Apabila kaki terseliuh, memang sakit kalau nak berjalan balik. Terpaksalah berjalan dengan terhincut-hincut.
Namun ada cara yang boleh dibuat untuk merawat kaki terseliuh dengan kadar segera. Kita kena merawat kaki terseliuh dengan cepat untuk pastikan ia tidak melarat jadi sakit yang lain.
Namun begitu, usah dibiarkan lama-lama. Terus rawatnya segera untuk mengurangkan kesakitan pada kaki anda dengan cara berikut yang MASKULIN sediakan untuk anda :
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk bergerak.
Ads
2. Perlu tuam ais
Sejurus selepas kecederaan, lakukan tuaman ais. Tuam ais selama 20 minit setiap 2 hingga 3 jam kerana ia dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk.
3. Perlu balut
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
Ads
4. Perlu tinggikan kaki
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
5. Jangan urut
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Ads
6. Jangan tuam haba
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
7. Jangan sapu minyak panas / gamat
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
8. Jangan abaikan kesakitan
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka (mungkin open fracture).
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kajian di Eropah sekitar 4000 anak – anak yang secara teratur makan makanan segera dari usia 3 tahun hingga sekolah menengah mengalami penurunan tahap IQ secara signifikan. Nah bagi anda orang tua yang sayang terhadap anak anda sebaiknya elakkan makanan ini jika dimakan terlalu kerap (bukanya tidak boleh langsung) maka berbahaya bagi perkembangan kesihatan dan otak anak anda .
MASAKAN BERGORENG
Makanan gorengan juga boleh menghancurkan sel – sel saraf yang sihat di otak anda sehingga boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan otak. Mungkin sukar pada awalnya untuk menyingkirkan makanan ini. Tetapi usaha anda akan terbayar apabila anda boleh merasakan kekuatan memori otak dan sistem imun bertambah baik selepas melakukan pola makan yang sihat.
GULA-GULA GETAH
Membincangkan gula-gula getah ini boleh membahayakan kesihatan tubuh anda, salah satunya gangguan pencernaan. Dalam sebuah kajian, orang-orang yang suka mengunyah gula-gula getah sebelum dan selama menghafal pelajaran menderita gangguan memori jangka pendek.
MAKANAN MANIS
Beberapa makanan mengandungi manisan ternyata boleh membahayakan kesihatan. Selain boleh berisiko obesiti, makanan manis juga mempengaruhi fungsi otak. Penyelidik dari University of California, Los Angeles ( UCLA ) melakukan percubaan pada tikus yang disuplementasi dengan fruktosa .
Hasilnya, haiwan – haiwan yang diberi makan manis sukar keluar dari sangkar. Penyelidik beranggapan, fruktosa boleh menyebabkan penurunan memori dan kemampuan belajar. Terlalu banyak gula juga menyebabkan aktiviti otak kurang bekerja dan insulin tidak lagi mampu membantu sel – sel otak anda untuk memproses emosi dan fikiran secara berkesan .
MAKANAN PROSES
Makanan yang diproses sukar dielakkan kerana hampir seluruh makanan saat ini sudah tersedia secara praktikal dan belum tentu mengetahui maksud dari kandunagn atau bahan – bahan yang digunakan. Para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang sering mengambil makanan yang diproses atau makanan siap saji, cenderung mengalami gangguan memori sehingga sukar belajar dan fokus.
Para saintis dari University of Bristol juga pernah membuktikan kesan negatif antara makanan olahan dengan tahap IQ anak. Ia mencari, makanan olahan boleh membuat sistem kekebalan tubuh yang menurun dan kelemahan terhadap jangkitan. Padahal anak – anak perlu pemakanan baik dan apabila anak – anak mempunyai masalah pertumbuhan, biasanya ini akibat kalori kosong dan bahan kimia buruk yang dijumpai dalam makanan kemasan.
MENGURANGKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KARBOHIDRAT
Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts mendedahkan bahawa wanita yang sedang diet dan mengurangkan jenis makanan karbohidrat mempunyai nilai memori yang lebih buruk jika dibandingkan orang yang melakukan diet secara seimbang. Kajian ini meliputi wanita antara 22 dan 55 tahun yang menjalankan diet rendah karbohidrat dan ternyata mengalami penurunan kemahiran kognitif . Oleh kerana itu, penyelidik menilai tidak ada salahnya untuk tetap makan makanan sihat seperti beras merah dan biji – bijian . (Jadi intinya buat anda yang sedang diet tidak perlu over dalam mengurangkan jenis pengambilan untuk tubuh , lakukanlah dengan senang dan mengambil makanan yang seimbang tidak berlebihan.)
MAKANAN YANG MENGANDUNGI MENTEGA DAN LEMAK TEPU
Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti mentega dapat menghambat fungsi otak anda. Hal ini berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh Harvard University. Penyelidik yang melakukan ujian pada sekumpulan besar wanita yang mempunyai kebiasaan mengambil makanan tinggi lemak tepu dalam jangka masa 4 tahun, nilai pelajarannya jauh lebih rendah daripada rakannya yang tidak mengambil lemak tepu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti tip ini. Wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!
10 Tip Untuk Wanita Pandang Anda:
Trim bulu hidung
Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.
Kemas bulu kening berselerak
Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.
Bulu-bulu halus sekitar telinga dan tengkuk
Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.
Potong kuku pendek dan bersih
Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.
Berus dan flos gigi setiap hari
Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.
Pilih saiz pakaian sesuai
Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Segaklah sikit!
Berdiri tegak
Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.
Basuh wajah setiap hari
Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka.Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.
Minyak wangi
Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.
Padanan tali pinggang dan kasut
Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.
Kesimpulan
Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba.
KALAU MACAM ITU KESNYA, MEMANG WANITA AKAN MENOLEH TETAPI KEMUDIAN AKAN CABUT SELAJU-LAJUNYA!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila membicarakan tentang cara untuk turunkan badan pelbagai kaedah diet serta senaman yang diamalkan oleh ramai orang. Ada yang susah untuk dilakukan dan ada juga yang sebenarnya boleh dilakukan tanpa bersusah-payah.
Namun ramai orang yang silap mengamalkan senaman dan diet. Apatah lagi jenis yang tak sabar dan ingin melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Anda harus ingat, proses ini merupakan sebuah perjalanan bukannya ingin capai keputusan sahaja.
Fakta atau auta? Benarkah nasi jadi punca perut boroi?
Terdapat beberapa perkara yang sering silap dilakukan oleh ramai orang. Malah ada juga yang amalkan sesetengah tip dan petua atas dasar dengar apa yang orang lain cakap semata.
Berikut merupakan antara persepsi salah dan cara silap yang ramai orang lakukan.
SKIP MAKAN MALAM
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula meninggalkan makan malam semata-mata ingin berdiet. Sebenarnya ia hanya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga. Apa gunanya kalau anda skip makan malam tapi pada waktu pagi dan tengahari makan bagai nak rak. Berat gerenti tak berkurang malah boleh meningkat juga.
SENAMAN SEMATA
Ramai yang mengeluh selepas bersenam dalam beberap tempoh waktu tapi hasilnya tak dapat dirasai. Berat badan tak turun dan hanya dapat letih sahaja. Tahukah anda bahawa faktor berat badan turun dengan melakukan senaman hanyalah 20% sahaja. Manakala faktor lebih ebsar, 80% bergantung kepada diet dan corak pemakanan anda. Bersenam kalau tak jaga makan memang tak akan ke mana.
Salah satu spot paling ketara bila berat badan naik ialah bahagian perut terutamanya di kalangan lelaki. Anda buatlah senaman seberapa banyak sampai perut pun sakit cramp. Tapi kalau tak jaga diet dan pemakanan, usah mimpi perut itu akan kembali rata.
KEPENTINGAN SENAMAN
Tapi janganlah pula anda anggap senaman itu tak penting. Ya, senaman memang sangat penting bukan sahaja untuk membantu badan membakar segala kalori dan lemak badan tetapi menjamin kualiti hidup lebih sihat. Dengan diet yang seimbang, proses senaman anda juga boleh berjalan dengan lancar. Barulah dapat hasilnya dalam tempoh yang cepat.
TAK MAKAN NASI TAPI BERAT SAMA
Ini adalah mitos yang buatkan ramai orang memusuhi nasi. Sebenarnya nasi itu tak salah. Malah sebagai orang Malaysia, nasi itu menjadi sebagai sumber makanan dan tenaga utama kita. Apa yang salah ialah bila anda makan nasi dengan banyak dan tak kawal jumlahnya. Untuk diet yang sihat anda perlu hanya makanan kira-kira segenggam nasi setiap kali makan. Sertakan juga dengan sayuran dan sumber protein seperti ikan, aya atau daging secukupnya. Nasi tak salah, yang salah adalah tabiat makan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.