Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ads
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Bukan Sekadar Ajar Bertempur, Ia Membentuk Adab Seseorang
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
Ads
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Ads
Usia Muda Lebih Mudah Dilentur
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Soerang lagi pelakon filem aksi yang cukup disegani ramai bukan sahaja di Asia tetapi juga di Hollywood. Ranjau perjalanan kariernya penuh dengan liku namun Donnie Yen kini mampu berbangga menjadi sebaris pelakon legenda yang lain dari industri perfileman Hong Kong.
Sebut sahaja siri filem ‘Ip Man’ pastinya semua orang akan kenal dengan sosok pelakon yang mempunyai kemahiran luar biasa seni mempertahankan diri. Kemunculannya menerusi beberapa filem tersohor Hollywood seperti ‘Star Wars” Rogue One’ sebagai contohnya meletakkan Donnie Yen sebagai aktor cukup disegani ramai.
Walaupun tidaklah terlalu kerap menayangkan bentuk badannya di layar perak namun tahukah anda bahawa aktor yang kini usianya 59 tahun mempunyai kecergasan yang sangat mantap?
Menerusi beberapa filem lakonannya sebelum ini Donnie Yen telah melalui beberap jenis transformasi badan. Sebagai contoh menerusi filemm ‘xXx’ bersama Vin Diesel di mana dia perlu membina badan lebih ‘bulky’.
Manaka menerusi ‘Ip Man’ pula dia tampil lebih kurus dan tapi penuh dengan otot sasa. Jadi apakah rahsian diet dan juga senaman yang dilakukan oleh Donnie Yen?
Memetik JayneStars.com, Donnie Yen akan mengunjuni gimnasium sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Untuk memastikan bentuk badan dan jisim otot kekal latihan angkat berat akan dilakukan olehnya.
Namun senaman itu dilakukan mengikut kesesuaian dan tidak berlebihan sesuai dengan kemampuan serta sasaran yang telah diletakkan sebelum itu.
Sebelum melakukan senaman angkat berat, Donnie Yen akan memanaskan badan dengan dinamik kardio selama 5 hingga 10 minit. Manakala selepas melakukan senaman, dia turut meluangkan masa 5 hingga 10 minit untuk melakukan rengan bagi melepaskan tekanan pada keseluruhan otot badan.
Latihan regangan juga sangat penting kerana ia boleh mengelakkan kecederaan terutamanya bila melakukan senaman intensif seperti angkat berat. Tapi apa yang paling penting senaman dilakukan itu mampu membantu dirinya melakukan aksi lagak ngeri sendiri.
Dalam selang masa tertentu juga Donnie akan terlibat dalam sesi latihan beg berat untuk mencabar dirinya, menumbuk dan menendang beg berat lebih 10,000 kali.
Sesi senaman itu biasanya akan jadi lebih mencabar kerana Donnie sendiri telah berkongsi bahawa dia pernah menendang beg itu sehingga ke siling. Bayangkan betapa kuatnya tendangan seorang Donnie Yen!
“Hanya mereka yang mempunyai keazaman yang kuat sahaja boleh melatih membina bentuk badan yang cantik,” jelasnya.
Selain senaman fizikal faktor pemakanan atau diet juga tidak kurang pentingnya. Bagi Donnie Yen, dia mengikuti diet yang cukup ketat dan berdisiplin dalam memilih apa-apa jenis makanan.
Sebagai contoh dia mengelak dan tidak mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak tingi dan kalori. Ini termasuklah makanan yang disediakan terlalu sejuk atau mengujakan.
Untuk mengatasi kesan asid laktik selepas latihan, Donnie akan mengisi semula dengan sayur-sayuran, kentang, epal dan makanan beralkali yang lain.
Dalam sehari Donnie membahagikan kepada lima waktu makan. Berikut pecahan jumlah makanan yang diambilnya – 20 peratus sarapan pagi, 10 peratus snek, 30 peratus makan tengahari, 10 peratus snek dan 30 peratus makanan malam.
Buat anda yang mungkin usianya sudah meningkat usia 40 tahun ke atas ingatlah anda tidak terlambat. Boleh mula dari sekarang ya!
Semoga kisah ini memberikan inspirasi untuk anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang sudah bekerja pasti pernah berdepan dengan seribu satu kerisauan selepas tamat belajar bukan?
Itulah tempoh di mana hala tuju hidup anda melangkah ke alam dewasa bermula. Titil di mana anda perlu berdikari mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan masa depan.
Tapi pada zaman sekarang mendapat kerja seperti yang diidamkan bukanlah satu perkara mudah. Mendapat kerja yang baik ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya persembahan ketika temuduga, pencapaian akademik, kepetahan bercakap, personaliti menarik dan banyak lagi.
Ramai juga yang terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama kerana tak dapat cari kerja. Tapi bukan itu pilihan kepada jejaka ini yang dikenali dengan nama Azmil.
Dia yang baru menamatkan pengajian dan belum ada kerja tetap memilih untuk menjadi seorang penghibur sebagai badut.
Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, Azmil berkongsi tentang usahanya untuk mencari wang untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak membantu keluarganya.
Sebagai seorang graduan yang baru tamat pengajian pendekatan yang diambil oleh Azmil ternyata mendapat pujian daripada ramai warganet nak memuat naik ciapan balas perkongsian tersebut.
Semua dapat balloons yg dyorg nak hehe, mula2 mcm takot bila dah ajak borak buat lawak mereka tak takot siap mintak pokok pisang kau ? jem kepala. pic.twitter.com/aDcdQom1uh
Azmil yang menggunakan tweethandle @MurahRezekiMil ini merupakan graduan dalam bidang Pengrusuan Industri yang bergiat secara aktif menawarkan pelbagai servis selain badut seperti pertunjukan silap mata, membuat belon dan apa sahaja bentuk permainan yang sesuai untuk parti terutamanya bagi majlis meraikan kanak-kanak.
Bergerak bersama grup atau syarikat Clownbadut Entertainment, Azmil turut berkongsi sedikit pengalamannya ketika melayan kanak-kanak.
MASKULIN cukup kagum serta terinspirasi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Azmil yang mampu berdikarid an mencari duit sendiri walaupun dalam bidang jauh berbeza yang dipelajarinya di universiti
Jika anda berminat dan ingin menyokong anak muda ini untuk berjaya dalam kerjayanya bolehlah hubungi Azmil menerusi Twitter atau Instagram milikinya.
Syabas buat Azmil yang tidak pernah jemu bekerja keras demi mencari rezeki. Siapa kata graduan tak boleh jadi badut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!
Faizal Hussein antara aktor ‘legend’ terkenal yang masih aktif dalam bidang lakonan. Bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Wataknya sebagai Roy dalam filem tersebut turut menjadi fenomena pada era 80-an.
Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Selain kehebatan lakonannya, anak kepada pasangan Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail ini juga sering menjadi perhatian kerana ketampanannya yang seolah-olah tak pernah luntur walau usia. Awet muda sungguh!
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, dapat dilihat anak-anak pasangan ini kian meningkat dewasa dan Faizal Hussein kekal ‘remaja’ disitu. Bersempena Hari Raya, keluarga bahagia ini mengabadikan momen indah mereka menyambut syawal.
Mendirikan rumahtangga dengan Suhaila Sulaiman yang juga seorang pelakon suatu ketika dulu. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fazryn dan Fazrick yang kini berusia belasan tahun.
Sebelum ini, Faizal telah memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya sempena sambutan hari lahirnya yang ke-56 tahun. Ia dirai secara sederhana oleh mereka sekeluarga di sebuah restoran.
“Happy birthday to you Papa,” ucap Suhaila buat suami tercintanya itu.
Terserlah kebahagiaan dan keakraban keluarga kecil ini sepanjang birthday celebration itu. Masing-masing gembira bila dapat meraikan hari istimewa itu bersama-sama.
20 tahun melayari bahtera rumahtangga, Faizal dan Suhaila tetap bahagia dan romantik hingga kini.
Anak sulung mereka, Fazryn kini berusiaa 18 tahun dan makin cantik persis ibunya. Fazryn merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Manakala adiknya, Fazrick pula sangat berbakat dalam bidang seni.
Semoga Faizal dan Suhaila kekal bahagia sampai syurga.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Kredit Foto: Instagram Faizal Hussein
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang