Semua orang pasti ada impian untuk miliki rumah sendiri. Satu kepuasan dan rasa teruja apabila kunci rumah sudah berada di tangan. Kalau boleh, waktu itu juga anda dan keluarga mahu pindah masuk.

Ingat! Jangan terus masuk ke rumah baru kerana ada perkara penting yang harus anda utamakan sebelum pindah. Menurut Azizul Azli Ahmad yang berkongsi di laman Facebooknya, ada 8 semakan yang harus anda buat segera sebelum pindah masuk ke rumah baru.

BACA: Lebih 119k Shares, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Nak Beli Rumah Pertama Di Usia 25 Tahun

BILA DAPAT KUNCI RUMAH?

Bila dapat kunci rumah baru, buat semakan segera.

1. Bawa Masking Tape Besar

Tandakan mana mana kerosakkan dalam rumah dengan ini. Tulis huruf atau nombor atas masking tape sebagai rujukan dalam borang aduan.

BACA: Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Ini 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil

IKLAN

2. Pen Marker Merah

Tulis no guna pen marker ini atas masking tape tadi supaya jelas kontraktor nak datang baiki nanti. Jangan tulis terus atas dinding. Jika nak tulis terus gunakan kapur bewarna, buat bulatan di situ.

3. Bawa Kayu atau Tongkat

Kepingan ceramik yang kosong jika diketuk akan bunyi kosong. Periksa tiles dalam rumah agar dipasang betul agar tidak pecah dimasa depan.

Jika bunyi kosong minta di pasang semula, jika kita tak buat aduan sekarang. Tiles yang sama warna tidak akan ada dimasa depan jika pecah.

IKLAN

4. Bawa Kamera Ambil Gambar

Bagi semua tempat yang tanda tadi ambil gambar, cetak dan kepilkan dalam borang aduan. Ia juga sebagai rujukan kita sama ada pemaju baiki atau belum.

5. Tangga Besi

Jika kecatatan itu tinggi guna tangga untuk panjat dan tandakan.

6. Pita Ukur

Ukur kembali secara rawak ketinggian dan keluasan bukaan. Pernah pemaju bayar ganti rugi rumah dalam perjanjian 20’x70′ , tetapi lepas ukur kediaman hanya 18’7″ bukaan sahaja.

7. Bawa Lampu Suluh

Ada ruang gelap untuk kita masuk dan periksa kerana kita belum pasang lampu lagi.

8. Baldi Air

Buat ujian pergerakkan air dalam kamar mandi, pastikan air bergerak kelubang air dan tidak membentuk takungan ditempat lain. Isi air penuh baldi dan simbah sahaja.

Mulakan masuk rumah dengan bacaan bismillah dan lebih baik jika kita boleh berdiri diruang tamu dan azan menghadap kiblat kali pertama masuk rumah kita.

IKLAN

BACA: Berazam Nak Beli Rumah 2019? Ini 3 Fasa Anda Perlu Tahu Sebelum Berjaya Dapat Kunci!

Share Jika Bermanfaat