BLIND DATE

 Maksud tersirat ‘blind date’ sebenarnya sama seperti pergi ditemu duga untuk mendapatkan pekerjaan. Anda calon yang dirasakan layak untuk ditemu bual. Debarannya sama kuat dan harapan yang diberikan sama tinggi. Lelaki dan wanita mengharapkan perkara yang sama iaitu keserasian. Kepada lelaki di luar sana, ini tanggapan wanita apabila keluar untuk ‘blind date’. Harap ia boleh membantu.

 

Perancangan Mendesak

Untuk apa pertemuan diadakan? Wanita menganggap pertemuan itu untuk mengenali hati budi lelaki luar dan dalam. Perkara ini sering tidak dipandang serius oleh segelintir lelaki. Amy, merupakan wanita yang pernah menghadapi blind date. Dia mengatakan lelaki yang ingin ditemuinya sudah sibuk merancang apa dan ke mana aktiviti mereka berdua walhal mereka tidak pernah bertemu.

“Malam sebelum bertemu, dia sudah merancang untuk kami menonton wayang dan sebagainya. Tidakkah dia sedar bahawa saya tidak pernah mengenalinya dan bagaimana untuk saya menonton wayang dengan orang yang saya tidak kenali? Lelaki harus sedar bahawa pertemuan seperti ini sekadar mengenali hati budi dan bukannya melakukan aktiviti lain.

Jika saya selesa dengannya, mungkin saya yang akan mengajaknya menonton wayang. Lelaki mudah berkata; “bukan buat apa pun”. Ya, memang benar tetapi saya wanita dan apa –apa perkara boleh berlaku.”

 

Lokasi dan Tarikh

Apabila wanita memutuskan untuk berjumpa pertama kali dengan lelaki yang tidak dikenali, anda harus terima hakikat bahawa mereka lebih selesa jika diberi kelonggaran memutuskan untuk memilih masa dan tarikh sesuai. Mereka mahukan keselesaan, biasalah, nama pun perempuan.

Blind Date, Lelaki Gemuruh Atau Perempuan Terlebih Excited?

Pakaian

Pakaian buat pertemuan kali pertama sudah memberi jawapan tentang personaliti lelaki. Lupakan tentang kemeja-T pujaan anda. Sebelum bertemu, wanita sememangnya mahu melihat seorang lelaki yang tampil kemas untuk mengucapkan ‘hai’ kepadanya.

 

Siapa Nak bayar?

Ads

Ya, kebanyakan wanita masih lagi memegang kepercayaan lama bahawa lelaki harus secara rela hati membayar bil makanan pada pertemuan tersebut. Bukan semua tetapi sebahagian sahaja. Ia sebagai ujian tersirat menggambarkan personaliti anda.

Jika anda membayar, maka anda dianggap gentlemen. Bagi Maskulin, anda sebagai lelaki harus bertindak bijak. Jika pertemuan itu anda anggap gagal, jangan bertindak bodoh dengan memesan jumlah makanan yang banyak kerana ia akan memerangkap diri sendiri. Sebaliknya cukuplah hanya secawan kopi dan pembuka selera. Wanita jiwanya pemalu. Mereka akan memesan makanan sama seperti anda juga. Percayalah.

 

Asyik Dengan Telefon, No!

Bukan senang untuk berjumpa dengan orang asing, maka beri perhatian dengan situasi tersebut. Pertemuan pertama merupakan penggerak untuk memberi lebih keyakinan kepada kedua-dua belah pihak.

Jika wanita lihat lelaki tersebut seakan acuh tak acuh untuk bercakap dengannya, maka pertemuan itu terus dianggap gagal. Apatah lagi anda asyik melihat tab atau telefon. Jika anda pemalu untuk menatap atau bertanyakan soalan kepadanya, katakan sahaja bahawa anda seorang yang pemalu. Wanita mungkin akan memahami keadaan anda.

 

‘Entah’, ‘Ye Kot’, ‘Ya’

Jika anda sudah terpikat buat pertama kali, tunjukkan yang anda berminat dengannya. Setiap pertanyaan dan penjelasan harus menampakkan bahawa anda minat kepadanya. Tiada jawapan pendek seperti ‘Ya’, ‘Tidak’, ‘Ye kot’. Begitu juga wanita tersebut. Jika jawapan ini yang anda dapat daripadanya, maka anda boleh rumuskan pertemuan itu gagal dan jangan berharap daripadanya.

Ads

Jika tidak, panjangkan soalan yang mampu anda dan si dia berbual lebih lanjut serta bertukar-tukar pendapat agar keserasian itu lebih mendalam. Ehem…elakkan topik politik ya. Itu merupakan topik hangat yang boleh menggugat kemesraan sedang berputik.

Blind Date, Lelaki Gemuruh Atau Perempuan Terlebih Excited?

Tidak perlu menunjuk-nunjuk

Jika anda mempunyai kereta mewah, motosikal berkuasa besar, jam mewah dan lain-lain produk yang mewah, tidak perlu menunjuk-nunjuk. Gerak hati wanita sungguh tajam dan dia tahu anda memiliki ‘benda’ tersebut. Cuma bergantung kepada wanita bagaimana yang anda jumpa ketika itu.

Jika wanita mata duitan, mereka akan segera bertanya tentang kemewahan anda sehingga lupa bertanya tentang perkara peribadi. Jika wanita yang tidak memandang kemewahan, mereka enggan peduli dengan semua itu. Apa yang mereka mahu tahu sekarang, sama ada anda serasi dengannya atau tidak.

 

Jadi ‘big boy’

Wanita amat suka bila anda menjadi diri sendiri dan bertindak seperti mahukannya. Jika pertemuan itu menerima respons yang positif daripada kedua-dua pihak, maka anda harus yakin untuk mengambil alih situasi tersebut. Bukan merancang seakan esok mahu berkahwin tetapi yakinkan bahawa anda mampu menjadi lelaki yang boleh diharapkan.

 

Ads

Jangan Menipu

Tidak perlu menipu itu ini begitu begini. Jika tertarik kepadanya, terus terang sahajalah siapa diri anda yang sebenar. Wanita tidak mahu mendengar cerita ‘gebang’ kehebatan anda,  sebaliknya mahu tahu anda bercerita perkara yang benar. Apa masalahnya jika anda bekerja di kilang botol sebagai operator pengeluar daripada berbohong bekerja di Jabatan Awam?

 

Jangan Sentuh Sesuka hati

Blind date adalah perkara yang harus tidak dipandang mudah. Perlakuan anda perlu dikawal. Walaupun anda seorang yang romantik, tetapi simpan dahulu sifat itu pada pertemuan ini. Dia tidak tahu anda bagaimana orangnya. Dalam fikiran dia mungkin anda seorang stalker, lelaki gila seks atau pendesak dan lain-lain.

Jika anda terlalu awal menyentuh tangannya, si dia mungkin menganggap anda individu yang menakutkan. Wanita amat mudah, jika dia mula menyukai anda, mereka yang akan memberikan respons positif. Contohnya, merangkul lengan anda sewaktu berjalan.

Blind Date, Lelaki Gemuruh Atau Perempuan Terlebih Excited?

 

Jangan Bagi Harapan Palsu

Sewaktu pertemuan dan mengakhirinya adalah perkara yang amat penting. Jika anda tidak mahu meneruskan perhubungan tersebut, just say it. Tidak perlu memberi janji, “Saya akan call awak malam ni” atau “Jangan lupa SMS saya”. Ayat-ayat seperti ini sebenarnya memberi harapan kepada si wanita.

Jika mahu katakan mahu, jika tidak, diam seribu bahasa sudah memberi jawapan positif kepada mereka. Walaupun perit mereka masih boleh menerimanya berbanding janji palsu anda itu. Apabila anda bertindak begini, wanita akan menganggap anda lelaki yang tidak boleh dipercayai.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI