Sikap keras kepala sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk semata. Malah ktia semua perlu ada sedikit sikap keras kepala bagi menjadikan diri lebih tegas dan mempunyai prinsip.

Dalam dalam hubungan romantis sikap keras kepala yang melampau kadangkala boleh meruntuhkan persefahaman dan rasa hormat kepada satu sama lain.

Dan sikap keras kepala ini kepada pasangan ini juga tiak semestinya dizahirkan dengan kata-kata keras atau emosi yang membuak sahaja. Ia juga boleh ditonjolkan dengan layanan dingin, acuh tak acuh dan membiarkan pasangan terkontang-kanting.

Ini semua berlegar dalam psikologi serta kegagalan komunikasi anda bersama pasangan.

PUNCA KEGAGALAN KOMUNIKASI

Bila Sama Keras Kepala, Boleh Jadi Punca Utama Perpisahan Hubungan Romantis

IKLAN

Cuba anda fikir, bilakah kali terakhir anda benar-benar berbicara dari hati ke hati dengan isteri?

Sudah banyak berlaku dalam masyarakat kita pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin berkomunikasi secara dingin.

IKLAN

Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan berbicara dengan pasangan.

Kualiti komunikasi antara pasangan turut boleh mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumah tangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan intim.

IKLAN

Menurut Paul Hokemever, pakar perunding hubungan perkahwinan di New York, “Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat. Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apapun selain daripada tidur”.

Bila Sama Keras Kepala, Boleh Jadi Punca Utama Perpisahan Hubungan Romantis

BACA: Khasiat Bawang Putih Yang Anda Perlu Tahu, Salah Satu Meningkatkan Tenaga Intim

Jelasnya lagi, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan. Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.

CARA KOMUNIKASI BAIK BERSAMA PASANGAN

  • Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masuk tidur untuk berbual dan berkongsi tentang apa saja hal.
  • Beri galakan dan sokongan kepada pasangan. Jika ada teguran pastikan ia berbentuk konstruktif.
  • Jangan segan dan malu untuk kongsikan apa jua fantasi anda atau pasangan. Ingat fantasi itu hanyalah apa yang berlaku dalam minda namun jika ia bersesuaian ia boleh dilakukan.
  • Masalah kehambaran hubungan intim bermula dengan kurangnya komunikasi harian. Usah anggap small talk itu tak penting.
  • Jauhi sebarang peranti seperti telefon pintar aoabila berada dalam bilik tidur. Jika perlu gunakan sekali pun janganlah lama.
  • Usah terperangkap dengan dunia laman media sosial. Anda harus ingat isteri dan keluarga adalah yang paling penting.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI