Salah seorang bujang paling popular Korea Selatan, Kim Jong-kook, kini secara rasmi ‘off market’.
Pada Isnin (18 Ogos), penyanyi dan personaliti TV berusia 49 tahun itu mengumumkan bahawa beliau bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Kim menyampaikan berita gembira itu menerusi laman fan cafe miliknya.
Menurutnya, majlis perkahwinan akan diadakan dalam suasana kecil bersama keluarga serta beberapa rakan terdekat.
Luahan Hati Kim Jong-kook
Foto : allkpop
“Saya selalu terfikir bahawa akan tiba hari di mana saya menulis sesuatu seperti ini, jadi saya sudah lama bersedia di hati. Tetapi apabila benar-benar menulisnya sekarang, rasa gementar dan berdebar itu lebih kuat daripada yang saya bayangkan… Saya akan berkahwin,” tulis Kim.
Beliau turut mengakui berita ini mungkin kedengaran agak mengejutkan buat para peminat.
“Tahun ini adalah ulang tahun ke-30 sejak saya debut. Sepatutnya saya menghasilkan album baharu, tetapi saya akhirnya ‘menghasilkan’ pasangan hidup saya,” katanya berseloroh.
Ads
Kim juga berjanji akan berusaha menjadi seorang suami dan individu yang lebih baik.
“Saya akan terus bekerja keras dan hidup dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih kepada semua peminat yang menjadi kekuatan terbesar saya selama ini.”
Foto : Kosmo
Petunjuk Awal & Rumah Mewah di Gangnam
Kim Jong-kook mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah memberi ‘hint’ tentang perkahwinannya sejak awal tahun ini.
Antara yang menarik perhatian ialah pembelian sebuah vila mewah di daerah Gangnam, Seoul, bernilai kira-kira 6.2 bilion won (AS$4.48 juta).
Ads
Dalam sebuah rancangan hiburan, apabila ditanya tentang rumah itu, Kim berkata beliau masih belum mempunyai pasangan untuk dikahwini.
Namun, jika ada, rumah tersebut bakal dijadikan rumah pengantin baru mereka.
Identiti Pasangan Masih Dirahsiakan
Setakat ini, Kim masih belum mendedahkan siapakah bakal isterinya, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan media.
Ramai yang berspekulasi sama ada pasangannya datang daripada kalangan selebriti atau individu biasa, namun tiada maklumat rasmi diberikan.
Kim Jong-kook mula dikenali pada era 90-an sebagai ahli kumpulan K-pop Turbo, sebelum mencipta nama lebih besar sebagai bintang rancangan hiburan popular Running Man, yang menjadikannya terkenal di seluruh dunia.
Dengan imej lelaki berkarisma, disiplin menjaga kesihatan, serta sifat romantis yang kadang kala ditonjolkan dalam rancangan hiburan, berita perkahwinannya nyata mengejutkan ramai.
Tidak hairanlah pengumuman ini segera menjadi topik hangat di media sosial, dengan peminat meluahkan rasa teruja dan mendoakan kebahagiaan idol kesayangan mereka itu.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada sesetengah orang kaya hanya mahu “kaya dalam diam”. Ini disebabkan harta yang banyak akan membuatkan lebih banyak mata yang memerhati, tetapi mereka hanya mahu hidup biasa seperti orang lain. Ada orang kaya lain pula memperolehi pendapatan daripada sumber haram yang tidak diiktiraf oleh Forbes misalnya raja dadah, ketua samseng atau diktator.
Begitu juga dengan beberapa lagi hartawan dan keluarga kaya berikut:
Zine al Abidine Ben Ali yang kini berusia 81 tahun merupakan presiden Tunisia dari tahun 1987 sehingga 2011. Bekas Presiden ini dilaporkan memiliki harta dan aset bernilai $17 bilion yang disembunyikan. Seperti diktator-diktator yang lain, Zine al Abidine telah mencuri dan merampas harta berbilion dolar dari Tunisia untuk kepentingan sendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian besar jumlah itu telahpun selamat dikembalikan kepada rakyat selepas berlaku revolusi Arab sehingga pemerintah kuku besi ini berjaya digulingkan.
Kita semua sedar dan sudahpun tahu yang ketua negara jiran kita ini sesungguhnya seorang manusia yang sangat kaya, bukan? Tapi tahukah anda, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki kediaman peribadi yang terbesar dalam dunia?
Kita di sini kebiasaannya sudahpun berpuas hati jika mampu menyewa sebuah apartment dengan dua atau tiga buah bilik. Namun Sultan Brunei yang hebat ini mempunyai 1,800 buah bilik secara keseluruhan di dalam rumahnya. Asetnya yang bernilai $20 bilion itu datang daripada industri minyak dan gas. Lelaki berkarisma tinggi ini juga mempunyai lebih 600 buah kereta Rolls Royce. Punyalah kaya!
Raja Thailand ini baru sahaja mangkat pada tahun 2016 yang lalu namun kekayaan bernilai $30 bilion miliknya terus kekal dan bercambah. Ramai yang tidak sedar bahawa raja yang memegang takhta selama 70 tahun ini merupakan seorang yang sangat kaya. Sepanjang pemerintahannya, Raja Bhumibol banyak membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Pelaburan Raja Bhumibol akan sentiasa meningkat nilainya kerana ibu negara itu semakin menjadi tumpuan dan bertukar menjadi hab antarabangsa utama di Asia Tenggara lewat kebelakangan ini.
Ali Abdullah Saleh ialah bekas Presiden Yaman yang mula berkuasa selepas pemerintah terdahulu dibunuh. Ali memegang jawatan itu selama lebih tiga dekad. Apa yang menarik tentang bekas Presiden ini adalah dia tidak pernah menamatkan sekolah rendah. Ali menyertai pasukan tentera pada usia muda sebelum menjadi seorang kolonel. Seperti pemimpin-pemimpin Timur Tengah yang lain, pemerintahannya berjaya ditumpaskan ketika Revolusi Arab pada tahun 2011. Namun, sepanjang zaman pucuk pimpinannya, dia sudahpun mengumpulkan harta berbilion dolar untuk kepentingan sendiri.
Ini lagi seorang pemimpin Timur Tengah yang digulingkan semasa revolusi ‘Arab Spring’ pada tahun 2011. Hosni Mobarak merupakan Presiden Mesir yang keempat dari tahun 1981 hingga 2011. Sebelum berkecimpung dalam dunia politik, Hosni Mobarak bertugas sebagai seorang pegawai tentera udara. Kini, Hosni yang telah berusia 89 tahun hidup dengan harta terkumpul sebanyak $70 bilion yang diperolehi semasa takuk pemerintahannya.
Seorang pendakwa raya Mesir pernah menulis dan mendakwa bahawa Hosni Mubarak dan keluarganya mempunyai harta dan aset yang tidak terjangka oleh sesiapa. Menurut pendakwa raya itu, harta Hosni sebenarnya melebihi $700 bilion. Namun, nilai itu tidak dapat dipastikan kerana hanya Hosni dan keluarganya saja yang tahu.
Siapa yang tidak mengenali nama diktator ini. Nama Bashar al-Assad sering disebut-sebut sepanjang krisis dan konflik yang melanda Syria yang berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga Assad sudah lama memerintah Syria dari awal 70-an lagi manakala Bashar pula mula mengambil alih kerusi Presiden selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2000. Walaupun anggaran rasmi menyatakan kekayaannya bernilai sekitar $1.5 bilion, namun disyaki nilai sebenar adalah jauh lebih tinggi. Seperti Hosni Mubarak, dikhabarkan aset dan harta Assad disembunyikan di merata-rata tempat seluruh dunia dan secara keseluruhannya bernilai lebih dari $120 bilion.
Sebelum digulingkan dan dibunuh, Muammar Gadaffi dilaporkan sebagai salah seorang manusia terkaya sepanjang zaman. Bekas pemimpin Libya ini dilucutkan mahkotanya ketika revolusi Arab pada tahun 2011. Namun, situasinya agak berbeza kerana dia dilaporkan mempunyai harta kekayaan yang luar biasa sekitar $200 bilion. Kesemua harta ini disembunyikan di sebalik akaun bank rahsia, hartanah dan pelaburan korporat di serata dunia.
Secara tidak rasmi, Vladimir Putin merupakan lelaki terkaya di dunia dengan harta dua kali ganda lebih banyak daripada Bill Gates. Donald Trump juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat kaya. Namun, kekayaan itu tidak dapat menandingi Putin yang telah memegang jawatan Presiden dan Perdana Menteri Rusia sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang tempoh ini, Putin telah mengutip kekayaan ratusan bilion dolar dari negaranya dan menyimpan dalam akaun-akaun rahsia di seluruh dunia. Satu testimoni daripada seorang ahli kewangan iaitu Bill Browder baru-baru ini menganggarkan harta bersih Putin adalah sekitar $200 bilion.
Sesetengah ahli keluarga Rothschild telahpun disenaraikan oleh Forbes sebagai hartawan paling kaya di dunia tetapi jika kekayaan setiap ahli keluarga ini dikumpulkan, dianggarkan mereka mempunyai harta melebihi $400 bilion.
Keluarga diraja Arab Saudi dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sekitar $1.4 trilion. Harta menggunung tinggi ini diperolehi melalui industri minyak seperti yang sudah kita sedia maklum. Melalui industri yang sama, negara itu juga mampu bersaing dengan negara besar lain di seluruh dunia selain menjadi pengaruh besar dalam bidang politik. Salman Abdulaziz al-Saud yang kini merupakan pemimpin Arab Saudi sahaja sudahpun mempunyai aset melebihi $1 bilion. Jika dicampurkan dengan nilai harta ahli keluarga yang lain? Mungkin tujuh keturunan pun tak akan habis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat pada bahagian dahi kita. Orang yang mempunyai jerawat pada dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
Jerawat di HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat di DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat di PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat di BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.