Kalau selalu kita dengar orang bela kucing, anjing, hamster dan paling pelik orang bela ular la kot. Tapi dekat Nigiria ni betul-betul rare. Sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai Gadawan Kura di kalangan penduduk tempatan turut memelihara haiwan liar sebagai bintang peliharaan mereka.
Tujuan mereka membela dubuk-dubuk ini adalah sebagai haiwan peliharaan adalah sebagai suatu simbolik kekuatan kumpulan mereka kepada masyarakat dan pihak lawan mereka di sana.
Dubuk merupakan sejenis haiwan liar yang ganas yang banyak terdapat di negara-negara di Afrika. Haiwan ini terkenal dengan jeritannya yang seperti suara orang ketawa. Suara ketawa ini boleh kedengaran sehingga jarak 5 km.
Ads
Ads
Ads
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjaya merealisasikan kerjasama strategik di antara tadika kanak-kanak terkenal, Al Kauthar Eduqids (AKE) dan kelab bola sepak terkemuka di Malaysia seperti Selangor FC merupakan perkara yang cukup membanggakan.
Itulah salah berita menarik disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim kepada MASKULIN.
Pada hujung minggu lalu satu acara besar-besaran telah dianjurkan oleh AKE di mana ia turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Penganjuran AKE Fun Run Olympic Carnival yang berlangsung di 99 Wonderland Park, Selayang berjaya mencipta rekod perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Acara penuh bersejarah penuh tersebut berjaya mencatatkan penyertaan seramai 450 kanak-kanak berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang, diiringi ibu bapa serta tenaga pengajar AKE.
Menurut Pengurus Projek Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias, perhimpunan ini dianjurkan untuk mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak berkeperluan khas.
“Berbeza dengan program sama dianjurkan pada tahun sebelumnya, tahun ini AKE berjaya menghimpunkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dan mendapat pengikhtirafan Malaysia Book of Records.
“Selari dengan permintaan dan kerjasama ibu bapa hari ini, Al Kauthar Eduqids berjaya menawarkan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, kelewatan pertuturan, minor sindrom down, GDD dan ADH,” ujarnya.
Majlis perasmian AKE Fun Run Olympic Carnival disempurnakan oleh Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj. Nor Fadilah.
Sementara itu, Selangor FC hadir bertindak membawa peranan sebagai rakan strategik dalam acara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim, berkata setiap tahun keluarga besar AKE tampil gah dalam penganjuran karnival sukan ini, sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.
“Karnival sukan yang melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun ini diadakan bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan yang sesuai dengan usia mereka.
Acara seperti ini juga berjaya merapatkan silaturahim serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak,” tambahnya lagi.
Acara ini menyaksikan seramai 4,700 kanak-kanak termasuk yang berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang serta hampir 9,400 ibu bapa dan tenaga pengajar.
Al Kauthar Eduqids kini mempunyai 216 cawangan di seluruh negara dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Acara AKE Fun Run Olympic Carnival bukan sahaja mencatat rekod baharu, tetapi juga memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk menikmati keseronokan sukan dan mengembangkan keyakinan diri mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam era yang serba mencabar ramai di antara kita terutamanya lelaki yang sering memikul tanggungjawab besar, berhadapan dengan tekanan hidup yang pelbagai. Mencari jalan keluar, menstabilkan kewangan dan membina kehidupan yang lebih bermakna bukan lagi impian, tetapi satu keperluan mendesak. Buktinya? Sambutan luar jangka program Transformasi360 baru-baru ini yang menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara.
Inisiatif ini digerakkan oleh RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan sokongan padu Astro sebagai rakan media ternyata menyentuh ‘urat nadi’ keinginan rakyat Malaysia yang ingin berubah.
Ia menawarkan pengalaman transformasi mendalam, lengkap dengan gabungan strategik ilmu, strategi, pembentukan minda (mindset) yang betul, malah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu setiap individu mengenal pasti potensi diri mereka secara lebih efektif.
Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Ia menyaksikan dewan dipenuhi peserta, jauh melebihi jangkaan awal pihak penganjur. Ini bukan sekadar perhimpunan, tetapi satu gelombang kesedaran.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan dan amat menggalakkan.
“Kami jangkakan kehadiran dalam 2,500 peserta namun yang hadir sekitar 3,500 bersamaan 75 peratus. Mereka yang hadir dari luar Lembah Kelang, Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Brunei, Singapura dan Indonesia,” ujar beliau.
Angka ini jelas menterjemahkan betapa ramai yang kini serius mahu ‘keluar’ dari kepompong tekanan.
“Ini jelas menunjukkan betapa ramai yang dahagakan perubahan dan mahu tambah baik lagi serta keluar dari tekanan hidup yang mereka alami sekarang,” tambah Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, menggambarkan tekad yang membara dalam diri para peserta.
Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang terdiri dari usahawan, kakitangan kerajaan dan swasta yang mencari kestabilan, ibu tunggal yang gigih demi keluarga, sehinggalah graduan muda yang baru memulakan langkah.
Sepanjang Transformasi360, peserta tidak hanya didedahkan dengan teori, tetapi dibimbing secara praktikal.
Fokus utamanya adalah membina semula kekuatan dalaman yang mungkin telah terhakis oleh cabaran hidup, menetapkan hala tuju hidup yang jelas dan realistik, serta membentuk tindakan yang konsisten dan praktikal.
Matlamat akhirnya adalah mencapai kejayaan yang seimbang – kukuh dari segi kewangan, dan sejahtera dari sudut kehidupan peribadi dan hubungan.
Menariknya, program ini memanfaatkan teknologi moden. “Teknologi Ai yang digunakan membolehkan peserta mengenal pasti profil personaliti dan arah tindakan terbaik mereka berdasarkan data, menjadikan Transformasi360 lebih tepat dan relevan dalam membantu peserta membina pelan tindakan peribadi,” jelas Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Pendekatan peribadi ini memastikan setiap peserta mendapat bimbingan yang paling sesuai dengan potensi diri mereka.
Impak program ini begitu mendalam, menyentuh emosi dan kesedaran peserta. “Reaksi peserta sangat menggalakkan, dengan banyak testimoni menyentuh hati di mana ada yang mula sedar potensi sebenar diri.
“Ada yang temui semula hala tuju hidup dan tidak kurang yang mengalirkan air mata apabila menyedari apa yang menghalang mereka selama ini ialah kepercayaan yang membataskan diri sendiri,” kongsi Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Ini membuktikan bahawa transformasi sebenar bermula dari dalam diri.
Mengakhiri bicara, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman menegaskan bahawa Transformasi360 bukanlah sekadar seminar motivasi semata-mata.
“Transformasi360 bukan sekadar seminar. Ini adalah bukti bahawa bila diberi bimbingan dan komuniti yang menyokong, manusia boleh berubah, boleh bangkit dan boleh bina hidup yang lebih baik,” katanya penuh semangat.
Melihat kepada impak positif dan keinginan ramai yang masih belum berkesempatan menyertai, RichWorks sudah pun merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September ini.
Ini adalah peluang kedua bagi anda yang terlepas sesi pertama untuk memulakan perjalanan perubahan diri ini.
“Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar buat mereka,” jelas beliau, menggariskan misi RichWorks.
Kejayaan penganjuran Transformasi360 ini turut disaksikan oleh barisan kepimpinan RichWorks seperti Ketua Pegawai Perniagaan, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai Operasi Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, serta rakan media Astro Awani yang diwakili Ketua Pengarang, Ashwad Ismail.
Bagi anda yang serius mahu melakukan perubahan dalam hidup, keluar dari belenggu tekanan dan membina masa depan yang lebih cemerlang, siri Transformasi360 seterusnya pada September ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.
Layari www.transformasi360.com sekarang untuk menjadi yang terawal menerima maklumat apabila pendaftaran dibuka nanti. Langkah pertama menuju transformasi bermula dengan niat, dan langkah seterusnya adalah tindakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi sesetengah orang, motosikal kapcai hanya sekadar kenderaan kecil untuk ke pasar atau ulang-alik ke tempat kerja.
Namun, bagi seorang anak muda bernama Muhammad Zahirul Hakim Zali, 22, kapcai itulah simbol harapan, tekad dan semangat untuk mengubah masa depan.
Dengan hanya berbekalkan motosikal, sebuah baldi dan beg galas, anak muda ini sanggup menunggang lebih 500 kilometer dari Sepang ke Perlis, perjalanan hampir lapan jam lamanya, semata-mata untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar baharu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Sebagai anak sulung daripada enam beradik, Zahirul memikul tanggungjawab besar dalam keluarganya.
Dia sedar ibu bapanya perlu menanggung perbelanjaan adik-beradik lain, justeru dia berusaha mencari jalan paling jimat untuk sampai ke kampus.
“Naik bas atau tren ETS memanglah lebih selesa, tapi kos mencecah RM100 sehala. Kalau bawa motor, hanya sekitar RM30 sahaja. Saya tak mahu susahkan mak ayah,” katanya dengan penuh rendah hati.
Bagi Zahirul, ini bukan kali pertama dia menempuh perjalanan jauh dengan motosikal.
Sejak bergelar pelajar diploma, dia sudah terbiasa merentas negeri untuk menuntut ilmu.
“Saya lebih suka ‘travel’ malam sebab cuaca sejuk dan trafik pun tidak sibuk. Perjalanan lebih tenang, dan kali ini saya banyak teruskan perjalanan tanpa singgah rehat lama. Boleh dikatakan Lebuhraya PLUS sudah jadi rumah kedua saya,” ujarnya sambil tersenyum.
Pada awalnya, bapanya agak keberatan membiarkan dia menunggang sendirian begitu jauh.
Namun, setelah melihat disiplin dan cara tunggangan Zahirul yang berhemah, si ayah akhirnya akur.
“Saya bukan jenis rempit. Saya ikut lorong betul, patuh peraturan jalan raya. Yang penting selamat sampai. Bila bapa nampak cara saya bawa motor, barulah dia lebih yakin,” katanya.
Walaupun tubuh penat selepas menempuh perjalanan panjang, semua itu hilang apabila Zahirul tiba di kampus.
Baginya, setiap titik peluh itu adalah bukti kesungguhan yang akhirnya membawanya ke destinasi impian.
Lebih bermakna lagi, ketibaannya di pintu masuk UniMAP pada jam 8.15 pagi turut disambut oleh Naib Canselor, Datuk Dr Zaliman Sauli, yang menanti dengan penuh penghargaan.
Menurut Zaliman, seramai 2,779 mahasiswa baharu mendaftar bagi Sesi Akademik 2025/2026 sempena Minggu Suai Kenal (MSK) di UniMAP Kampus Alam Pauh Putra.
Kisah Zahirul, katanya, menjadi bukti semangat luar biasa generasi muda menuntut ilmu.
Sumber : Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser prostat di Malaysia semakin membimbangkan dengan majoriti kes dikesan lewat. Ketahui pendekatan inovatif Novartis, teknologi PSMA PET dan kepentingan saringan awal untuk rawatan lebih berkesan.