
Dunia penciptaan kandungan hari ini bukan lagi sekadar hobi atau aktiviti sampingan. Dengan perkembangan TikTok, Instagram dan YouTube, semakin ramai anak muda melihat bidang ini sebagai ruang untuk membina personal branding, menjana pendapatan malah mencipta kerjaya dalam industri digital.
Namun, menghasilkan kandungan yang menarik secara konsisten bukan semudah menekan butang rakam dan memuat naik video. Kemahiran seperti storytelling, strategi digital, penerbitan video dan memahami identiti sendiri sebagai seorang creator turut memainkan peranan penting untuk seseorang kekal relevan.
Menyedari keperluan itu, seeNI di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd memperkenalkan seeNI Creator Academy, sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada bakat baharu mendapatkan pembelajaran lebih tersusun, pendedahan industri serta pengalaman praktikal dalam menghasilkan kandungan digital.
Bukan Sekadar Belajar Buat Video
Program yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian ini merangkumi beberapa aspek penting dalam dunia content creation, termasuk penghasilan kandungan kreatif, teknik penceritaan atau storytelling, pembinaan personal branding, strategi digital serta kemahiran asas penerbitan video.
Peserta turut berpeluang mendapatkan perkongsian daripada barisan pakar industri serta pencipta kandungan berpengalaman. Antaranya termasuk Zaidi Aziz dan Kamil Hashim yang akan berkongsi pengalaman serta tip praktikal berkaitan penghasilan kandungan digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohd Fahim, akademi berkenaan diwujudkan bagi menyediakan pendedahan dan bimbingan kepada individu yang mahu berkembang secara kreatif dan profesional, sekali gus membantu membangunkan komuniti pencipta kandungan berkemahiran tinggi di Malaysia.
Dari Minat Kepada Peluang Kerjaya
Realitinya, ramai anak muda sudah mempunyai minat menghasilkan kandungan dalam bidang seperti makanan, fesyen, kecantikan, gaya hidup, permainan video dan hiburan. Cabarannya ialah bagaimana mahu mengubah minat tersebut menjadi kandungan berkualiti yang mampu dibangunkan secara konsisten.
Menerusi seeNI Creator Academy, peserta bukan sahaja didedahkan kepada aspek kreatif, malah diberikan pemahaman mengenai bagaimana kandungan boleh membuka ruang kepada kerjasama dengan jenama, peluang monetisasi serta perkembangan kerjaya dalam industri digital.

Dua Pilihan Program
seeNI Creator Academy menawarkan Pakej Lite selama empat minggu pada harga RM299, manakala Pakej Full selama lapan minggu ditawarkan pada harga promosi RM799 bagi pendaftaran awal.
Program ini akan berlangsung dalam dua kohort, iaitu 5 Oktober hingga 27 November 2026 bagi kohort pertama, manakala kohort kedua dijadualkan berlangsung dari 7 Disember 2026 hingga 29 Januari 2027. Pendaftaran kini dibuka menerusi laman sesawang kliik.je.
Dalam landskap digital yang semakin kompetitif, memiliki telefon pintar dan idea sahaja mungkin belum mencukupi. Ilmu, strategi serta pemahaman tentang industri boleh menjadi faktor yang membezakan antara sekadar menghasilkan content dengan membina diri sebagai seorang pencipta kandungan yang mempunyai identiti dan hala tuju sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang



![[VIDEO] 'Apa Yang Dituduh Ke Atas Saya Tidak Semuanya Benar' Sebak Bila Dengar Mesej Twitter Mantan PM 10 [VIDEO] 'Apa Yang Dituduh Ke Atas Saya Tidak Semuanya Benar' Sebak Bila Dengar Mesej Twitter Mantan PM](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/7320586e5b71bd5469d12d629147358b/Najib-REUTERS-3.jpg)
