Fakta menunjukkan bahawa tidak kiralah lelaki atau wanita, bila berjumpa mereka saling menilai antara satu sama lain. Segala apa yang dilihat dia pasti akan ingat untuk satu tempoh yang lama. Terutamanya ketika keluar dating buat kali pertama.
Kesan penilaian pada waktu tersebut bakal menentukan hala tuju hubungan anda samada ke sesi dating kali kedua atau ia setakat disitu sahaja.
BACA: Wanita Mudah Jatuh Hati Dengan Lelaki Macho Jika Ada 5 Sifat Ini, Salah Satunya Kelakar
Jadi, disini MASKULIN ingin kongsikan beberapa perkara yang wanita seringkali perhatikan dari atas sampai bawah kepada seorang lelaki yang dia jumpa buat kalj wanita.
1. Penampilan fizikal
Anda harus kelihatan meyakinkan pada waktu itu. Penampilan pada waktu itu bakal memberi kesan kepada wanita. Guna sehabis baik ‘aset’ yang ada pada tubuh anda tidak kiralah badan sado, wajah kacak atau stail rambut menawan, guna betul-betul untuk tarik perhatiannya. Jika ada cacat cela, lebih baik sorok, orang kata ‘1st impression is the last impression’.
2. Perwatakan diri yang meyakinkan
Dalam sekelip mata sahaja wanita sudah boleh mengagak bahawa anda ini seorang yang gugup atau yakin pada diri sendiri. Wanita mudah tertarik dengan lelaki yang percaya dengan potensi dirinya.
3. Stail berpakaian
Tidak dinafikan lelaki memang paling malas nak fikir tentang soal stail berpakaian. Kalau boleh dia nak tampil se simple yang bole. Namun, sebagai lelaki juga, kita seharusnya set satu pengecualian jika pergi berjumpa bakal tersayang, cubalah untuk ‘Dress to impress’, kalau pergi annual dinner syarikat anda boleh invest sedikit belanja untuk menang the best dress award, apatah lagi pergi berjumpa dengan tersayang.
4. Tingkah laku
Jika anda ada banyak habit buruk, sila sorok awal-awal. Anda tidak mahu dating kali pertama musnah sebegitu sahaja, mana tidaknya, penat usha sekali bila jumpa kali pertama terus si dia ‘turn off’ sebab kita buat endah tak endah dengan habit buruk kita. Segala yang negatif dan buruk, simpan elok-elok, itu perbaiki kemudian.
BACA: Walaupun Lelaki Berwajah Kacak, Tak Semua Wanita Suka, Ini Antara Sebabnya
5. Jaga cara percakapan
Tahukah anda, sebaik sahaja lelaki buka mulut bila dating kali pertama, wanita sudah mula buat ‘analisa’ anda ini orang jenis macamana. Selepas itu, dia akan keluarkan penilaian dia sendiri sama ada mahu teruskan hubungan tersebut atau tidak. Jadi, lelaki di luar sana, harapnya jangan suka bercakap tinggi diri, be humble. Bagi ruang untuk si dia juga berbicara dan luahkan perasaannya. Paling penting jangan suka buat ‘palatau’.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI