Pelakon dan pengacara popular Malaysia, Fahrin Ahmad telah dilantik menjadi duta baru GNC, jenama nutrisi yang terkenal dan dipercayai di seluruh dunia.
“Saya seorang yang percaya pada kehidupan sihat, jadi amat penting bagi saya untuk mencapai matlamat hidup saya iaitu kesihatan diri yang optimum. Apabila GNC melamar saya menjadi duta, saya sangat teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian dari jenama berkualiti tinggi dan berintegriti,” kata Fahrin. “Saya masih aktif dalam industri, jadi kekal bertenaga dan sihat amat penting. Rahsianya pastilah GNC! Dengan rutin harian yang panjang di set dan sentiasa di jalanan, mustahil bagi saya untuk bersenam dengan sempurna. Namun dengan bantuan GNC setiap senaman yang saya lakukan mendapat impak dan keputusan maksima.”
Alex See, Pengarah Urusan Oni Global (Malaysia) Sdn. Bhd. (Pemilik Sah Francais GNC) berkata, “Kami mahu mengabadikan karisma seorang yang percaya dengan gaya hidup sihat. Sebagai seorang pelakon terkenal di Malaysia, dan juga pengamal gaya hidup sihat, Fahrin Ahmad mencerminkan seseorang yang penuh bertenaga dan potensi. Kerana itu Fahrin Ahmad amat sempurna bagi GNC – penuh inspirasi, komited pada kesihatan diri dan merupakan ikon lelaki Malaysia.”
Ads
GNC Double Strength Fish Body Oil berperasa Lemon (Harga Biasa: RM209.90)
Ads
Ciri-ciri Produk
Ads
‘GNC Double Strength Fish Body Oil’ adalah minyak ikan (Omega-3) berkepekatan tinggi untuk keberkesanan optimum.
Membekalkan 360mg EPA dan 240mg DHA berbanding ‘GNC Fish Body Oil’ yang membekalkan 180mg EPA dan 120mg DHA.
Asid lemak Omega-3 membekalkan DHA & EPA yang penting untuk kesihatan sendi., menguatkan sistem kardiovaskular dan sistem imun badan.
EPA amat penting untuk kesihatan jantung dan sistem peredaran darah.
DHA pula membantu dalam mengekalkan fungsi otak dan penglihatan yang optimum.
Pengambilan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan menggalakkan paras kolesterol yang normal dan sihat.
Produk ini diuji dan disahkan bebas daripada merkuri, kadmium, plumbum dan PCB secara konsisten oleh makmal bebas yang berdaftar dengan FDA serta mematuhi protokol antarabangsa seperti yang di tetapkan oleh Association of Official Analytical Chemists (AOAC)
Melalui proses penyulingan molekul, berperasa lemon untuk mengurangkan bau ikan terutamanya apabila sendawa
Ketulenan dan kesegaran dijamin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut sahaja tentang earbud tanpa wayar, JBL memang tak main-main dan menaikkan tahap industri audio ke satu level baru. Terbaru, JBL Tour Pro 3, inovasi terkini mereka dalam teknologi audio yang hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang cukup unggul.
Ia kini menjadi buah mulut ramai pengguna bukan kerana kualiti bunyinya sahaja tetapi kerana ia merupakan earbud pintar yang menggabungkan kecanggihan teknologi dalam reka bentuk ringkas.
Hadir dengan kotak pengecasan berpaparan sentuh yang boleh dianggap seperti konsol mini teknologi, JBL sedang mentakrifkan semula apa yang boleh kita harapkan daripada aksesori audio mudah alih kita.
Pertama sekali, mari kita sentuh tentang rupa bentuknya. Tersedia dalam dua warna premium, hitam dan latte, earbud ini tampil elegan dan mewah.
Butang kawalan pada bud ini juga mudah: play/pause pada bud kanan, kawalan ANC (penyahbisingan aktif) pada bud kiri. Jika anda rasa ini biasa sahaja, tunggu sehingga anda melihat kotak pengecasannya.
Inilah ciri yang membezakan Tour Pro 3 daripada earbud lain. Ia bukan sekadar kotak pengecasan; ia adalah pusat kawalan penuh untuk pengalaman audio anda.
JBL telah memperkenalkan konsep ini dengan model Tour Pro 2, tetapi Tour Pro 3 membawa inovasi ini ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan paparan responsif yang terang, kotak pengecas ini seperti jam pintar bagi earbud. Ia menunjukkan masa, tahap bateri, dan malah membolehkan anda menukar wallpaper dengan mudah melalui aplikasi JBL.
Ia mudah digunakan dan menjadikan pengalaman lebih menarik—anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda boleh hidup tanpa ciri ini sebelum ini.
Salah satu nilai tambah pada Tour Pro 3 adalah keupayaannya mengawal ciri-ciri seperti EQ dan ANC tanpa perlu membuka telefon.
Dengan kotak atau case ini, bertukar antara bass yang kuat dan vokal yang jelas hanya memerlukan satu ketikan. Ia sangat intuitif dan pantas, membolehkan anda menyesuaikan bunyi mengikut selera dengan segera.
Selain kawalan asas seperti play/pause dan volum, JBL turut menyertakan beberapa fungsi tambahan semata-mata untuk keseronokan.
Kotak pengecas ini mempunyai pemasa, penggera, dan bahkan lampu suluh kecil. Adakah saya menggunakannya sebagai ganti fungsi-fungsi di telefon?
Tidak juga, tetapi ia menyeronokkan untuk dicuba, dan kita boleh bayangkan ia berguna bila diperlukan.
Kemudian, ada ciri “Find My Buds,” yang boleh diaktifkan menerusi aplikasi. Ia membuatkan earbud mengeluarkan bunyi nyaring, sangat berguna bagi mereka sering terlupa.
Salah satu ciri menarik ialah ‘mod transmisi tanpa wayar’. Bayangkan ini: anda dalam penerbangan dan mahu menyambungkan earbud tanpa wayar anda ke sistem hiburan penerbangan.
Hanya sambungkan kotak pengecas ke jack audio kapal terbang dengan kabel USB-C ke 3.5mm, dan voila!
Anda mendapat audio tanpa wayar pada sambungan berwayar. Ini adalah penyelesaian yang sering ditunggu-tunggu oleh pengembara kerap.
Malah, mereka yang selalu ke gim juga boleh menggunakan ciri ini untuk sambungan yang lebih stabil pada peralatan lama.
Kualiti bunyi pada Tour Pro 3 memang hebat. Keupayaan penyahbisingannya juga mengagumkan untuk earbud, terutama dalam persekitaran yang bising.
Dengan mod ANC penuh dan mod ketelusan, anda mempunyai pelbagai pilihan, ditambah lagi audio spatial dengan penjejakan kepala yang memberikan pengalaman yang lebih mendalam—biasanya hanya terdapat pada fon kepala bersaiz penuh.
Namun begitu, ada sedikit kekurangan pada kualiti penyahbisingannya yang tidak setanding dengan fon kepala over-ear kelas tinggi yang mampu menyekat bunyi sepenuhnya. Tapi bagi ramai orang, ini adalah kompromi yang boleh diterima, memandangkan portabiliti dan keselesaan earbud ini.
Hayat bateri juga cukup baik, dan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada kotak pengecas, anda tidak pernah terlalu jauh dari pengecasan cepat.
Walaupun kotak pengecas ini sedikit lebih berat daripada kebanyakan, itu adalah harga kecil yang perlu dibayar untuk teknologi tambahan yang dibawanya.
Earbud JBL Tour Pro 3 adalah lebih daripada sekadar earbud—ia adalah pandangan ke masa depan teknologi audio.
Bagi mereka yang mementingkan untuk sentiasa di hadapan dengan teknologi, ini adalah pilihan yang paling canggih di pasaran hari ini.
Walaupun kualiti panggilan dan beberapa ciri yang sedikit bermasalah perlu diperhatikan, pengalaman keseluruhannya adalah berkualiti tinggi dan penuh inovasi. Dengan standard yang ditetapkan oleh JBL ini, siapa tahu apa yang akan datang di masa hadapan?
Kelebihan dan Kekurangan
JBL Tour Pro 3 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,499 menerusi pengedar yang sah serta laman sesawang rasminya di sini.
Rating MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KEBANYAKAN ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT HIPERTENSI ATAU DARAH TINGGI AKAN MENGEHADKAN ATAU MENGELAKKAN DARIPADA MEMAKAN DAGING KAMBING KERANA IA DIKHUATIRI AKAN MENYEBABKAN TEKANAN DARAH NAIK.
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA
Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.
Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.
Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.
Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.
Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.
Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.
Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.
BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?
Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.
Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING
Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
OLEH : FARAH AZIZ
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang