Tahun ini bintang kpop di nobat sebagai lelaki paling kacak 2017, TC Candler kembali dengan senarai berprestij mengiktiraf lelaki dan wanita paling cantik dan kacak serata dunia. Dan semalam senarai The 100 Most Beautiful Faces dan The 100 Most Handsome Faces of 2017 dikeluarkan.
Bintang K-Pop, BTS V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung diangkat sebagai lelaki paling kacak untuk tahun 2017. Penyanyi dan pelakon Korea Selatan itu mengalahkan pelakon Amerika Jason Momoa dan Armie Hammer yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.
Ads
Fakta, senarai 100 Wajah Paling Cantik telah diterbitkan setiap tahun sejak tahun 1990 sementara Paling Kacak pula diperkenalkan pada tahun 2013.
Ads
Ads
Mengikut laman web mereka, senarai itu disusun oleh kumpulan Pengkritik Bebas, berdasarkan banyak cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Mereka tidak hanya menganggap kesempurnaan estetik tetapi juga “keanggunan, keaslian, berani, semangat, kelas, sikap, kegembiraan, janji dan harapan” untuk setiap peserta yang terpilih.
Tahniah! Dan kepada peminat, jangan nak ambil serius senarai ni, kalau artis yang korang suka tak tersenarai, jangan nak mempersoalkan…. Especially kepada Kpopers yang obses tu…..
Sumber ; Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
E-sukan kini menjadi salah sebuah industri yang cukup popular dan mampu menawarkan ganjaran cukup lumayan. Pengaruhnya di dalam budaya popular kini menjalar di segenap pelosok dunia. Jadi tidak hairanlah mengapa kejohanan e-suka sentiasa mendapat perhatian dan sambutan luar biasa. Di negara kita sendiri ia kini berkembang dengan cukup pesar sekali.
Disebabkan itulah Malaysia juga sentiasa menjadi destinasi pilihan penganjur bertaraf antara bangsa. Terbaru, syarikat e-sukan terkemuka dunia, ESL Gaming mengumumkan kejohanan ESL One Malaysia 2022 bakal kembali di Malaysia.
Kali ini ia dikuasakan oleh Intel dan akan berlangsung pada bermula 23 sehingga 28 Ogos 2022. Peringkat akhir kejohanan ini akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
Acara ini menandakan kejohanan pertama Dota 2 dengan kehadiran penonton di Asia Tenggara sejak lewat 2019 dan kembalinya ESL One ke rantau ini sejak ESL One Genting 2018.
Kejohanan ini tidak terikat kepada Dota Pro Circuit (DPC) dan membolehkan pemain untuk mengasah kemahiran sebelum memasuki The International (TI) 11 sambil memperoleh sebahagian daripada jumlah hadiah bernilai US$400,000 itu.
Bermula pada 23 Ogos, peringkat kumpulan akan menampilkan 12 pasukan Dota 2 terbaik dunia yang akan berentap dalam format ‘best-of-two round-robin’. Bersaing dalam persekitaran LAN, mereka akan berentap untuk satu daripada lapan tempat yang tersedia untuk peringkat playoff.
Kemudian, pemain akan bermain dalam format ‘best-of-three’ yang menyaksikan penyingkiran berganda, dengan peringkat akhir ditentukan secara ‘best-of-five’.
Peringkat playoff akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
“Semasa kami menganjurkan ESL one di Genting pada 2017 dan 2018, kehadiran para peminat berjaya membawa atmosfera yang menakjubkan dan lokasi itu telah mengekalkan perasaan yang istimewa di hati kami,” kata Artem Bykov, Pengurus Besar Pengurusan Permainan di ESL Gaming.
“Mengembalikan dunia Dota 2 ke Arena of Stars merupakan peluang yang baik dan kami berbesar hati dapat menjemput semua ke satu lagi pengalaman e-sukan yang hebat.”
“E-sukan di serata Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan pesat secara online sejak dua tahun lalu, ketika acara langsung tidak boleh diadakan di rantau itu,” kata Nick Vanzetti, Timbalan Presiden Kanan ESL Gaming Asia Pasifik-Jepun.
“Ia sangat mengujakan bagi pihak kami kerana akhirnya berjaya menawarkan peminat di rantau ini keupayaan untuk berhubung secara fizikal semula, ketika kita kembali kepada acara e-sukan berskala stadium dengan ESL One Malaysia.”
“Kami berbesar hati dapat menjadi tuan rumah untuk kepulangan ESL One, kejohanan yang sangat dinanti-nantikan peminat e-sukan di rantau ini,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden Hiburan & Acara Resorts World Genting.
“Arena of Stars telah menjadi lokasi ikonik untuk acara terkemuka sejak penubuhannya dan peminat ESL One pastinya boleh menantikan kejohanan kemunculan semula yang menakjubkan.”
Jualan tiket untuk ESL One Malaysia 2022 bermula pada Jumaat, 10 Jun pukul 3 petang waktu Malaysia. Pelbagai jenis tiket harian dan mingguan tersedia dengan harga antara RM69 dan RM399. Layari esl-one.com/malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jenis tiket dan cara pembelian.
Layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenai ESL One Malaysia 2022, dan ikuti ESL Dota 2 di Facebook dan Twitter rasmi mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan Anda? Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama Anda. Berikut beberapa alasan mengapa Anda harus membiasakan memakan timun.
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
timun memiliki sifat diuretik, efek pendingin, dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan, dan silika membuat timun menjadi bagian penting dalam perawatan kulit. Masker wajah yang mengandung sari timun digunakan untuk mengencangkan kulit. Asam askorbat dan asam caffeic yang hadir dalam timun dapat menurunkan tingkat retensi air, yang pada gilirannya mengurangi pembengkakan di sekitar mata.
Masalah pencernaan seperti maag, gastric, dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.
Timun mengandungi tiga vitamin utama yang selalu diperlukan oleh badan setiap hari. vitamin A,B,C tersebut akan memperkuatkan sistem imun yang melindungi tubuh sehari-hari.untuk dapatkan hasil yang maksimum, timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan wortel. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang terkandung 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
.Membantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman.
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari payudara, prostat dan kanser rahim.
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan pengikut pelbagai kandungan dari Nu Ideaktiv pastinya semakin mesra dengan aplikasi seeNi dan juga portal komuniti, KliiK.
Semalam, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya, secara rasmi melancarkan dua produk digital terbarunya, aplikasi seeNi dan portal Kliik.
Majlis pelancaran berlangsung di Hall 7, Kuala Lumpur Convention Centre ini disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YBhg Datuk Fadzli Abdul Wahit.
Kehadiran tetamu-tetamu industri, pemimpin politik, dan media menjadikan pelancaran ini sebagai tanda langkah besar ke arah transformasi digital yang lebih inklusif untuk rakyat Malaysia.
Aplikasi seeNi merupakan SuperApp yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv dengan misi untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati kandungan digital.
Ia menggabungkan pelbagai bentuk kandungan seperti artikel, video, podcast, dan siri original seperti WTH Podcast.
Apa yang menjadikan seeNi unik ialah pengguna bukan sahaja dapat mengakses kandungan secara percuma, tetapi juga berpeluang menjadi pencipta kandungan.
Mereka dapat menjana pendapatan menerusi aplikasi ini, menjadikannya platform yang menyokong ekonomi kreatif tempatan.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menikmati pengalaman interaktif seperti memberikan tanda suka, mengulas, dan berkongsi kandungan. T
ambahan pula, aplikasi seeNi menawarkan akses kepada jenama-jenama media terkemuka seperti Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, serta Kita Family Podcast, memberikan variasi pilihan kandungan yang berkualiti kepada pengguna.
Di samping itu, seeNi turut membuka ruang kepada pencipta kandungan terkenal seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya.
Ini menunjukkan bahawa aplikasi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi juga menyediakan platform bagi pencipta kandungan tempatan untuk mengembangkan kreativiti mereka.
“seeNi adalah SuperApps yang dibangunkan oleh syarikat lokal untuk lokal,” jelas Nu Ideaktiv dalam siaran media mereka.
Selain seeNi, portal Kliik turut dilancarkan sebagai platform interaktif berasaskan komuniti. Portal ini bertujuan untuk mencipta keterujaan dalam kalangan pengguna dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan, sampel percuma, seminar, dan webinar.
Pengguna boleh mendaftar di Kliik untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan dengan memilih tugasan dan cabaran yang sesuai dengan minat mereka.
Melalui kombinasi dua platform ini, Nu Ideaktiv jelas berhasrat untuk memperkasa pengguna dengan lebih banyak pilihan dan peluang dalam ekosistem digital.
Inisiatif ini turut diharap dapat meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia, selari dengan hasrat negara untuk mencapai ekonomi digital yang lebih mapan.
Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, “Pelancaran ini adalah langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.”
Dengan aplikasi seeNi dan portal Kliik, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak akses kepada kandungan yang mendidik, menghiburkan, dan bermanfaat.
Ideaktiv tidak sekadar menyumbang kepada peningkatan kualiti hiburan dan pendidikan, tetapi juga membantu membina komuniti yang lebih interaktif dan berdaya saing di peringkat digital.
Pelancaran kedua-dua platform ini sekali gus menunjukkan komitmen Nu Ideaktiv dalam terus berinovasi dan menyediakan pengalaman digital yang lebih baik untuk semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.