Ads

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa

Black Ops

Industri perfileman tempatan melakar satu lagi detik bersejarah menerusi penghasilan filem aksi berskala antarabangsa berjudul Black Ops, hasil kolaborasi rentas negara antara syarikat produksi terkemuka Malaysia dan Hong Kong.

Filem ini menyatukan nama besar seperti Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Komet Studios, Marvelous Culture & Film serta GSC bersama One Cool Films, syarikat penerbitan Hong Kong milik bintang terkenal Louis Koo.

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa

Kerjasama ini turut menandakan kali pertama One Cool Films berganding bahu dengan produksi dari Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hubungan kreatif antara industri perfileman kedua dua negara.

Black Ops dijadualkan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun 2026.

Gabungan Pengarah Malaysia dan Hong Kong

Lebih menarik, filem ini diarahkan oleh dua pengarah berkaliber tinggi iaitu Syafiq Yusof dari Malaysia dan Chui Tze Yui dari Hong Kong, menjadikan Black Ops simbol penyatuan visi kreatif sinema Asia.

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa
Dua pengarah hebat, Syafiq Yusof dan Chui Tze Hui

Gabungan ini dilihat sebagai langkah strategik untuk mengangkat mutu filem aksi tempatan ke tahap piawaian antarabangsa.

Sebagai projek berskala besar, Black Ops turut menampilkan barisan pelakon hebat dari kedua dua negara.

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa

Ads

Antara nama utama yang membintangi filem ini ialah Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Dato’ Aaron Aziz, Andy Teh, Elizabeth Tan, Fauzi Nawawi, MK K Clique, Raja Afiq serta beberapa lagi pelakon berpengalaman dan bakat baharu. Gabungan ini memperkukuh kekuatan ensemble filem ini.

Koreografi Aksi Dengan Standard Global

Dari sudut aksi, Black Ops menjanjikan pengalaman sinematik yang intensif dan realistik. Babak lagak ngeri filem ini diterajui oleh dua pengarah aksi bertaraf antarabangsa iaitu Ken Law atau Super Ken dari Hong Kong dan Sean Lin atau Lin Li Yang, ahli pasukan lagenda Hung Ga Ban yang diasaskan oleh Sammo Hung.

Gabungan kepakaran mereka dijangka menghasilkan koreografi aksi berskala besar dengan impak maksimum.

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Black Ops, Datuk Yusof Haslam, menyatakan harapannya agar filem ini dapat diterima baik oleh penonton tempatan.

“Kejayaan sesebuah filem terletak pada kekuatan cerita, lakonan yang jujur serta sokongan padu rakyat Malaysia. Black Ops bukan sekadar hiburan, tetapi cerminan masyarakat dan pengalaman yang diharap kekal di hati penonton,” jelasnya lagi.

Ads

Hubungan Jangka Panjang

Sementara itu, Pengarah One Cool Films dan Penerbit Bersama Black Ops, Tang Wai But, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah awal kepada hubungan jangka panjang antara industri perfileman Hong Kong dan Malaysia.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memastikan Black Ops dihasilkan pada tahap terbaik sambil membantu memperluaskan penembusan filem Malaysia ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa

Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Bersama, Raja Jastina Raja Arshad, pula berkata, “Astro Shaw amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada projek ini.

“Hubungan strategik kami bersama Skop Productions yang telah terjalin sekian lama kini diperkukuhkan lagi melalui kolaborasi bersama penerbit terkemuka dari Hong Kong, menandakan langkah penting ke hadapan dalam memperluas kerjasama perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Ads
Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala Antarabangsa
Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Bersama, Raja Jastina Raja Arshad

“Dengan pengalaman dan keupayaan platform kami, Astro Shaw bersedia sepenuhnya untuk memastikan projek ini mencapai potensi maksima, serta menetapkan standard baru bagi industri perfileman tempatan,” tambahnya lagi. 

BACA: Syahir Rosdi Dinobat Tekong Terbaik Dunia, Pengiktirafan Luar Biasa Arena Takraw

Kisah Black Ops

Dari segi naratif, Black Ops mengisahkan perjalanan seorang anggota pasukan elit bernama Johan yang dituduh membunuh isterinya dan kehilangan anak perempuannya.

Terperangkap dalam konspirasi berkuasa, Johan terpaksa berpaling menentang pasukannya sendiri demi membongkar kebenaran dan menuntut kembali kehidupannya.

Dengan skala produksi besar, barisan kreatif antarabangsa serta jalan cerita penuh konflik dan aksi, Black Ops dijangka menjadi antara filem tempatan paling dinantikan tahun 2026.

Filem ini bukan sahaja mengangkat martabat sinema Malaysia, malah meletakkannya di radar global sebagai bukti bahawa kolaborasi rentas negara mampu menghasilkan karya bertaraf dunia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
TUAN

TUAN Lancar Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC

TUAN melancarkan Koleksi Raya 2026 di ISETAN Suria KLCC, menandakan kejayaan besar fesyen tempatan dengan rekaan moden yang mengekalkan elemen tradisi.