiri suatu hari nanti? Bila agaknya masa itu akan tiba?

Ya! Memang itulah apa yang saya harapkan. Teringin sekali. Buat sementara waktu saya memang berukang alik dari Indonesia ke Malaysia. Kali terakhir saya melakukan penggambaran di Malaysia ialah ‘The Bridge 2’, produksi dari Double Vision untuk VIU dan HBO Asia.

Jika ada kesempatan dan tawaran yang sesuai saya akan ambil. Apatah lagi jika penggambaran dekat dengan keluarga saya. Bolehlah melepaskan rindu dengan makanan Malaysia juga. Saya sentiasa terbuka untuk menerima tawaran darimana-mana produser.

Cabaran berdepan pandemik COVID-19, sejauh mana ia menjejaskan karier serta kehidupan peribadi?

Secara peribadinya saya tidak menganggap ia sebagai suatu hal yang menjejaskan untuk karier. Bagi saya mungkin inilah masa untuk saya disuruh berehat dulu, bercermin diri dan bermunasabah. Setiap perkara yang berlaku pati ada hikmahnya. Dan tengok umur sekarang memang waktunya sesuai untuk saya kahwin.

IKLAN
Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Pinography

Selepas menempa nama di Indonesia, apakah kesukaran yang anda hadapi untuk kembali tembusi industri hiburan di Malaysia?

Seperti yang sudah diketahui mungkin belum banyak yang boleh menerima saya dengan apa adanya. Ini teritamanya dari segi penampilan luaran saya. Tapi setakat ini, not bad-lah ada saja shooting di Malaysia. Kalau ada karakter gangster memang ‘ngam’ la tu. (Ketawa)

Industri hiburan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan Covid-19, pada pendapat anda bagaimana artis/selebriti dapat bangkit semula untuk bina kehidupan pasca pandemik?

Apa yang paling penting ialah kita harus selalu bersyukur kerana masih diberikan kesihatan, masih diberi umur yang panjang dan jangan putus asa. Badai ini pasti akan berlalu. Kita juga harus lebih pandai mencari kesempatan memanfaatkan situasi sekarang untuk memperkembangkan skil-skil baru. Sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan seniman dan ikutipelbagaiplatform pembahasan tentang situasi sekarang yang sesuai dengan bidang kita.

Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Pinography

Mempunyai tubuh badan yang tegap dan segak merupakan satu komitmen yang tinggi. Bagaimana anda kekalkan bentuk tubuh yang baik?

Saya jadikan ia sebagai satu gaya hidup. Melakukan senaman juga memiliki beragam variasi dan cabang. Contohnya melakukan aktviti angkat beban. Untuk lebih menarik cari aktiviti yang disukai dan pelajarinya kemudian join komuniti yang memiliki minat sama. Ia bagi membantu kita lebih bermotivasi dan positif. Sentiasa enjoy perkembangan dari semasa ke semasa. Enjoy the progress!

Apakah senaman kegemaran yang jadi pilihan dan adakah anda turut aktif dengan seni bela diri?

IKLAN

Saya suka melakukan latihan body weight atau calisthenics. Ini kerana ia tidak membosankan disamping membentuk tubuh kita jg belajar skil-skil unik. Komunitinya juga cukup ramai di Malaysia. Manakala seni bela diri pula saya masih freestyle dan basic. Menerusi drama mini siri lakonan terbaru, saya melakukan sendiri aksi gasak. Jadi jangan lupa menontonnya ya!

Boleh kongsi berapa kerap anda bersenam dalam seminggu serta boleh kongsikan jenis senaman setiap kali melakukan rutin senaman?

Saya bersenam setiap hari paling cepat 20 minit dan paling lama 2 jam. Kebiasaannya saya bersenam di mini gym peribadi di depan halaman rumah. Paling basic saya lakukan streching dulu, kemudian diikuti dengan jumping jacks 20×3. Disusuli body weight squats 15×3,high knee running 20 saat x 3 untuk naikkan adrenalin. Dan akhir sekali barulah lakukan angakatan beban.

Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Pinography

Boleh kongsi pula tentang diet pemakanan anda dalam usaha untuk menjaga bentuk badan yang baik?

Kalau saya jarang diet, cuma saya kawala jumlah pengambilan makanan. Contohnya nasi goreng satu pinggan saya makan setengah sahja. Dan saya juga amalkan minum air yang banyak dan makan buah. Apa yang penting sering bersenam, tidur yang cukup. Dan jika ada projek atau penggambaran saya akan lakukan diet high protein moderate carbs low fat atau amalkan intermittent diet.

Pesanan kepada pembaca MASKULIN yang ingin memiliki bentuk badan menarik seperti anda.

IKLAN

Jangan makan atau ambil ‘racun-racun’ kimia olahraga seperti steroid dan segala macam lagi. Ia boleh memudaratkan kesihatan dan percayalah, it;s not worth it . Work it out naturally and enjoy every step of it!

Anda bakal melangsungkan perkahwinan tidak lagi. Bagaimana persiapan setakat ini?

Alhamdulillah berjalan lancar, persiapan sudah siap kira-kira. Sama-sama doakan ia berjalan lancar ya.

Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Claus Schmidt
Solekan: Anabelle
Dandanan rambut: Diazketty

Kongsikan sedikit mengenai tema majlis anda nanti?

Tema majlis kami adalah rustic atau fairytale ala-ala Disney dan Lord of the Ring.

Momen paling romantis anda lakukan pada pasangan, Farina Rebcecca?

Percaya atau tidak, saya melamar dia pada ketinggian 10,000 kaki di udara di dalam helicopter. Itulah bagi saya yangpaling romantis.

Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
Foto: Claus Schmidt
Solekan: Anabelle
Dandanan rambut: Diazketty

Apa yang membuatkan anda jatuh hati pada bakal isteri, apakah yang membuatkan anda anda terpikat.

Dia seorang yang lemah lembut, memiliki hati yang tulus, menerima saya dengan apa adanya, seorang yang manis bak kapas putih yg tak berdosa (ketawa). Dialah umpana Puteri Disney yang bila saya pandang sejuk dan tenang saja rasa hati ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI